Bab 16 - Terima

47 7 0
                                    

Intan diajak untuk bersantap di rumah Faris pada malam itu. Faris sempat menyuruh Intan memaklumkan perkara itu kepada kedua ibu bapanya. Nasib baik Pak Samad mengizinkannya,tetapi dengan syarat tidak boleh terlalu lewat.

Intan berbual-bual dengan Puan Rosie di dapur. Gadis muda itu menolong menyediakan makanan untuk mereka makan nanti.

"Intan,kamu ambik mangkuk tingkat yang ada dekat rak pertama tu " pinta Puan Rosie.

Intan mengangguk lalu mengambil mangkuk bertingkat seperti yang disuruh. Dibagi mangkuk itu kepada Puan Rosie. Puan Rosie memasukkan beberapa jenis hidangan ke dalam mangkuk bertingkat itu.

" Ni untuk siapa, mama" tanya Intan. Puan Rosie memandang gadis itu.

" Untuk mak dengan ayah kamu." Puan Rosie tersenyum lagi.

Intan mengangguk.

"Kamu pergi tengok Faris tu. Dia tengah buat apa entah" arah Puan Rosie. Sebenarnya dia cuma tidak mahu Intan berlama-lama di dapurnya. Lebih baik gadis comel itu menemani anak lelakinya di ruang tamu. Mesti Faris pun mahu berbual dengan Intan.

"Baiklah mama" ucap Intan lalu berlalu keluar dari dapur besar itu. Seram pula dalam hati dia ni. Tak tahu nak sembang apa dengan cikgunya nanti.

Intan ternampak Faris yang berada di luar rumahnya. Sedang menyelenggara kereta agaknya. Apa-apa je lah.

Gadis itu menapak kakinya ke arah luar rumah. Halaman rumah Faris ni memang besar. Boleh membuatkan beberapa biji kereta besar. Ni kalau buat kenduri pun, memang boleh letak 5-6 khemah tetamu.

Kakinya menuju ke arah Faris. Ditegur lelaki itu.

"Cikgu." Panggil Intan. Gugup rasanya. Dia nak berbual apa? Kenapa dia tidak dibenarkan untuk membantu sehingga hbis di dapur? Stresss.

Faris menoleh. Melihat sahaja gadis itu, senyuman mula terukir. Aktivitinya tadi ditunda seketika. Badannya yang dalam keadaan menunduk tadi sudah tegak kembali.

Intan rasa seperti nak larikan diri je sekarang ni. Nak balik rumah! Jika tidak dikenangkan rumah nya yang terletak agak jauh dari rumah Faris,sudah tentu dia melarikan diri.

"Hmm" Faris menjongkitkan sedikit kening nya. Wajahnya ditundukkan sedikit menyamai ketinggian gadis itu.

" Mak cikgu suruh saya sembang dengan cikgu" kata Intan lalu mengetap bibirnya. Kekoknya rasa. Macam nak hempuk je muka ni dekat lantai rumah lelaki itu.

Faris menahan senyum. Macam mana dia tak suka dengan gadis ini, semua yang ada pada Intan adalah sempurna baginya. Adab ada, sifat malu pun ada. Yang paling penting gadis itu menutup auratnya dengan sempurna. Comel pun comel!

Bagaimana lah sebelum-sebelum ini dia boleh menyukai Nadia. Wanita yang sebaya dengan umurnya itu memang cantik. Tetapi tidak pandai menjaga pergaulannya sendiri. Tetapi disebabkan sayang yang melampau kepada Nadia,Faris dibutakan dengan semua itu.

"Dahtu,mari kita sembang" ajak Faris lalu mengajak gadis itu duduk di salah satu kerusi batu di situ.

Intan menurut sahaja. Dia melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi batu itu. Badannya menghadap ke arah Faris yang berada bertentangan dengannya.

Mata Intan selalu sahaja mencuri -curi melihat wajah tampan Faris. Sampai nak terjuling dah mata ni.

Tiba-tiba Intan terus teringat kejadian petang tadi dimana Faris melamarnya. Tiada angin tiada hujan, semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Terus rasa gugup pula di dalam hati ni. Lebih baik jangan cakap pasal itu. Tak pasal-pasal nanti Faris ungkit semula.

Sepi seketika. Kedua-dua hanya mendiamkan diri.

You Are The OneWhere stories live. Discover now