BAB 6

3.6K 431 154
                                    

"Mana dua mangkuk gayung tu pergi? Kenapa dah berhari hari aku tak nampak dia?" Soal Rayyan tiba tiba. Mereka semua yang berada di ruangan meja makan itu serentak menoleh kearah jejaka itu.

"Siapa?" Tanya Zariq mendatar.

"Banyak gayung dekat sini. Gayung yang mana satu yang kau maksudkan?" Celah Luiz pula.

"Hanz dengan Xavier lah. Mana diorang? Dah berhari hari aku tak nampak muka hodoh dia"

"Eh aah lah. Mana Hanz dengan Xavier?" Soal Ray pula. Wajah yang lain dipandang.

"Kemana diaorang menghilang? Dah berapa hari rasanya ni diorang tak balik rumah," Soal Khayra pula.

"Eh aah lah dah lama tak nampak Hanz dengan Xavier" sambung Lucia juga.

Masing masing bagaikan baru tersedar bahawa mereka sudah lama tidak lihat dua jejaka itu.

Rayyan terdiam. Mulutnya yang penuh dengan makanan itu mula mengunyah perlahan. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ada apa apa jadi ke dekat diaorang?

"Esok esok diorang balik lah tu. Macam tak biasa diaorang outstation" kata Luiz mendatar. Cuba menukar mood sepi yang mula mencengkam situasi mereka.

Anak anak mereka yang lain hanya diam. Malas mahu masuk campur.

"Ray, aku dengan Luiz kena pergi Malaysia untuk masa yang agak lama, dalam sebulan macam tulah" kata Bella kepada Ray tiba tiba.

"Hal company?"

"Aah, dengan alang alang tu kitaorang nak lawat someone" jawab Bella kembali.

"Someone? Siapa?"

"Adalah" jawab Luiz dan Bella serentak. Kemudian mulut masing masing menayang sengihan.

Ray pula hanya melepaskan nafas panjang. Lantak kau orang lah.

         "Let go guys. It's time to go to hell" ajak Rayyan kepada anaknya dan anak-anak abangnya dengan tangan yang elok menjinjing satu beg bimbit hitam. Kunci keretanya dipusing pusingkan di tangan lagi sebelah.

"Pergi sekolah elok elok ye sayang" pesan Lucia sebelum mencium dahi Emiel lembut.

"Aku nak jugak," kata Rayyan dengan wajah yang dibuat buat comel. Dahinya dihala mendekat kearah Lucia.

"Alololo meh sini"

Dahi Rayyan turut dicium seperti dahi Emiel tadi.

"Muah, sayang dia. Emiel tolong tengok tengokkan daddy dekat sekolah tau" pesan Lucia kepada anaknya.

"The hell? Kenapa macam terbalik? Patutnya ayah yang jaga anak" Celah Zariq yang turut sedang bersiap menuju kearah kereta sportnya.

"Diamlah mahkluk laknat" kata Rayyan kepada Zariq.

"Okay mummy. Mummy elok elok dekat tempat kerja" kata Emiel bersama senyuman manis.

"Daddy, mummy nak peluk jugak" kata Athanasia yang dari tadi melihat kearah Emiel dan pakciknya itu. Kedua tangan kecilnya sudah mendepa kearah Ray dan Khayra.

"Meh sini" panggil Khayra sebelum ketiga tiga anaknya itu dipeluk erat. Ray juga turut ikut peluk sama.

Beberapa saat sebelum pelukan itu dileraikan.

"Alaa tak sempat nak peluk mama dengan papa sebelum diaorang naik flight tadi" kata Alicia mendatar. Mulutnya memuncung.

"Aah Rachel pun sama" jawab Rachel pula.

"Dah dah! Jom. Lonceng penjara dah nak bunyi" ajak Rayyan yang sudah masuk kedalam keretanya.

Emiel masuk di tempat duduk hadapan. Manakala Alicia, Rachel dan Athanasia duduk di belakang.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now