5

386 20 6
                                    

3rd POV

"Sayang!"

Suara milik Amirul membuatkan Zahra kembali ke realiti. Tanpa disedarinya, air matanya sedang mengalir laju. Tatkala mata mereka bertemu, sang gadis dengan pantas mengelap titisan permatanya menggunakan lengan baju. Tiba-tiba, Amirul mengelap dengan lembut air mata yang bersisa pada wajah Zahra. Ya, dengan menggunakan tisu.

"Sayang okey?" soalnya. Suaranya kedengaran lembut dan begitu mengambil berat terhadap Zahra. Adakah itu hanya suatu khayalan? Apapun yang pasti, hatinya agak tersentuh dengan tindakan Amirul.

Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Dia trauma dan kecewa. Tertekan atas segala yang telah menimpa. Apa lagi yang bakal menunggu dirinya?

"Awak, awak tahukan betapa saya sayangkan awak selama ini?" ungkap Zahra secara mengejut. Amirul sekadar mengangguk, meskipun hatinya sudah berbunga seketika.

"Awak kata awak sanggup bertahan dengan sakit mental saya, demi masa depan kita untuk hidup bersama." Tangannya dikepalkan seperti penumbuk seeratnya seperti menahan kesakitan. "..tapi kenapa awak tetap pilih untuk pergi dan hadir semula berulang kali seolah-olah saya ni takkan trauma?"

Amirul terdiam, menghadam ayat yang terlintas dari mulut Zahra. "Cuba awak letak diri awak pada posisi saya. Awak akan trauma tak kalau saya tinggalkan awak dan datang pada awak, tanpa memikirkan perasaan awak?" soal Zahra lagi.

"Tapi, saya tak kisah asalkan saya dapat awak semula," balas lelaki berkemeja hitam itu. Si gadis menepuk dahi. Air matanya tadi seperti tersedut masuk semula dalam mata. Pemikirannya tidak sama dengan pemikiran orang normal.

Zahra berdecit, segera mengemas barang atas mejanya dan meninggalkan meja tersebut. Urgh! Entah kenapa aku boleh pula 'open up' pada dia hanya kerana ekspresi risaunya tadi.

Amirul ditinggalkan seorang diri. Jambakan bunga yang diberinya buat pengarang hatinya ditinggalkan juga. "Aku sayangkan kau sangat-sangat. Kalau aku tak dapat kau, then no one will."

-

Langit yang biru kian menjadi gelap, menandakan hujan bakal menyusuri sebentar lagi. Kedengaran bunyi petir sambar-menyambar membuatkan Zahra ingin sahaja melelapkan mata di atas katil empuknya. Namun tidak terdaya kerana kertas peperiksaan pelajarnya belum habis ditanda lagi.

Tangannya mencapai Iphone 11 Pro Max nya dan membuka group WhatsApp pelajar kelasnya yang kelihatan seperti kecoh. Ada beberapa pelajar mention namanya. Jelas 1001 kerutan menghiasi dahinya dek kerana penuh tanda tanya.

Syahira : Untungnya Ms. Zahra dapat tunang yang bekerjaya.
Razeen : Ms. Zahra, sweetnya tunang miss. Saya dah besar nak jadi macam dia lah hehe
Athirah : Itulah. Tunang miss jadi photographer, Ms. Zahra jadi model.

Aku menjongketkan keningku. Sejak bila Amirul ada ambil gambar aku? Kali terakhir pun, 4 tahun yang lalu. Disebabkan perasaan ingin tahu menguasai diri, aku segera menaip nama Instagram Amirul yang ditulis pada papan kelas pagi tadi.

"Ya Allah." Zahra menutup mulutnya, terkejut dengan apa yang dilihatnya. 20 ribu pengikut dan semua gambar di situ adalah gambar Zahra. Ada gambar Zahra sedang makan, berdiri di tepi jalan dan ada juga gambar dirinya sedang tersenyum di taman seorang diri. Amirul memiliki gambar yang dirinya sendiri tidak pernah tahu wujud.

"Sejak bila dia ambil gambar aku? Aku ghosting dia sudah hampir 4 tahun lebih," gunam Zahra sambil jarinya ligat melihat gambar yang paling lama.

Gambar pertama yang di upload. Gambar aku sedang tersenyum pada kamera. 22 Disember 2017. Tarikh lahir aku. Ketika itu aku sudah memutuskan hubungan dengannya.

Zahra tergamam. Melihat kesemua caption yang ditulis Amirul juga membuatkan dirinya terasa loya dan pening.

"She is my only wife. We fated for each other."

Semuanya seperti dia ingin menunjukkan pada satu dunia bahawa Zahra adalah milik dia dan hanya dia sahaja yang mampu memiliki Zahra. Kedengaran gila, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Telefon pintar Zahra berdering, membawa dirinya kembali ke realiti walaupun ada sedikit perasaan takut tersisa pada dirinya. Tanpa melihat nama pemanggil, dia mengangkat panggilan. "Hello, assalamualaikum?"

"Waalaikumussalam, sayang. Nampaknya sayang dah selamat sampai ke rumah," balas Amirul di hujung talian. Zahra menoleh ke setiap arah. Mana tahu sekiranya dia ada letak kamera kecil dalam bilik ini. "M-Mana awak tahu?!"

Si jejaka tertawa kecil mendengar reaksi Zahra sedemikian. "I wish I can see you reaction," gumam Amirul. Dia sangat sukakannya apabila melihat Zahra begitu lemah dan diselebungi ketakutan. Dengan itu, lebih mudah untuknya memiliki Zahra.

"Saya ada depan rumah awak."

Menegak bulu roma Zahra apabila mengetahui keberadaan Amirul. Dia mengintai dari biliknya. Dan ya. Kereta BMW berwarna hitam milik Amirul sedang terparkir di hadapan rumahnya. Nasib baik dia tidak lagi meninggalkan kunci lebih di luar rumah. Ada sahaja kemungkinan dia akan memasuki rumah Zahra lagi.

"Awak, saya baru buka Instagram awak tadi."
"Oh, hehe. Sayang suka tak saya ambil gambar sayang? Dulu sayang pernah kata yang sayang teringin sangat-sangat saya ambil gambar sayang," katanya dengan nada ceria. Suka? Takut ada lah. Creepy.

Zahra mendiam. Jadi, betul lah selama ini dia memang sudah perhatikan aku? Dan sekarang dia ingin mendapatkan aku semula? Tetapi, kenapa sekarang? Kenapa bukan dahulu?

"Oh ya. Saya baru dapat tahu satu perkara yang menarik."
"..Apa dia?" Zahra bersuara semula.
"Masa kita 'putus', keluarga awak tak percayakan yang kita putus? Sebab diorang masih nak kita bersama," jawab Amirul dengan nada gembira.

Berbeza pula reaksi si gadis. Dunia Zahra bagaikan terhenti. Betul, memang keluarganya sendiri enggan menerima kenyataan. Kerana mereka lebih mempercayai Amirul. Kata mereka, 'Hanya Amirul yang mampu membuatkan Zahra mendengar kata orang.'

Disebabkan itu jugalah Zahra keluar dari rumah kedua orang tuanya itu. Demi kesejahteraan mental dan emosinya. Apapun, Zahra kini dan selamanya terikat dengan perjanjian yang melibatkan nama Allah.

'Mungkin, aku patut berbincang dengan keluarga aku?' bisik hatinya dengan sedikit keraguan.

"Saya penatlah. Saya nak end call," ujar Zahra dengan dingin. "Saya tak suka bila nada awak macam tu," sempat lagi Amirul komen.

"Saya tinggalkan bunga yang saya bagi tadi dekat depan pagar rumah. Jaga diri, I love you, sayang." Tut! Panggilan dimatikan. Huh, marah ke tu? Kisah apa? Siapa yang datang bulan sekarang ini? Aku atau dia?

Zahra mencampakkan Iphone nya ke atas katil. Dia kembali menyelak langsir sedikit untuk memastikan bahawa Amirul benar-benar sudah beranjak pergi dari rumahnya. Dan ya! Dia sudah pergi. Si gadis berlari keluar rumah untuk mengambil bunga yang ditinggalkan Amirul. Payung merah kegemarannya dibuka untuk meredah hujan yang agak lebat.

Matanya tertancap lama pada bunga yang berada di depan pagar rumahnya sebelum mengambilnya. Sejujurnya, dia berasa agak gembira apabila mendapat bunga dari Amirul. Dahulu, lelaki itu tidak mempunyai duit yang banyak dan kerjaya yang belum menentu. Jadi, tidak pernah dia memberi Zahra sebarang hadiah, meskipun pada hari lahir gadis itu.

Secara tiba-tiba, air mata Zahra mengalir di pipi. "Apa gunanya aku ghosting dia 4 tahun yang lalu kalau aku masih sayangkan dia? Nak move on konon," gumam Zahra lalu tertawa sinis. Menyindir dirinya sendiri.

"..aku tak minta banyak. Aku cuma nak hilangkan attachment issue pada diri aku. Sebab aku tahu, masalah mental aku hanya membawa masalah kepada semua orang." Zahra mengelap air matanya.

Kakinya kembali mengorak langkah ke dalam rumah. Dia bertekad untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada kedua ibubapanya. Dengan harapan, dia dapat memikirkan tindakan terbaik yang harus dilakukannya demi masa hadapannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OBSESIWhere stories live. Discover now