23

93 12 2
                                    

Kakinya melangkah laju ke arah wad ICU di hujung ruangan hospital itu. Alang-alang Ian memintanya untuk menjemput lelaki itu di hospital, Niel berniat untuk melawat mamanya di wad ICU sementara menunggu Ayash yang sedang menjelaskan bil hospital dan mengambil ubat-ubatan Ian.

Langkahnya terhenti apabila melihat gerangan yang tak lekang dari ingatannya selama ini. Yang seorang kelihatan tenang berbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat pada tubuhnya dan yang seorang lagi kelihatan penat dan tidak bermaya.

Mama dan papanya.

Niel teringat akan kata-kata Daisy semalam. Lama jejaka itu berdiri di hadapan wad ICU itu seolah-olah menimbang baik buruk keputusannya nanti. Wajarkah dia memunculakan diri di hadapan papanya setelah 10 tahun berlalu?

Seorang jururawat yang kebetulan ingin melangkah masuk ke dalam wad ICU dia tahan buat seketika.

"Ya encik?" soal jururawat itu terpinga-pinga. "Uh boleh tak tolong panggilkan lelaki yang duduk dekat wad nombor 7 tu?" pinta Niel seraya menunjuk ke arah papanya yang membelakangi pintu masuk wad ICU itu. "Boleh saya tahu encik siapa?" jururawat itu mengembalikan soalan.

"Saya anak dia, saya nak cakap dengan dia in private." balas Niel. Jururawat itu menganggukkan kepalanya seraya tersenyum manis. "Sekejap ya encik." katanya sebelum melangkah masuk ke dalam wad.

Niel mula berasa seperti cacing kepanasan. Dia tidak tahu apakah reaksi yang seharusnya dia berikan apabila dia bersua muka dengan papanya nanti. Patutkah dia mengalirkan air mata dan memeluk papanya? Atau hanya berlagak tenang dan berjabat tangan sahaja?

Akhirnya jejaka itu membuat keputusan untuk membelakangi pintu masuk wad ICU itu. Tangannya mula berpeluh, gementar dengan apa yang akan terjadi nanti. Betulkah keputusannya untuk bersua muka dengan papanya ini?

"Kamu nak jumpa uncle?"

Terjungkit bahu Niel mendengar suara yang sudah lama tidak dia dengari. Secara refleks Niel menghadap sumber suara itu. Setelah 10 tahun berlalu dia akhirnya bersua muka dengan papa kandungnya. Berubah air muka masing-masing. Kemungkinan besar masih terkejut dengan kehadiran satu sama lain.

"Lah Dannyboi! Papa ingatkan siapa tadi nak jumpa papa. Daniel nak jenguk mama ke?" soal papanya ramah. Terkulat-kulat Niel melihat reaksi lelaki separuh abad di hadapannya itu. Papanya tak terkejutkah melihatnya?

"Uh— ha." balas Niel terkulat-kulat. Papanya hanya mampu menepuk bahu Niel ramah dengan sengihan di bibir. "Jom, mama memang dah lama tunggu kamu sampai tertidur mama dibuatnya." kata papanya. Dengan lembut lengan Niel ditarik mendekati katil mamanya di hujung ruangan ICU itu.

Niel hanya mampu berdiri tegak seperti tunggul kayu tanpa mengeluarkan apa-apa suara. Mungkin masih hairan dengan reaksi papanya seolah-olah tidak terkejut dengan kehadirannya. Dia dapat lihat figura wanita yang menghalaunya 10 tahun yang lalu, terbaring di atas katil hospital dengan tenang seolah-olah wanita itu sedang tidur dengan lena.

"Daniel tak payah la risau, mama baru lepas operate dua hari lepas. Inshaallah mama okay." kata papanya. Niel mengerutkan keningnya. Baru lepas dibedah? Habis kenapa Daisy katakan sebaliknya?

"Papa, tak terkejut ke jumpa Niel?" soal Niel perlahan. Lelaki separuh abad itu ketawa besar mengundang perhatian para pesakit dan jururawat yang lain. "Kenapa papa nak terkejut pula?" papanya mengembalikan soalan. Niel semakin hairan dan tertanya-tanya. Apa yang sudah terjadi? Bukankah papanya patut terkejut melihat anak lelaki yang sudah sedekad dia tidak temui?

"Daisy tak bagitahu Dannyboi lah ni."

Makin berkerut kening Niel mendengarnya.

"Macam ni, Daniel. Tipulah kalau papa kata papa tak terkejut jumpa Dannyboi papa ni. Lebih 10 tahun kita tak jumpa, kan? Tapi papa tak terkejut sangat sebab keberadaan Daniel selama ni papa tahu. Papa tahu Daniel duduk dengan Tengku Adrian jadi papa tak risau sangat. Papa cuma mampu pantau Daniel dari jauh. Well, not really la. Daisy yang selalu inform papa pasal kamu. Jadi papa tahu, anak papa ni ada dalam keadaan yang selamat dan baik-baik sahaja."

127 Streets [discontinued]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon