Esya ketawa kecil.

"Nanti korang akan jumpa diorang juga...tunggu masa sahaja.."

Ice mengangguk laju lalu dia beredar ke biliknya.

"Hali.... Solar..."

****

Malam kedua untuk kerja kursus...

Selepas selesai menghantar kerja kursus yang mengambil masa 2 hari,si abang berasa pelik kerana keadaan di rumah sangat sunyi.

Seperti dia seorang sahaja yang duduk di rumah tersebut.

"Aik mana adik aku nih? Dalam bilik takde.."

Kalau nak cari dekat semua bilik tak boleh sebab bilik yang lain berkunci. Hanya bilik mereka berdua sahaja tidak berkunci.

Dengan langkah malas si abang turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu.

Punyalah terkejut dia melihat adiknya terbaring di sofa sambil berpeluh satu badan.

"Demam!"

Berlari si abang kearah adiknya. Dahi disentuh dan tekaannya betul. Adiknya demam panas.

Untuk pengetahuan,si adik nih memang dilahirkan dengan antibody yang lemah. Setiap bulan mesti dia akan demam panas. Kalau buat kerja berat atau terkena hujan mesti dia akan jatuh sakit. Bak kata orang anak paling mengada.

Tapi bagi si abang demam panas itu satu perkara yang bahaya. Dia akan salahkan dirinya kalau adiknya jatuh sakit disebabkannya.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?"

"Kau sibuk sangat dengan kerja kursus tuh.."

"Apa kau buat harini?"

Mata si abang memandang tajam kearah adiknya yang masih terbaring di sofa.

"Harini kan...ohok...ohok...kita kena bersihkan kubur..",jawab si adik dengan lemah.

"Ya Allah aku lupa...kau patut bagitahu aku lain kali..."

"Aku taknak kacau kau...kerja kursus tuh kan penting...kalau tak hantar harini kau kena marah esok..."

"Benda paling penting dalam hidup aku hanya kau...kembar aku..."

Adiknya tersengih malu.

"Light...kita ambik cuti sampai kau sembuh ok? Sekolah tak penting...kesihatan kau keutamaan aku..."

"Baik Thunder"

Mereka berdua tersengih. Baru sahaja Thunder bangun dari duduknya tiba-tiba bunyi guruh berdentum kuat sehingga bekalan elektrik terputus.

Light yang sangat trauma dengan kegelapan terus memeluk Thunder erat.

"Shushh...aku ada dekat sini..",Thunder mengusap rambut Light lembut.

Disebabkan Light langsung taknak melepaskan Thunder jadi dia terpaksa mengendong Light di belakangnya.

Lampu suluh di dalam laci diambil lalu mereka berdua menuju ke bilik elektrik yang berada di luar rumah.

Different World [COMPLETE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt