4

291 18 0
                                    

3rd POV

Loceng sekolah berbunyi pada jam 2.15 petang menandakan bahawa waktu persekolahan sudah tamat. Pada hari ini, Zahra langsung tidak menjejaki bilik guru setelah insiden yang memenatkan zahir dan batinnya. Ya. Kemunculan Amirul di sekolahnya. Zahra sudah tahu sangat bahawa semua ini akan menimbulkan kontroversi dan bakal menjadi perbualan hangat setiap guru, kakitangan dan juga para pelajar.

Zahra dengan pantas menuju ke arah kereta myvi hitam miliknya yang terparkir di tepi padang sekolah. Tangannya pula memegang fail merah yang penuh dengan kertas peperiksaan pelajarnya. Kunci keretanya diambil dari beg tangannya. Punat hijau ditekan dan kakinya melangkah masuk. Enjin kereta dihidupkan. Aircond juga dipasang untuk menyejukkan diri dan keretanya.

Nada dering 'DOMINO' mengisi ruang. Guru bertudung labuh itu dengan segera mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama yang terpapar pada skrin. "Hello, assalamualaikum?"

"Waalaikumussalam. Raa, kau okey tak? Mesej aku kau tak balas pun semalam," balas Thaqif di hujung talian. Zahra menepuk dahinya. Aduh, kalau bukan kerana insiden Amirul memecah masuk rumahnya, semua ini tidak akan berlaku. Perasaan serba salah memeluk sanubari sang gadis itu.

"Maaf, Qif. Aku semalam tertidur lepas baca mesej kau and terus terlupa nak balas." DEG! Kenapa aku tidak meluahkan sahaja perkara sebenar?

Zahra mengetap bibirnya. Dahinya ditepuk banyak kali. Aduhai.

"Ooh. Sorry aku kacau kau tidur." Segera Zahra mencuba untuk menenangkan Thaqif. Selepas Amirul mengangkatnya ke kamar tidur, Zahra terlalu lemah sehingga tertidur sampai subuh. Teruknya!

"Apapun, kau boleh datang tak esok? Untuk MV shooting? Aku tak paksa kau. Kalau kau taknak, terpaksalah aku cari orang lain," terang Thaqif. Kalau ikutkan, sememangnya Zahra malas mahu ke sana. Tetapi sekiranya difikirkan semula, dia akan dapat duit tambahan dan juga membalas jasa Thaqif dengan membantunya shooting.

"InsyaAllah boleh. Nanti aku roger kau balik lah." Kemudian, talian dimatikan. Zahra mengeluh. Kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajarnya juga belum habis ditanda. Meskipun Nadiah sudah membantunya menanda 10 kertas pelajarnya, masih ada baki 9 kertas yang belum habis ditandanya.

Zahra bersenandung. "Aku pergi menanda kertas dekat Starbucks jelah. Lagipun, teringin nak minum air Caramel Cream Frappucino hehe."

Usai menyimpan telefonnya kembali dalam beg tangannya, Zahra memulakan pemanduannya dengan bismillah. Semoga urusannya dipermudahkan oleh yang Esa.

-

Oh tidak.

Sebaik sahaja Zahra melangkah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, seorang lelaki yang sangat dia kenali turut duduk bersama dengannya. Sang gadis itu mendengus. Siapa lagi kalau bukan Amirul?

Zahra mengabaikan kehadiran lelaki itu dan menyedut sedikit minumannya yang baru sahaja disiapkan oleh barista. Tanganku kembali bergerak menanda kertas pelajarku dengan menggunakan pen merah. Amirul menongkatkan dagunya. Sekali lagi, dia menatap Zahra dengan pandangan yang penuh obsesi.

"Sayang."

Panggilan itu diabaikan oleh Zahra. Urgh, time macam inilah dia mahu mengganggu. Kertas peperiksaan pelajarnya perlu dijumlah markahnya untuk dihantar ke pihak pengurusan peperiksaan. "Sayang."

Gadis bertudung coklat itu mengeluh dan akhirnya mengalah. Dia mendongak. Tatkala itu, mata mereka bertemu. Mata yang penuh perasaan cinta dan mata yang terisi kedinginan. "Apa?"

Lelaki itu kemudian memusingkan tubuhnya ke belakang seketika. Jeng jeng! Sejambak bunga ros merah diletakkan atas meja. Terbeliak terus terpanar dirinya.

OBSESIWhere stories live. Discover now