Lelakiku

970 25 19
                                    

Hari hari yang Ayra lalui kembali seperti sediakala. Walau kadang kadang peristiwa hitam itu mengganggu fikirannya, Ayra sedaya upaya tak mahu menunjukkan emosinya di depan Eddy. Buat masa ini Ayra tak mahu memikirkan sangat tentang kejadian itu, namun jangan harap dia akan melepaskan jantan celaka itu sewenang wenangnya.

Ayra menghargai apa yang dilakukan Eddy kepadanya sekarang. Melayan kerenah Ayra bagaikan si puteri raja. Menurut kemahuannya yang kadang kadang sedikit mengada ngada. Eddy sentiasa di sisi Ayra. Menjadi teman paling setia mendengar cerita cerita Ayra. Dan boleh tahan juga menjadi lawan bergaduh Ayra ketika moodnya swing. Ayra tahu, Eddy sanggup menerima dia setelah apa yang terjadi, tapi itulah, kadang kadang Ayra jadi geram, jadi cemburu sampai sengaja menyakitkan hati Eddy.

Si mamat itu pula, melayan segala kerenahnya, dari mencerut merajuk, sampailah Ayra ketawa mengekek. Ada saja ulahnya yang menceriakan hati Ayra.

Ting tong! Ting tong!

Sengaja Ayra melambat lambatkan membuka pintu, hatinya sakit lagi. Tengahari tadi, dia menghubungi Eddy berkali kali mahu pesan kepada Eddy untuk beli ayam seekor, Ayra boring hanya bekerja dari rumah. Masanya banyak terluang, jadi dia fikir lebih baik masak sahaja daripada beli. Tapi, Eddy tidak menjawab panggilannya. Menghubunginya semula pun tidak. Ayra meninggalkan pesanan di whatsapp, Eddy hanya membaca dan balas OK. Itu yang buatkan Ayra sakit hati.

Kting!

"You okay? I kat depan pintu ni, baby sayang..."

Ayra hanya membaca mesej yang terpapar di skrin phone-nya tanpa membuka aplikasi whatsapp.

1 missed called.

2 missed called.

Kting!

"Are you there, baby?"

'Haaa, macam tu la aku rasa tadi, call tak jawab, tak call semula, balas OK je, kan? Padan muka!'

Geram benar Ayra rasa. Tiba tiba Ayra tepuk dahi bila teringat yang Eddy mungkin keletihan balik dari kerja. Entah entah kena marah dengan boss atau ada apa apa masalah di pejabat. Cepat cepat Ayra capai kunci atas meja dan berjalan ke pintu.

"You tidur ya, baby?" Eddy tersenyum di belakang pintu grill apabila melihat Ayra menggosok mata di depannya.

Pandai Ayra berlakon.

"Mana ayam yang I pesan?" Tanya Ayra apabila melihat Eddy hanya memegang beg kerjanya.

Eddy menepuk dahi dan hanya tersengih.

"I lupa, baby. Nanti..." Belum sempat Eddy menghabiskan kata katanya, Ayra memotong,

"Malam ni tak payah makan. Puasa je!"

Pintu dihempas kuat. Beg kerja yang Eddy hulurkan, tidak disambut. Dia terus sahaja berjalan ke ruang tamu, menghempaskan tubuh di sofa.

Eddy geleng kepala, perangai Ayra kadang kadang buat dia geram juga. Bukannya nak buat air ke apa, dia baru balik kerja penat penat, belum masuk rumah dah kena marah. Salam la dulu, cium tangan ke, mulut ke, lepas tu marah la kalau nak marah pun!

Eddy melemparkan beg kerjanya atas lantai depan TV dan turut menghempaskan tubuhnya atas sofa. Sebuah keluhan dilepaskan. Kadang kadang terasa yang dirinya tak mampu lagi menanggung semua ini. Dia sayang Ayra. Dia tetap cintakan Ayra walau apa jua keadaan sekalipun. Tapi sikap Ayra benar benar sukar untuk diduga sekarang ini. Eddy rindukan Ayra yang dulu.

"Ya Tuhan, berikan aku kekuatan untuk tempuh semua ini." Eddy berdoa dalam hati.

Eddy capai beg kerja dan buka zip di bahagian hadapan. Coklat cadburry honeycomb nuts yang dia beli ketika mengisi petrol tadi dikeluarkan.

"Coklat pun coklat la, boleh juga buat isi perut." Eddy tidak makan tengah hari tadi, dek kerana dapat 'makanan' paling mengenyangkan dari boss-nya. Sampai ke habis waktu kerja dia tiada selera mahu makan.

"Ini I punya. I suka coklat ni. You pergi beli ayam, nanti I masak untuk makan malam." Selamba Ayra ambil coklat yang sudah separuh terbuka bungkusannya dari tangan Eddy dan menonong masuk ke bilik tidur.

Berubah wajah Eddy, tiba tiba saja jadi berhaba. Nasib baik yang rampas coklat di tangannya itu, Ayra. Kalau orang lain, dah lama Eddy terajang. Dia dah la tengah lapar, baru nak makan, dah kena rampas!

Eddy buat keputusan untuk turun dan makan di kedai mamak sahaja. Roti canai pun okay, sementelah Ayra cakap dia nak masak malam ni. Ada satu menu yang Eddy teringin sangat nak makan. Nanti dia akan beli semua bahan dan tengok apa yang Ayra akan masak. Kalau Ayra masak menu yang dia nak, dia janji takkan mogok dengan Ayra. Tapi kalau Ayra tak masak menu yang dia teringin tu, dia akan pulaukan Ayra selama beberapa hari.

Kebelakangan ini, Ayra melampau sangat. Mentang mentang Eddy layan dia macam princess, Ayra macam ambil kesempatan pulak. Eddy faham, Ayra rasa insecure. Biar beratus kali Eddy bilang yang Eddy terima Ayra seadanya, tapi Ayra mudah goyah. Cemburunya menjadi jadi. Eddy komen MB author famous perempuan kat Wattpad pun Ayra meradang. Mujur Ayra bukan jenis suka menempel kat mana mana komen Eddy. Kalau tak, mesti perempuan perempuan kat wattpad tu dah tak berani nak menggeletis dengan Eddy.

Sebaik sahaja meletakkan semua barang yang dibeli di sinki, Eddy masuk ke dalam bilik. Ayra sedang baring di atas katil sambil senyum senyum pandang handphone. Tengok, kalau Ayra senyum senyum macam tu, Eddy tak kisah pun. Tapi kalau Eddy yang buat macam tu, mahu meletus perang dunia ketiga.

"Cakap nak masak, I dah beli ayam yang you nak tu. Masak sedap sedap. I lapar tau tak. Dah la makan coklat langsung tak tinggal untuk I."

Ayra meletakkan handphone kat atas meja sisi katil. Coklat cadbury yang hanya tinggal 1 bar dihulurkan kepada Eddy. Sebuah jelingan tajam turut dihadiahkan sebelum dia meninggalkan bilik untuk menuju ke dapur.

Ayra tau je yang Eddy makan hati dengan sikap dia kebelakangan ini. Tapi itu la, Ayra sendiri tak faham kenapa dia bersikap begitu. Walau Ayra sedar Ayra silap, namun susah betul Ayra nak ucap kata maaf. Tak seperti sebelum ini, bergaduh teruk macam manapun, Ayra ringan mulut untuk minta maaf. Ayra taknak benda ni berlanjutan. Dia rasa bersalah sangat dengan Eddy.

Melihat kepada bahan bahan yang Eddy beli, Ayra ukir senyum. Sebagai tanda memohon maaf, Ayra akan masak menu kegemaran Eddy. Lincah tangannya membuat persediaan memasak. Ayra akan pastikan Eddy kenyang dengan masakannya. Dia masak nasi lebih sedikit daripada kebiasaan. Dia tahu, Eddy akan menambah dua tiga kali nanti.

Setengah jam kemudian, segalanya terhidang di atas meja. Ayra dah tak sabar nak tengok reaksi Eddy. Laju dia melangkah ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, Eddy baru keluar dari bilik air dengan bertuala.

Ayra nak ukir senyum, tapi Eddy buat muka sombong. Ayra yang mulanya excited nak ajak Eddy makan terus buat muka serious. Tuala dicapai dan diletak ke bahu. Sebelum pintu bilik air ditutup, dia menjenguk sedikit dan berkata,

"I dah masak. Jemput makan wahai lelakiku..."

Pintu ditutup dan kemudian dia menepuk nepuk dahi. Marah dengan diri sendiri sebab ego tak bertempat. Apa la salahnya kalau dia bermanis muka dengan Eddy dan jemput Eddy makan elok elok?

Ayra mandi sambil tanam azam untuk bersikap baik dengan Eddy sekejap lagi. Dia nekad untuk kembali menjadi Ayra yang dahulu. Dia tahu Eddy rindukan Ayra Azalea yang dahulu. Yang nakal, manja dan sangat bertoleransi. Ayra yang sekarang ni agak childish dan annoying. Ayra risau nanti Eddy naik menyampah dengan dia. Jadi, baiklah Ayra ubah sendiri sikap dia.

Keluar dari bilik air, Ayra terkejut bila nampak Eddy berdiri di hadapan pintu bilik air dengan senyuman manis berseri. Ahh, untuk kesekian kalinya, Ayra cair melihat lesung pipit di pipi kanan Eddy.

"Baby..."

Ayra senyum bila melihat mata Eddy berkaca. Yes, dia berjaya membuatkan Eddy terharu dengan masakan ayam masak merahnya!

"Bagi I pakai baju dulu, okay? Nanti kita makan sama sama."

Ayra jengketkan badan dan cium kedua belah pipi Eddy.

Sekejap lagi dia akan menjalankan suatu misi yang lain.

'Misi menawan semula hati lelakiku' nama diberi.

Semoga berjaya, Ayra!

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now