Sayang teramat sayang

1.4K 29 33
                                    

Eddy tepuk dahi. Pertama kali dalam hidup dia nak kena beli pad perempuan. Sebelum ini, jangankan nak beli, lalu dekat rak pad perempuan pun Eddy akan pejam mata. Eddy tahu pasal pad perempuan pun melalui iklan dalam TV. Yang Eddy tak puas hati, dia sering melihat iklan pencuci muka akan tunjuk cara cara penggunaan di wajah model yang cantik itu. Iklan shampu akan tunjuk rambut model, tapi tidak untuk iklan pad perempuan. Eddy geleng kepala sambil keluar dari lif hotel menuju ke seven eleven.

Cashier perempuan seven eleven memandang eddy waktu buat bayaran. “I nak tampal dekat dahi, tak boleh?” Sengaja Eddy membuat  wajah kerek.

Tak ada langsung kesalahan yang dilakukan oleh cashier perempuan itu sebenarnya. Malah, bertanyakan untuk apa Eddy beli pad perempuan pun tidak. Eddy cuba menutup rasa segan dengan memarahi cashier perempuan itu.

Malam itu, setelah Ayra selesai membersihkan wajah dan mencuci gigi. Ayra meminta izin untuk tidur awal. Tak ada lagi basa basi. Ayra langsung meletakkan kepalanya atas bantal dan menarik selimut.

Eddy hanya mengangguk. Walaupun sebenarnya Eddy mengharapkan ciuman selamat malam seperti setiap malam sebelum tidur, Ayra akan hantar 2 3 keping gif ciuman selamat malam kepadanya. Ruang dan peluang dah ada. Cuma Eddy tak berani mahu cakap apa apa bila melihat wajah keruh Ayra.

Eddy cuba untuk faham, mood Ayra sedang swing. Setahu Eddy, orang perempuan kalau datang period, mula la jadi tantrum tak bertempat. Jangan la buat silap, confirm diorang akan bertukar jadi singa lapar!

Tengah malam itu, lenanya terganggu dek suara tangisan seseorang, dekat sahaja dengannya. Eddy membuka mata dan menoleh ke sisi. Dalam cahaya samar-samar dia lihat Ayra sedang duduk berteleku di atas kedua-dua lututnya sambil mengongoi perlahan.

Eddy bingkas bangun.

"Baby, kenapa ni?"

Risau dia melihat Ayra dalam keadaan begitu. Eddy rasa sedikit cuak. Kenapa dengan Ayra? Siang tadi Ayra ketawa riang, tiba-tiba tengah malam ini dia menangis pula.

"Nak abahhhh..." Tiba-tiba sahaja tangisan Ayra menjadi semakin kuat.

Cepat-cepat Eddy menarik tubuh Ayra berbaring di atas ribanya. Kepala Ayra diusap-usap perlahan.

"Shhhh... I ada ni baby sayang."

Rasa sebak mula bertandang. Ayra rindu abah. Seingat Eddy, abah Ayra telah meninggal dunia 7 tahun yang lalu. Mak Ayra telah berkahwin lain dan telahpun mempunyai dua anak yang lain bersama suami baru. Kini Ayra tinggal bersama abang dan kakak iparnya di rumah peninggalan arwah abah.

Tiba-tiba Eddy jatuh sayang yang teramat kepada Ayra. Terasa ingin mencurahkan segala kasih sayangnya buat Ayra seorang. Dahi Ayra dicium berkali-kali seolah-olah menzahirkan perasaan sayang teramat sayangnya terhadap Ayra.

Ayra mencapai tangan Eddy nak meletakkan di atas perut, kemudian mendongak memandang Eddy.

"I sakit kat sini, period pain..." Kemudian Ayra sambung menangis.

Luluh hati Eddy melihat keadaan Ayra yang sedang menanggung kesakitan.

"Sakit sangat ke?" Dia mengusap-ngusap perut Ayra.

"Rasa macam isi perut ni kena robek dengan pisau..." Lambat-lambat Ayra menjawab. Dahinya berkerut menahan kesakitan.

Perlahan lahan Eddy selak baju tidur Ayra dan sapu minyak cap kapak yang sentiasa Edyy bawa ke mana mana. Melihat Ayra pejam mata dan tidak ada lagi kerut di wajahnya, Eddy mencium perut Ayra dengan harapan, period pain Ayra akan lega. Eddy duduk di tepi katil di sisi Ayra, merenung lama wajah Ayra yang kadangkala tenang, kadangkala berkerut.

Berbunga-bunga rasa hati apabila melihat wajah polos Ayra yang sedang tidur. Kadangkala terdengar Ayra menyebut-nyebut nama abah. Eddy akan cepat-cepat usap-usap lengan Ayra agar tidur gadis itu kembali lena.

'Jadi babysitter aku malam ni.” Eddy tersenyum.

Malam terus berlalu. Eddy tak mahu tidur. Biar dia berjaga sepanjang malam. Biar apabila Ayra buka mata, Ayra nampak Eddy dulu. Eddy rasa dia betul-betul dah jatuh sayang pada Ayra.

"I sayang you, baby. Sayang sangat!"

Untuk kesekian kali, Eddy mengucup dahi Ayra.

Lagi, dan lagi.

Perasaan halus itu datang lagi. Eddy tak ingin rasa itu pergi. Biar selamanya kekal di hati.

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now