Bab 4 - Hadiah?

70 13 0
                                    

Tamat waktu persekolahan.

Intan dan Amira menuju ke bilik guru lelaki yang berada di tingkat 2 bangunan itu. Setelah tibanya mereka disana,mereka mencari kelibat Cikgu Faris yang menyuruh mereka untuk berjumpa dengannya tadi.

Amira tanpa melengahkan masa terus mengetuk pintu bilik guru. Tok tok tok!

"Assalamualaikum,cgu. Saya nak tanya, cgu ada nampak cikgu Faris tak sebab  tadi dia suruh kami berjumpa dengan dia tapi dia mcm takde je dkt sini. Urmm cgu tahu dia dekat mana tak?" Tanya Amira kepada guru yang berdekatan dengan pintu bilik guru.

"Waalaikumussalam,ya Amira. Cgu pun tak pastilah cikgu Faris pergi mana. Cikgu pun baru masuk je bilik guru ni" jelas cikgu Ahmad yang memang seorang yang lemah lembut dalam turut bicaranya.

"Oh ya ke, takpelahh cikgu. Terima kasih. Kami minta diri dulu" pinta Amira untuk beredar dari situ. "Ye sama-sama Amira. Ha ni Intan,senyap je dari tadi?" Soal cgu Ahmad kepada Intan.

Sebenarnya dia tahu intan seorang yang agak pemalu, tapi prestasi pelajar itu amat membanggakan pihak sekolah dan menjadi salah satu pelajar yang amat disukai cikgu-cikgu yang berada di sekolah ini. Cuma dia hanya mahu berbual dengan anak murid nya itu walaupun dia tidak mengajar di kelas mereka.

"Ehh takde lah cgu saya tak tahu nak cakap apa dengan cikgu.. terima kasih cikgu" senyum intan kepada gurunya itu.

Intan amat mengagumi Cgu Ahmad. Yela dia satu-satunya guru yang menghafal 30 juz Quran. Pergh hebat kann. "Sama-sama.. hati-hati balik rumah" kata cikgu Ahmad sambil tersenyum kepada mereka berdua.

" Baik cikgu" Intan dan Amira menjawab serentak.

Mereka berdua hanya pulang tanpa berjumpa Faris. Setelah pulang,Intan menukar bajunya untuk membuat kerja nya di rumah.

Kalau ikutkan dia perlu mengikut ayahnya pergi laut untuk mengasingkan ikan di tepi jeti tapi ayahnya hanya menyuruhnya berada di rumah dan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan nanti.

Dia perlu mendapatkan markah cemerlang supaya dapat membanggakan ibu dan bapa nya. SPM yang diduduki nya tahun lepas hanya sedikit kurang memuaskan hati bagi  pelajar yang bijak sepertinya.

Sebelum dia mengulang kaji,dia akan sentiasa mematikan telefon pintarnya agar tidak mengganggu proses pembelajarannya nanti.

Sebelum telefonnya di matikan, tiba-tiba ada satu mesej masuk daripada Amira .

Amira: Assalamualaikum,Intan. Ni tadi aku jumpa cikgu Faris dekat mall. Dia minta maaf sbb tadi tak jumpa kita dkt sekolah. Ni aku nak ajak kau keluar kejap sebab nak bagi something. Cikgu Faris bagi. Dia ckp sebagai tanda terima kasih sebab tolong dia.

Intan: Waalaikumussalam. Laa kenapa cgu bagi. Kita tolong ikhlaskan. Buat apa nak bagi something sebagai tanda terima kasih. Apolah cgu ni..hahahah.

Amira: Yela tapi takpe kan kalau kita ambik. Rezeki jangan ditolak kan..hhahaha. Kau nak datang ke tak atau kau nak aku bagi kat kau esok dekat sekolah tapi ni banyak ni. Tu pun aku minta tolong ayah aku tolong angkat kan. Kita cuma tolong cari kunci tapi sampai banyak ni dia bagi. Mmg betoi orang kayalah weyh.

Intan: Urmm.. kejap lagi aku pergu rumah kau. Sekarang tak boleh sbb ayah aku tak de dkt rumah. Mak aku pun takde juga dia pergi rumah kawan dia. Tinggal aku sorang je ni. Ehh jap? Knpa cgu bagi banyak barg?

Amira: Tahlah cik adik oi..aku pun terkejut tadi cikgu bagi banyak barang..takpelah weyh aku nak keluar dh ni..kau nak datang ke tak?Klau taknak takpa,aku simpan barang ni dekat aku dulu.

Intan: Aku pergi tapi aku kena bagi tahu ayah aku dulu tau.Kalau tak nanti dia marah aku keluar macam tu je.

Amira: okaylah..byee, Assalamualaikum

Intan:Bye waalaikumussalam.

Cikgu Faris ni biar betul bagi banyak barang?

Ahh apa-apa jela. Yang penting sekarang dia kena ulang kaji pelajaran untuk exam ni.

Dia masih tidak faham subtopik untuk mata pelajaran matematik yang sememangnya susah bagi dia yang bukan otak kira-kira. Wahh mmg nak pecah otak lah jawab nya.

Tepat pukul 5 petang, ayah Intan pulang kerumah setelah beberapa jam berada di jeti untuk mengasingkan ikan.

Pak Samad dijadikan gelaran untuk ayah Intan oleh orang-orang kampung.

Pak Samad orang yang pemurah,baik dan peramah orang nya. Sikap ayahnya itu disegani oleh penduduk kampung. Intan selalu kagum dengan ayahnya.Yelah siapa tak kagum kan dengan ayah sendiri.

Satu-satunya  lelaki hebat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga.

Intan bangun dan menyalam Pak Samad. "Ayah nak minum apa-apa ke,nanti intan buatkan" Kesian melihat ayahnya yg tampak berpeluh itu.Mesti penat kan.

Pak Samad hanya tersenyum. "Takpa,tadi ayah dah minum..ada org belanja tadi" kenyit Pak Samad sambil tertawa.

Intan hanya tersenyum melihat ayahnya itu.Baginya,dia bersyukur masih bersama ayahnya. Boleh ketawa,boleh bergurau.

Sebelum dia terlupa, baik dia beritahu ayahnya dulu tentang niat dia untuk pergi ke rumah Amira.

"Ayah,emmm... Intan nak pegi rumah Amira boleh tak?" Intan yang berdiam diri dari tadi mula berbicara.

Pak Samad hanya menoleh melihat anak nya yg berada di sisi.Satu- satunya anak perempuan yang dia ada. Anak lelaki nya ada yg sudah berkerja dan ada yang sudah berkeluarga. Tenung Pak Samad ke dalam anak mata Intan.

"Ayah,boleh tak?" gesa Intan sedikit.

Ayah nya masih di posisi yg sama.Diam. Intan sedikit gelisah melihat reaksi ayahnya.

  "Hahahaha...mesti lah boleh. Nak ayah hantar ke?" tersembur ketawa Pak Samad selepas dapat mengenakan anak nya itu.

Itulah rutin harian pak Samad setiap hari. Suka mengusik anak perempuannya itu. Intan hanya menunjukkan wajah monyok kerana ayah nya sekali lagi mengenakan dirinya. Tetapi dalam hati sapa tahu...gembira tak terkata.

"Boleh ke..ayah tak da kerja kan nanti?" Soal intan untuk kepastian.

"Takda sayang. Meh ayah pergi hantar " tawar Pak Samad yg mula berdiri dan berjalan ke arah bilik nya.

Barangkali nak tukar baju..fikir intan. Intan mula bergerak dari tempatnya dan mula mengemas meja belajarnya.

Kemudian dia akan menyiapkan dirinya seperti memakai tudung dan menukar baju. Setelah selesai,dia berjalan ke arah motosikal lama ayahnya sambil membelek telefonnya.

Intan dan ayahnya mula bergerak ke rumah Amira yang terletak sedikit jauh dari kampung mereka.Rumah Amira di kawasan taman. 5 minit berlalu,akhirnya sampai juga dia di sana.

Bersambung...










Jgn lupa vote dan follow author sbg tanda korg support,author lagi lah bersemangat nak update cerita.Klau tak keberatan,korg simpan lah karya author ni dlm library korg. Muahhh syg korg😘Terima kasih sanggup baca cerita author yang tak seberapa ni.

You Are The OneWhere stories live. Discover now