Bab 35

2.5K 395 202
                                    

Satu persatu helaian album itu diselak. Setiap gambar ditenung dengan teliti. Gambar dia dengan gambar seorang perempuan nama Lucia. Gambar dekat Malaysia, dekat Dubai, Thailand, Russia, New Zealand. Semua. Hampir semua ada dia dan juga perempuan itu. Dan ada sesetengah gambar yang ada kehadiran lain. Bayi lelaki dalam gendongannya.

Rayyan hanya diam. Nafas dihela panjang. Gambar gambar itu dipandang dengan pandangan kosong. Langsung tiada satu pun memori dia ada tentang tempat tempat yang dia pernah pergi itu. Betul ke aku dah kahwin? Betul ke ni anak aku? Macam mana kalau semua ni edit?

Macam mana kalau ni salah satu rancangan daripada Ray untuk tipu dia?

Ahh...

Album itu ditutup kembali. Rayyan meraup wajahnya kasar. Sudah dua hari dia dilepaskan bebas. Tidak lagi bergari sana sini. Dan dia tidak lagi cuba melarikan diri. Dia sendiri buntu dengan dirinya. Sepanjang masa dada terasa sesak. Macam rasa kosong. Kosong sangat sangat. Dan sakit setiap kali tengok muka perempuan yang jaga dia tu menangis setiap hari. Dia isteri aku kan?

Wajah ayu gadis bermata unik itu terbayang kembali di fikiran. Mata yang sering berair dan menatapnya dengan pandangan sayu.

Hmmm...

Cantik jugak bini aku.

Eh?

Alaa bodo.

Album itu diletakkan kembali dalam rak kabinet.

Rayyan terus melangkah keluar dari bilik itu. Lift dituju. Butang tingkat G ditekan.

Buka sahaja pintu lift, kaki terus menghala kearah dapur. Entahlah, dia tidak lapar. Haus pun tidak. Dia sendiri tidak tahu apa sebab dia datang ke dapur. Kakinya seolah olah bergerak dengan sendiri.

"Eh sayang, awak buat apa pergi dapur? Awak lapar ke?" Soal Lucia yang terserempak dengan Rayyan.

Rayyan?

Dia hanya memalau apa yang Lucia cakap. Seolah olah macam gadis itu tidak wujud langsung. Kaki terus melangkah ke arah dapur utama.

Senyuman di bibir Lucia serta merta mati. Terasa, sangat sangat terasa apabila Rayyan melayannya sedingin itu. Mata mula bergenang.

Ah emosi tak stabil ni lagi.

Walaupun terasa, Lucia gagahkan juga ikut Rayyan, melangkah kearah dapur.

"Awak nak makan ke Rayyan? Nak saya masakkan apa apa? Dulu awak selalu minta saya masak macam macam" kata Lucia lembut.

Dan sekali lagi gadis itu dipalau.

Rayyan hanya diam.

Lucia ketap bibir menahan sebak. Jangan ambik hati Lucia. Dia tak kenal kau siapa. Kalau Rayyan ingat, dia takkan buat kau macam tu. Jangan menangis! Kau jangan lemah depan dia.

Rayyan sibuk seperti sedang mencari sesuatu, kabinet kabinet makanan dibuka.

"Awak cari apa? Saya boleh tolong carikan" kata Lucia masih lagi berusaha untuk mengajak Rayyan berbicara.

Dan untuk kali ketiga, pertanyaannya itu berlalu seperti angin di tepi pantai. Kehadirannya seolah olah tidak wujud.

Rayyan tutup semula pintu kabinet sebelum dia terus melangkah kearah Lucia. Lucia senyum, fikirnya Rayyan sudah tidak mengabaikan dia. Tetapi fikirannya itu meleset apabila lelaki itu hanya berlalu sahaja di sebelah Lucia. Toleh pandang dia pun tidak.

Setitis demi setitis air mata turun mengalir jatuh.

Berdarah.

Sakit hati.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now