Bab 18- Tunang

43 7 2
                                    

Majlis pertunangan dilakukan secara sederhana. Hanya ahli keluarga terdekat saja yang dijemput.

Amira ada sekali. Dua hari sebelum pertunangan Intan dan Faris, Intan memberitahu Amira tentang dirinya dan jejaka yang bergelar guru kepada mereka berdua. Alangkah terkejutnya gadis itu setelah diberitahu.

"Sampai hati kau rahsiakan dari aku. Sedih lah macam ni." Itu yang dikatakan Amira. Dia gembira bagi pihak sahabatnya itu. Lagipun dia suka hubungan Intan dan juga Faris. Baginya mereka berdua cukup serasi.

Setelah selesai, semua ahli keluarga yang dijemput dipelawa untuk makan makanan yang dihidang.

"Tahniah. Banyak dugaan tau waktu bertunang ni. Kalau boleh cepatkan tanggal pernikahan" kata salah seorang mak saudara kepada Faris. Faris mendengar dengan teliti lalu menganggukkan kepalanya.

Memang cabaran bertunang ni banyak. Harap-harap Intan mampu menghadapi bersamanya.

Intan membantu Puan Rosie dan Mak Cah di dapur. Membasuh segala pinggan mangkuk yang kotor. Lengan baju disingsing sedikit.

"Intan,kamu pergilah duduk dekat depan. Teman Faris. Kesian dia. Tolong lah dia layan tetamu." Kata Mak Cah.

Puan Rosie mengiyakan kata-kata Mak Cah. Seperti sudah bersepakat. Masalahnya dia malas. Lebih baik dia membantu disini.

"Ni kejap lagi, ayah kamu nak bincang tarikh perkahwinan yang elok. Pergi duduk depan. Tengok kalau tok imam dah sampai." Arah Mak Cah lagi. Kali ini Intan menurut.

Terpaksa okay! Hurmmm. Lambat-lambat kaki melangkah. Sebelum menuju ke ruang tamu rumah Faris itu, susuk badan Amira dicari. Kemana gadis itu pergi?

Selepas acara sarung cincin dijalankan, Amira terus hilang. Keluar agaknya. Takpelah,kejap lagi dia datang balik lah tu. Lagipun Amira sudah berjanji menemaninya hari ini. Jadi gadis itu tidak boleh lari.

Faris yang berada di ruang tamu mula menyedari kehadiran gadis itu. Langkahnya mula dibuka ke arah Intan. Intan pula masih tidak menyedari kehadiran Faris yang berada dibelakang.

" Sweetiee!" Panggil Faris sedikit kuat. Intan terkejut. Jejaka itu ketawa mengekek. Suka melihat wajah terkejut Intan itu. Intan mengurut dadanya. Wajahnya dipasang muram.

Kalau mati terkejut tadi, memang dia tidak kahwin dengan Faris. Biar lelaki itu mencari penggantinya. Padan muka!

" Cuba bagi salam. Jangan main terjah je. Nasib saya takda sakit jantung. Kalau tak,dah arwah dah." Kata Intan berani. Kalau dah terkejut, semua benda boleh terlepas cakap.

Faris pula terkedu. Jangan jadi kenyataan sudahlah.

"Sorry. Kamu dah makan? Jom pergi makan." Kata Faris lagi. Dari tadi lagi dia belum makan. Alang-alang gadis itu berada di sini,lebih baik dia mengajak gadis itu menemaninya.

" Saya makan sikit tadi dekat belakang. Cikgu nak saya temankan ke?" Kata Intan seolah-olah mengetahui kata hati lelaki itu. Faris mengangguk laju. Intan tersenyum.

"Jomm. Cikgu ada nampak Amira tak? Tadi dia ada." Tanya Intan. Mereka berdua menuju ke arah khemah yang menempatkan semua jenis makanan di situ.

" Ada. Dia cari kamu tadi. Katanya nak ke kedai kejap." Kata Faris. Pinggan polisterin di ambil. Intan hanya mengikut lelaki itu.

" Ohhhh takpelah kalau camtu". Kali ini Intan mengambil 2 cawan plastik yang berada di satu meja kecil. Air di dalam bekas itu diambil.

"Nahh." Intan memberikan air itu kepada Faris. Lelaki itu menyambutnya lalu menghadiahkan sebuah senyuman.

You Are The OneOnde histórias criam vida. Descubra agora