🕊 Sixty Six 🕊

Start from the beginning
                                    

" biasalah nama lagi kerja love. Dah siapa yang nak pergi honeymoon sangat balik kena lah hadap semua tu." ujar zayn.

" so you salahkan i ke sekarang sebab ajak you pergi honeymoon?"

" tak salah aku okaylah sayang i have to go but remember jangan lupa makan okay bye." zayn tak nak membahas lama nanti tak pasal sera merajuk dengannya.

" you too jangan lupa lunch bye." ujar sera lalu mematikan panggilan.

////////////////

Zayn baru sahaja selesai menelefon sera lalu menyambung kerjanya.

Tuk!

Tuk!

Tuk!

" masuk."

Mike terus masuk ke dalam ruangan zayn sambil diikuti cavin dari belakang lalu mereka duduk di hadapan zayn.

" senyum senyum je sekarang lepas balik honeymoon." usik mike.

" biasalah orang tengah bahagia." sambung cavin pula.

Muka zayn tadi yang senyum bertukar menjadi tegas dan serious kembali.

" korang kalau datang sini nak mengarut baik keluar."

" alah gurau tak oleh kau ni." ujar mike.

" okay let be serious, zayn nah ni documents tentang maklumat Tom yang terbaru." cavin telah menghulurkan fail itu kepada zayn.

" so progress? " zayn telah mengambil fail dari tangan cavin dan membelek setiap helaian dan tiba tiba matanya tertumpu pada gambar yang ada di dalam fail tersebut.

" siapa perempuan dengan Tom dalam gambar ni?" tanya zayn lagi sambil matanya masih melihat gerangan perempuan dalam gambar itu yang duduk berhadapan dengan tom di sebuah cafe tetapi wajah perempuan itu tidak dapat dilihat disebabkan perempuan itu memakai hoodie dan kaca mata hitam. kedudukan perempuan itu berada di hadapan Tom.

Cavin menggelengkan kepala." kita masih siasat, tapi yang pasti perempuan ni  mungkin ada kena mengena dengan Tom."

" mungkin?" zayn telah mengangkat keningnya sebelah  sambil memandang kearah cavin dan mike di hadapannya.

" ya mungkin sebab perempuan ni ada beberapa kali berjumpa dengan Tom lagi lagi sebelum kita pergi France bulan lepas." 

" and waktu kejadian di parking lot tempoh hari kelibat perempuan ni ada dalam cctv di situ." sampuk mike pula.

" muka perempuan tu tak nampak dalam cctv?" tanya zayn sambil meletakkan fail itu di atas meja.

cavin dan mike menggelengkan kepala.  zayn telah berdiri dan berjalan ke tingkap dan mengarahkan pandangannya ke luar. 

" siapa pula perempuan ni?" katanya sendiri namun masih  boleh di dengar oleh mike dan cavin.

" kau ada sakitkan mana mana perempuan ke sebelum ni?" tanya cavin.

" Aku tak gila lagi lah nak sakitkan perempuan. Korang kenal aku kan." betul apa yang dikatakan oleh zayn dia susah untuk dekat dengan perempuan ini pula nak sakitkan memang tak lah kalau perempuan lain langsung tidak berani dekat dengannya kerana sifatnya yang dingin dan riak wajahnya yang sentiasa bengis dan hanya berani usha dari jauh sahaja. kalau dulu cuma Arabella sahaja yang berani dekat dengannya sebelum perempuan itu mengetahui segalanya dan sekarang Sera. 

" tak kan dia di sebalik semua ni tapi kalau betul dia apa motif dia serang sera waktu tu dan macam mana dia pun boleh kenal dengan Black Dragon. Kenapa aku rasa macam dah tak logik hal ni." ujar mike pula.

" aku nak korang siasat hal ni lebih cepat. Aku rasa ada hal yang janggal dan aku pasti perempuan ni pun ada kena mengena dengan J yang kita tengah cari sekarang." zayn telah memalingkan semula badannya menghadap mike dan cavin.

" kalau macam tu  aku dan mike balik Hex dulu." mike dan cavin telah keluar dari ruangan itu. zayn duduk semula di kerusinya lalu menyandar badannya sambil meraup mukanya tanda serabut.

"aku tak akan biarkan sesiapa pun berani sentuh dan sakitkan kau sera walau seinci  pun. Aku akan buat pelbagai cara untuk selamatkan kau dari semua ni walaupun nyawa aku jadi galang ganti. Aku janji love." getus hatinya.

/////////////

Sera baru sahaja selesai meeting  terakhirnya dengan Encik Yahya. Dia telah masuk ke ruangannya untuk menyimpan barang barang  dan ingin pulang ke rumah.  Dia telah berjalan  keluar dari bangunan Heritage Holding dan menuju ke keretanya namun dia merasakan seperti ada orang mengikutinya dari belakang tanpa berfikir panjang sera mempercepatkan langkahnya. Dia cepat cepat mencari kunci keretanya lalu masuk ke dalam  dan menguncinya sebelum menghidupkan enjin. Tapi tiba tiba ada seseorang mengetuk cermin keretanya dari arah pemandu lalu dia memalingkan mukanya ke arah ketukan itu. Dia amat terkejut melihat orang itu.




Sera EskandarWhere stories live. Discover now