Bab 1- Siapakah Dia

100 18 0
                                    

Malam Isnin pada hari tu agak lain sikit dari biasa.Seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemas dan rapi sedang menunggu seseorang di kereta Mercedez merah miliknya sambil memegang sejambak bunga yang dibaluti dengan wrapping yang tampak agak cantik.

Dia mengenakan sut warna biru gelap bersama seluar yang turut sama warnanya.Butang bajunya dibiarkan terbuka sedikit di bahagian atas.

Lelaki itu mula memandang jam tangannya yang dibeli beberapa bulan yang lepas.Matanya mula meliar mencari kelibat orang yang ditunggunya.

Akhirnya dia dapat menangkap kelibat orang yang amat dikenalinya justeru yang sangat dicintai olehnya itu.

Wanita yang ditunggu oleh lelaki itu berjalan ke arahnya dengan menghentakkan kasut tumit tinggi merahnya itu.

Wanita itu turut mengenakan dress separas paha dan membawa beg tangan Gucci hitam ditangannya.Jalannya agak lenggang lenggok seperti seorang model yang sedang memperagakan baju fashion.

Lelaki itu tersenyum melihat orang yang ditunggu tunggu oleh nya sudah tiba.

"Hai sayang,kenapa lambat smpai harini. Kan kita dah janji nak jumpa pukul 9 mlm. Ni tengok ni, dah pukul berapa dah...hmm nak merajuk dengan awak"
lelaki itu memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuhnya.

Lelaki yang diberi nama Faris Amsyar adalah seorang yang suka bermanja dan bergurau.Tambah-tambahan lagi kepada orang yang disayangi nya itu.Jambak bunga yang dipegangnya tadi diletakkan di atas bumbung kereta untuk menunjukkan yang dia seperti seorang yang merajuk.

"Ishh awak ni,sudah-sudahlah tu,saya penat tau tak harini!Dengan awak lagi merajuk.Harini saya datang nak cakap sesuatu dekat awak."

Wanita itu mula mengipas-ngipas kan muka lagaknya.Dia menunjukkan muka masam kepada lelaki itu.

"Ehh kenapa ni sayang?Ada masalah ke?"Faris menghentikan perbuatan nya yg sebentar tadi untuk fokus kepada
apa yang bakal disampaikan oleh gadis itu.

Dia mula hairan dengan perubahan sikap wanita itu pada hari ini.Setahunya,dia tidak membuat apa-apa kesalahan lagi pada hari ini.Lagipun mereka baru sahaja berjumpa.

Kemudiannya dia mengambil jambak bunga tadi lalu memberi kepada wanita itu akan tetapi wanita itu tidak menyambutnya.

"Saya nak putus dengan awak"sebaris kata itu membuat kan Faris tercengang seketika dan jambak bunga yang dipegangnya jatuh mengadap rumput.

Dia agak kehilangan kata-kata nya."Tetapi kenapa?Saya ada buat salah ke dengan awak.Please, tolong beritahu saya sebabnya"merayu Faris sedikit untuk mengetahui apa yang menyebabkan wanita itu berubah sekelip mata.

"Saya dah tak tahan dengan semua ni.Awak terlalu manja tahu tak?!Second,awk selalu control saya.Saya pun ada life sendiri.Ingat kita ni belum kahwin.Sya dah ckp banyak kali dengan awak kann.Jangan buat perangai manja awk tu dekat tempat-tempat terbuka."

Wanita bernama Nadia itu bersuara agak kuat dari tadi apabila menjelaskan keadaan sebenar yang membuat kan dia ingin putus dengan lelaki itu.

Faris hanya memandang nya seperti tidak percaya apa yang baru dikatakan oleh wanita itu sebentar tadi.

Dia terlalu manja? Why?Memang sifat manjanya itu yang wanita itu selalu mahukan.Tetapi kenapa sekarang wanita itu dah berubah.

"Dulu awak suka dengan sifat manja saya ni,tapi sekarang kenapa awak mempertikaikannya pula?!"Faris mula memasang muka serius dan membuat kan Nadia menelan sedikit air liurnya.

Faris nampak agak menakutkan.Muka lelaki kacak itu bertukar merah menunjukkan yang dia sedang marah.Wanita itu hanya terdiam seribu bahasa.Sekarang ini,Nadia hanya berfikir untuk pergi dari situ.Sebelum melangkah,Faris sudah menarik lengannya dahulu.

"Saya ada buat salah ke dgn awak?! HAH?! JAWABLAH POMPUAN" Faris menguatkan suaranya. Nadia menarik tangan nya lalu pergi dengan tergesa-gesa.

"KAU JANGAN MUNCUL DEPAN AKU LAGI!!!!ARGHHH!!!" Jerit Faris agak kuat.

Jeritan nya itu telah menarik perhatian perhatian beberapa orang di kawasan itu.Pada masa itu,Faris tidak lagi peduli dengan pandangan orang lain.Di fikirannya sekarg ini,dia telah berjanji tidak akan mempercayai mana-mana wanita lagi yang hadir di dalam hidupnya.

Cincin yang dipegang nya dari tadi dilemparkan ke dalam tong sampah yang berdekatan dengan kawasan itu.Cincin itu pada asalnya ingin diberikan kepada Nadia..tetapi akibat 'kejutan' yang diterima nya tadi,dia membuang cincin itu.

Kemudiannya dia masuk ke dalam kereta Mercedez nya itu lalu memecut laju menyusur jalan raya yang agak lenggang pada waktu itu. "Semua pompuan sama!!!" Jeritnya dalam kereta.

Aksi membuang cincin oleh Faris telah disaksikan seorang gadis yang kebetulan lalu di situ.

Gadis itu mula berjalan ke arah tong sampah itu dan kemudiannya mengambil cincin yang dibuang oleh lelaki itu sebentar tadi.Sang gadis menyimpan cincin itu di dalam beg nya dan mula berjalan balik ke rumah nya.






Siapakah gadis yang mengutip cincin yang dibuang oleh Faris?Baca bab-bab akan datang.





Jgn lupa vote dan follow author sbg tanda korg support,author lagi lah bersemangat nak update cerita.Klau tak keberatan,korg simpan lah karya author ni dlm library korg. Muahhh syg korg😘Terima kasih sanggup baca cerita author yang tak seberapa ni.

You Are The OneWhere stories live. Discover now