Athanasia hanya memerhati melalui ekor mata. Pintu bilik gym tertutup perlahan apabila Daniel sudah melangkah keluar.

Lantai dipandang. Tangan dibawa kebelakang badan sebelum dihayun hayun kecil. Mulutnya kejap dikembungkan kejap dikempiskan dengan laju. Lama otak berfikir.

"Hmmm, lelaki mana yang Dani sebut ni?" Soal Athanasia sendiri. Sememangnya dia tidak nampak sesiapa pun semalam. Tadi tu dia main teka je. Hahaha.

Tangan Rayyan yang bertiub itu dipegang lembut. Dipicit picit, kemudian dilekap pula pada muka sendiri. Lucia rindu. Sangat rindu. Hampir sebulan dia tidak menatap wajah kacak suaminya itu. Sudah hampir sebulan dia tidak mendengar gurau senda dari Rayyan. Pelukan erat setiap malam, ciuman sayang sebelum tidur. Dia rindu akan semua itu.

Namun kenyataan yang diberi tahu oleh Louis semalam sedikit mengoyakkan hatinya yang sudah sedia ada berdarah.

Macam mana kalau Rayyan dah tak ingat pada dia?

Macam mana kalau Rayyan dah benci tengok muka dia?

Macam mana kalau Rayyan dah tak....

Sayang dia?

Setitis demi setitis air mata mula mengalir lagi. Hanya dengan memikirkan benda itu sahaja air matanya serta merta menjadi murah. Ah emosinya ini, sejak sejak mengandung semakin tak stabil. Mudah sangat menangis. Lebih lebih lagi kalau berkaitan dengan Rayyan.

"Rayyan, awak ingat tak dulu awak pernah kata yang awak nak sehidup semati dengan saya? Awak kata yang awak takkan lupakan saya lagi. Awak kata yang awak akan jaga diri supaya awak boleh jaga saya selalu" muka Lucia makin basah. Tangan Rayyan dicium lama dengan mata yang terpejam.

"Sekarang mana janji awak? Kenapa awak mungkir janji dengan saya?"

"Awak tipu saya, awak tak jaga diri awak, Rayyan..." tangis Lucia lagi.

Kaku tiada balasan. Tangan yang bergari itu diusap lembut.

Bergari?

Ya, Louis yang mencadangkan untuk tangan Rayyan digari. Bila bila masa sahaja dia akan bangun. Masing masing tak boleh nak jangka apa yang dia akan buat memandangkan dia telah di brainwash oleh Zea. Dan Louis sendiri sudah terangkan kepada Lucia kenapa Rayyan tidak disuntik dengan antidote ciptaan Xavier.

"Mummy don't cry, tak baik untuk kesihatan mummy" tegur Emiel yang baru sahaja masuk kedalam bilik rawatan.

Cepat cepat Lucia mengelap air matanya sehingga kering. Wajah Emiel dipandang dengan senyuman paksa.

"Dah makan?"

"Dah, mummy bila nak makan?" Soal Emiel kembali sebelum mengambil tempat di sebelah Lucia.

"Kejap lagi mummy turun" kepala Emiel diusap lembut.

"Terima kasih Emi sebab bawak Daddy balik. Mummy hargai sangat sangat" bibir Emiel yang terkoyak itu disentuh lembut. Sayu hati melihat anak sendiri terluka macam tu. Lebam lebam muka. Dah kurang kacak. Kurang je tapi masih kacak.

"Emi cuma dapat bawak jasad daddy je mummy, Emi tak mampu nak bawak jiwa dia sekali" nada suara kanak kanak itu berubah sayu. Lantai mozek dipandang dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

Lucia pegang pipi Emiel lembut, ditarik menghadap kearah mukanya semula.

"No, Emi. Apa pulak cakap macam tu. Daddy Rayyan akan sembuh. Percaya lah cakap mummy, dia akan balik semula pada kita. Kesan brainwash tu tak lama. Kalau dia lupa sekalipun kita buatlah dia ingat balik semula sama sama, okay sayang. Jangan kata macam tu. Emi dah buat yang terbaik" pujuk Lucia sebelum badan Emiel dipeluk erat. Rambut hitam yang sedikit kecoklatan itu dicium penuh kasih.

BOOK 5 | The Little Demons [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now