03

144 20 10
                                    

"Innara Shazlin."

"Tengku Adrian Hafiy."

Mata mereka tunak memandang satu sama lain. Innara mengetap bibirnya dengan kuat melihat jejaka yang lagaknya seperti orang tidak bersalah dalam hal itu. Lelaki itulah punca dia dikurung dan dijadikan tawanan dalam rumah agam serba gah itu.

Ya, mereka mengenali satu sama lain. Siapa saja yang tidak mengenali Tengku Adrian Hafiy? Jejaka tampan di universiti yang menjadi bualan semua gadis. Dia merupakan kerabat diraja yang boleh dikatakan sangat pintar dan dikenali dengan sifat yang baik hati. Namun mereka tidak tahu bahawa terdapat satu sisi Ian yang lainnya.

"Dah hampir seminggu you kurung I dalam sel ni. I mandi pun tak, makan minum pun sehari sekali je. Apa salah I dekat you sampai you sanggup buat I macam ni?!" teriak Innara. Dia sama sekali tidak menyangka jejaka bak malaikat itu hanyalah syaitan bertopengkan manusia.

Ian tersengih mengejek. Dia berjongkong dia hadapan Innara tanpa tergerak hati untuk membuka pintu ruangan sel gadis itu. Perbualan mereka dibataskan dengan besi-besi panjang menegak yang mirip seperti sel banduan di dalam penjara.

"You killed Nina 10 years ago, am I right?"

Innara mengerutkan keningnya.

"You cakap apa ni? Siapa Nina?" soal Innara tidak mengerti. "Ammara Husnina. Pada malam Nina kena bunuh 10 tahun lepas, you were there, holding the knife. You killed her, don't you?" Ian menduga.

"Ian, I tak buat semua benda tu!" kata Innara lantang. Matanya berair, empangannya hampir pecah dan akan mengalirkan air mata bila-bila masa sahaja. Namun Ian hanya ketawa kecil.

"How can I trust you, Nara? You were there. Yang I paling tak puas hati, kenapa polis tutup kes ni padahal pembunuh Nina masih belum ditemui? And kenapa polis tak interrogate you as the main suspect?"

"Ian, I tak faham! You cakap apa ni?" Innara mengalirkan air matanya. "Don't act like you don't know, Nara. I tak sangka you ni talam dua muka." kata Ian. "Ian, I yang patut guna perkataan tu! The university heartthrob is actually a ruthless man!" bidas Innara.

"Nara. I rasa I pernah bagitahu you yang you tak sepatutnya percayakan I. And what have you done? You ignore nasihat I. Now look what had happened." katanya. "You shouldn't blame me, Nara. It's you who fully trusted a male who are know as an angel but in reality, is a demon." sambungnya dengan mata yang tunak memandang Innara.

"Plus, you yang datang dekat I beforehand. As if god knows my plan, he made you come to me. You do remember that don't you?"

F L A S H B A C K

"Uhm, Ian! Can you help me please?"

Ian yang ralit menyiapkan assignmentnya itu menolehkan kepala ke arah si gadis. Keningnya berkerut, tidak memahami apa yang gadis itu mahu. Apabila menyedari kekeliruan Ian, gadis itu tersentak seraya mengucapkan maaf."

"Sorry sorry! I nak mintak tolong you ajarkan part ni. I do not understand them well since you know Sir Razak. Dia ajar laju-laju expecting the students to understand him." gadis itu mengomel dengan nada tidak puas hati.

Ian tersenyum nipis.

"Sure have a sit."

Gadis itu langsung duduk di hadapan Ian dan jejaka itu mengalihkan fokusnya untuk mengajar gadis itu topik yang dia kurang fahami. Seisi perpustakaan hanya mampu menjeling dan mencemburui gadis itu kerana ianya sangatlah sukar untuk mendapat perhatian Ian, lebih-lebih lagi sewaktu dia sedang sibuk menyiapkan tugasannya.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now