Bab 3 - Pertolongan

87 13 3
                                    

Intan menuju ke kelasnya dengan cepat.Semasa hendak masuk ke kelas,dia bertembung dengan Amira yang sedang tergopoh-gapah kearahnya.

Intan melambaikan tangan sebagai tanda memanggil kawannya itu.Amira yang melihat isyarat itu terus berjalan ke arah Intan.

"Kau tak masuk kelas lagi ke,Amira. Aku ingat kau dh smpai kelas tadi" tanya intan sambil mengelap peluhnya menggunakan sapu tangan yang sememangnya dipegang olehnya sebentar tadi selepas dia meminta diri dengan cikgu Faris. Entah lah,dia berasa gugup ketika bersama guru lelaki itu.

"Mana ada lah cik adik. Kan kita cari kunci cikgu tadi tu. Tengok kan kita dah lambat masuk kelas.Cgu Amir dah lah tengah mengajar sekarang ni." Ujar Amira tercungap-cungap seperti orang tidak cukup nafas.

"Apa kata kita masuk je la. Lagipun kita ada alasan kan. Kita kan tolong cikgu tadi. Mesti Cikgu Amir tak marah punya" cadang Amira bernas. Intan mengangguk -angguk mendengar cadangan itu.

Ya,mereka memang mempunyai alasan itu tapi Cikgu Amir nak ke terima alasan tu. Lagipun ini kali pertama dia lambat masuk kelas tahun ini , jadi dia berasa sedikit takut.

Amira hanya menggelengkan kepalanya melihat kawannya yang masih buntu dengan cadangannya itu.Tanpa melengahkan masa,Amira terus menarik tangan Intan akan tetapi intan malah menarik kembali tangannya itu.

"Aku takut lah weyhh. Kau tahu kan Cikgu Amir tu macam mana. Dia bukan jenis suka terima alasan yang macam tu." Intan agak risau sekarang padahal mereka hanya terlambat 5 min.Itupun mereka tidak rehat tadi kerana menolong Cikgu Faris mencari kuncinya itu.

Faris menaiki tangga untuk ke tingkat 3. Selesai urusannya di pejabat tadi, pengetua menyuruh kerani menyiapkan jadual mengajar untuk Faris.

Walaupun Faris adalah orang kaya yang disegani tetapi dia sangat suka menabur bakti untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna. Tetapi ada sebab lain juga kenapa dia bekerja sebagai guru.

Semasa menunggu jadual nya itu,dia sempat melihat ke papan info yang terletak di hadapan pejabat itu. Banyak pelajar sekolah ini telah berjaya dalam pelbagai kategori sama ada kokurikulum atau kurikulum.

Kemudian, matanya terpaku pada satu gambar di hujung sebelah kanan papan info itu. Gambar itu memaparkan gambar pelajar perempuan yang dia baru kenali tadi semasa dia mencari kunci keretanya.

"Wow,hebat juga dia ni. Salah satu pelajar harapan sekolah dalam akademik. Sijil pun banyak yang dapat" Faris kagum melihat prestasi pelajar itu.

15 minit kemudian, kerani memberi sehelai kertas yang berisikan jadual mengajar kepada Faris. Kelas yang bakal dia mengajar salah satunya kelas Intan, iaitu 6 Ekonomi.

Tetapi dia terpaksa mengajar pelajaran Seni kerana kelas itu cuma kekurangan guru Seni. Tetapi Faris tidak kisah kerana dia agak berminat dengan seni dan karya - karya dia sebelum ini pun banyak yang menarik sehingga ada yang dijual. Tapi peliknya, tingkatan 6 pun kena belajar seni ke? Apa-apa je lah.

Setelah tibanya Faris di tingkat 3,dia ternampak dua orang pelajar yang membantu nya tadi sedang berdiri di hadapan pintu kelas.Mungkin itu kelas mereka. Dia terus berjalan ke arah mereka dan menegur ke dua-dua gadis itu.

"Ehh awak berdua tak masuk kelas ke?. Kenapa duduk dekat depan kelas ni? Cikgu awak denda ke?" Soal Faris bertalu- talu. Dia memandang ke arah pelajar yang menjumpai kunci nya tadi.

Seingatnya ,pelajar itu bernama Intan. "Intan, kenapa tak masuk kelas?"soalnya kepada gadis itu.
Dia tahu gadis itu agak tidak selesa dengannya tapi hubungan mereka hanyalah sekadar guru dan pelajar.

Nampak dari gayanya pun sudah tahu, Intan ini merupakan gadis yang sopan kerana memakai baju yang agak longgar dan tudungnya labuh.Gadis itu turut memakai handsock untuk menutupi lengannya itu.Wajah nya pun agak berseri dan cantik walaupun dia tidak terlalu putih.

Intan dan Amira sedikit terkejut dengan kehadiran guru lelaki muda itu. Mereka baru sahaja berjumpa tetapi rasanya mereka sudah seperti sudah lama kenal dengan guru tersebut.

Amira tahu Intan segan dengan kehadiran cikgu itu,jadi dia tolong menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh guru itu sebentar tadi.

"Ehh cgu Faris. Tak, ni saya ajak intan ni haa masuk tapi dia takut pula. Dia ni jenis penakut sikit..ehehehe, lagipun kami terlambat 5 min,kami takut cgu Amir tak terima kami masuk dalam kelas" jelas Amira ringkas.

' Dia petik nama aku pula' kesal intan dalam hati.Faris hanya mengangguk.

" Takpa biar saya cakap dengan cikgu Amir. Kamu berdua tunggu kejap" Faris terus berjalan ke hadapan pintu dan terus mengetuk pintu.

"Assalamualaikum cikgu Amir. Tadi saya pinjam dua orang pelajar kamu ni sbb saya minta tolong mereka berdua untuk cari kunci kereta saya. Harap cikgu bagi diorang masuk ya." ujar Faris sekali gus sambil tersenyum.

Intan yang melihat wajah tampan itu tersenyum mula merasa berdebar di dalam hati. 'Ya Allah,kenapa dengan ku ini. Kuatkan lah hati aku. Jauhkan lah aku dari tipu daya syaitan' Intan sempat berdoa di dalam hati.

"Waalaikumussalam oh ya ni cikgu Faris yang baru pindah ke sini kan. Ehh takpe,mereka tolong kamu kan. Lagipun diorang berdua ni mmg bagus sbb selalu tolong cikgu."  ujar Cikgu Amir. Kedua-dua guru itu memandang ke arah mereka.

"Ha ya saya, terima kasih ye cikgu Amir. Kesian pula diorg ni tadi tak boleh rehat sebab tolong cari dekat saya kunci kereta. Nak belanja makan tapi rehat dah hbis." ujar Faris sedikit ketawa tapi dia rasa agak bersalah kerana menyebabkan kedua-dua pelajar perempuan itu tidak dapat menikmati masa rehat mereka.

" Ye nak buat macam mana kan dah terlambat,Kamu berdua boleh bertahan lagi ke? Kalau tak boleh kamu berdua pergilah beli makanan dekat kantin dan makan dalam kelas saya."

Cadang cikgu Amir.Dia masih tahu mengasihani pelajarnya. Setegas-tegasnya dirinya,dia takkan membahayakan kesihatan pelajar.

Intan dan Amira hanya memandang sesama sendiri sambil membuat isyarat mata. 'Macam mana,kau nak beli tak makanan sekarang ni?' isyarat Amira kepada Intan.

'Takyah lah,kejap lagi balik,kita makanlah,okay?' intan turut memberikan isyarat kepada Mira. Amira hanya mengangguk.Alaa tahan sikit je lagi pun masa persekolahan dah nak hbis. Nanti balik,melantak lah puas-puas..ahhahaha.

"Takpe lah Cikgu,kami tak payah makan lah,kejap lagi kami balik,kami makan tau" kata Amira tersenyum. Intan turut tersenyum kepada kedua-dua guru itu.

Sekarang Intan rasa ingin melarikan diri dari guru kacak itu. Faris hanya melihat tingkah Intan yang agak tidak senang dengan dirinya itu.

"Oh ye takpe saya minta diri dulu ye. Kejap, kamu yg pengawas ni nama apa..cikgu lupa nak tanya nama sbb tadi awk menghilang macm tu je." Soal Faris sebelum meminta diri.

"Saya Amira,cikgu..terima kasih cikgu ,kami masuk kelas dulu." Amira terus menarik tangan Intan untuk masuk ke kelas manakala Intan hanya menuruti kawannya itu.

"Ye sama-sama.Terima kasih ye cikgu Amir. Saya tiba-tiba buang masa cikgu pula" kata Faris lalu bersalaman dengan cikgu Amir.

"Takpe,kamu tak membuang masa saya." Kata cikgu Amir lalu bersalaman kembali dengan Faris sambil tersenyum.

Faris terus menuju ke kelas pelajarnya yang terletak di hujung blok. Sambil itu dia sempat mengintai kedudukan Intan dan Amira lalu kemudiannya dia melambai ke arah dua orang gadis itu.

Tiba-tiba Faris berhenti di tingkap kelas di bahagian belakang.

"Kejap lagi Intan dengan Amira jumpa saya  dekat bilik guru tau" arah Faris kepada kedua - dua gadis itu lalu dia tersenyum. Intan dan Amira hanya mengangguk mendengar arahan itu.Mereka kembali fokus dengan pembelajaran yang sedang dijalankan.


















Jgn lupa vote dan follow author sbg tanda korg support,author lagi lah bersemangat nak update cerita.Klau tak keberatan,korg simpan lah karya author ni dlm library korg. Muahhh syg korg😘Terima kasih sanggup baca cerita author yang tak seberapa ni.

You Are The OneWhere stories live. Discover now