Dia merindui sesuatu yang tidak pasti. Tertanya tanya setiap detik. Ternanti nanti dengan perasaan gelisah. Nampak di depan mata tetapi bukan itu orang yang dirindui.

"Daddy minta maaf Athy, daddy minta maaf sebab pergi lama sangat" ulang Ray perlahan. Nada suaranya tenggelam dengan tangisan.

"Sanggup daddy buat Athy macam ni..." pelukan makin dieratkan. Menyebabkan tangisan Athanasia semakin kuat meraung. Bukannya dia tak suka daddy yang lain. Semua dia sayang sama rata. Dan tipulah kalau dia tidak rindu dengan Ray. Lelaki yang lebih banyak ada bersamaanya daripada kecik selain daripada Louis.

Melihat mereka menangis, Khayra turut ikut sama memeluk suami dan anaknya itu. Pada dia mungkin dia sudah biasa dengan hal ini, biasa dengan keadaan Ray. Tetapi anak mereka kecil lagi. Mungkin tidak biasa.

"I'm sorry, I'm so sorry. Sorry sebab daddy buat Athy tertunggu tunggu"

"Don't do that again!" Tangis Athanasia lagi.

"Daddy Arthur kata yang daddy sakit. Daddy Louis kata yang daddy tak larat nak keluar lagi. Tapi Athy rindu daddy. Daddy tak faham perasaan Athy! Athy nak peluk daddy tapi daddy bukan Daddy Ray. Setiap hari Athy terfikir, macam mana kalau ciuman daddy haritu ciuman yang terakhir untuk Athy. Macam mana kalau daddy dah tak keluar lagi lepas ni..."

Makin lebat air mata Ray membasahi pipi. Selama ini anaknya itu hanya diam sahaja memendam. Tak sangka ini yang terbuku dalam hati kecilnya itu.

Betullah kata Xavier sebelum dia kahwin dengan Khayra. Kalau dia tidak pulih dari penyakit mentalnya ini, keluarga dia sendiri akan merana dari segi perasaan.

Perasaan rindu dan gelisah. Tertanya tanya, dan menunggu sesuatu yang tak pasti.

"Daddy minta maaf, lepas ni daddy janji daddy tak pergi lama lama..."

"Daddy tipu... daddy suka tipu Athy.." dada Ray ditumbuk tumbuk perlahan.

"Daddy suka tipu..."

Dan akhirnya bilik itu hanya dipenuhi dengan tangisan tiga orang beranak itu.

Alicia dan Rachel hanya diam. Mereka lebih pandai menyorok perasaan sendiri. Sudah terlatih daripada kecil.

Pintu bilik rawatan terbuka dari luar. Lucia angkat muka untuk melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik itu.

"Ray?" Iris hijau gelap itu dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Yeah it's me. Boleh tak beri aku ruang sekejap. Aku nak jumpa dengan Rayyan" pinta Ray mendatar.

Lucia angguk. Tak lama sebelum dia terus melangkah keluar.

Ray berjalan mendekati katil Rayyan. Lelaki itu masih belum sedar lagi. Kata Xavier dia ada suntik ubat penenang semalam sebab lelaki itu cuba lari sampai sanggup cederakan diri. Mungkin kesan ubat belum hilang.

Nafas dilepas panjang.

Hati Ray bercampur baur saat ini. Sedih, kecewa, rindu, marah semua ada. Terseksa jugak dia melihat keadaan tangan dan kaki Rayyan yang bergari. Tak cukup dengan itu badannya juga dibalut dengan kain yang diikat bersama katil. Sampai macam tu sekali mereka terpaksa buat untuk menggelakkan Rayyan melarikan diri.

Lama dia merenung mata yang terpejam rapat itu sebelum dahinya sedikit berkerut.

Eh?

"Rayyan, bangun kejap" panggil Ray perlahan. Ah dia tahu adiknya itu sudah sedar. Sengaja pura pura tutup mata.

"Rayyan, aku datang lawat kau ni. Bangun lah kejap"

Sunyi.

Badan Rayyan digoyang sedikit.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now