15

103 14 22
                                    

"Tengku? Saya lupa nak bagitahu. Semalam papa Tengku minta kamu semua cari partner masing-masing untuk party malam esok memandangkan jumlah kamu semua lelaki dan perempuan adalah sama. Nanti akan ada paparazzi datang, so papa Tengku nak kamu semua nampak gah dengan pasangan masing-masing." kata Iman, setiausaha Tengku Damien kepada Ian melalui panggilan telefon.

"Lah, papa kata hari tu tak ada partner pun takpe." balas Ian keliru. "Masa tu tak ada paparazzi yang akan datang. Ni tiba-tiba baru semalam diorang call, nak buat artikel dekat Internet pasal keluarga Tengku since tak ada yang tahu apa khabar keluarga Tengku. Saya minta maaf, Tengku. Patutnya saya halang tapi mereka ugut untuk spread rumors pasal kamu semua jadi saya terpaksa turutkan." kata Iman serba salah.

Ian mengeluh perlahan.

"Tak apa lah, Iman. Saya bagitahu mereka semua nanti." kata Ian sebelum dia menamatkan panggilan telefon itu. Wajahnya diraup kasar. Dia dan sahabat-sahabatnya paling tidak suka dengan party yang memerlukan mereka untuk membawa partner. Ianya akan membawa spekulasi dan akan membuatkan netizen tertanya-tanya soal peribadi mereka.

Mereka bencikannya.

"Papa suruh kita cari partner untuk party malam esok." kata Ian kepada sahabat-sahabatnya. "Bukan ke papa kata tak perlu?" soal Josh. "Iman call, papa tiba-tiba suruh sebab nanti akan ada paparazzi." kata Ian seraya mengeluh. "Habis macam mana ni?" soal Nana. "Kita terpaksa partner up lah. Takkan kita nak bantah arahan papa?" balas Rish.

"So we're just going to partner up for the red carpet, okay? Masa majlis nanti tak perlu partner up pun takpe." kata Ian. "It's all for publicity purposes." tambah Ayden. "Aku on je kalau macam tu." kata Picha. "Aku pun, kita kan macam bestie4lyfers, takde hal la setakat partner up ni." celah Delilah pula.

Sepanjang malam mereka berbincang dan berbual tentang siapa yang akan bergandingan dengan siapa, membuat plan dan strategy yang teliti dan jelas daripada awal sampai akhir sehinggakan mereka tidak sedar jarum jam telah pun berdetak tepat jam 12 malam dimana penggantian hari berlaku.

"Happy birthday, bang Ian!" Delilah dan Picha datang dengan sepotong kecil kek Chocolate Indulgence daripada Secret Recipe yang menjadi kegemaran Ian sejak dulu lagi. Ian ketawa kecil seraya mengucapkan terima kasih. Lebar senyuman dibibirnya saat melihat sahabat-sahabatnya mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.

"Weh pibeday, taik!" Ray memberikan pelukan hangat kepada Ian. "Happy birthday, kentut. Semoga cepat tua— hahaha!" Aisy berguling diatas lantai saat melihat ekspresi Ian yang berubat keruh. "Sannah helwah ya habibi. Semoga cepat jadi imam Innara eh— hahaha!" Ayden juga menemani Aisy yang sudah kehabisan nafas. Seronok mereka berdua menyakat Ian.

"Apa korang ni?"

"Happy 26th birthday, Ian. Kiteorang sayang kau." Ayash dan Niel memeluk lelaki itu dengan erat. "Aku sayang korang juga." balas Ian. "Selamat hari jadi bossku!" Wafiq dan Adam mencekik Ian sebagai hadiah hari ulang tahunnya. "Woi sakit la, kampret! Lepas, lepaskan aku!" Ian meracau-racau seperti kerasukan, ingin melepaskan diri daripada cekikan Wafiq dan Adam.

"Happy birthday, bro." Rish membuat fist bump dengan Ian. "Hb." kata Josh, mengangkat ibu jarinya. "Happy birthday, Ian!" kata si gadis trio iaitu Hanan, Sha dan Irdina. "Pibeday bang!" kata Durra dengan nada yang sangat ceria. "Happy birthday!" kata Nana pula. "Thank you, girls." balas Ian tersenyum ceria.

Malam itu mereka berpesta sesama sendiri, menikmati kek, bermain game bersama-sama dan bergelak tawa tak ingat dunia sehingga lewat malam. Rumah agam tersangatlah riuh sehinggakan suara mereka boleh didengari dengan jelas dari pintu pagar utama rumah itu. Akibat terlalu aktif, ada diantara mereka yang tertidur pulas di ruang tamu.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now