Moody

1.1K 30 43
                                    

Pagi itu, setelah selesai mandi dan menunggu Ayra siap mandi, Eddy duduk bertuala sambil membelek belek telefonnya. Puas melihat segala status di FB, Eddy buka pula Instagram. Hampir semua post rakan rakan Instagram Eddy tekan button like. Yang mana post lucu Eddy tinggalkan emoji ketawa.

"You, kenapa belum siap lagi? Kan nak pergi breakfast!" Sedikit keras suara Ayra yang baru keluar dari bilik mandi, menegur Eddy yang ralit main telefon.

"I tunggu you siap.... Ok, I siap sekarang, baby sayang." Eddy bangun mahu bersiap sambil kenyit mata ke Ayra yang mencerlung ke arahnya. Eddy tahu, mood Ayra tak berapa baik, jadi dia mengambil keputusan tak mahu beri alasan dan cepat cepat bersiap.

"Hishhh! Dah tau nak keluar, tapi tak siap siap lagi. Sibuk dengan phone dia tu." Ayra merungut kecil.

Eddy bingung. Sambil mencapai boxer, short pant dan T-shirt dari dalam almari, dia menggumam sendirian.

"Dia kan baru habis mandi, kalau aku bersiap pun, tentu tentu cepat dari dia. Takkan itupun nak marah juga. 'Jepun' punya pasal la ni."

Eddy sarung boxer dan sidai tuala di atas bangku.

Sakit hati pulak Ayra dengar kata-kata Eddy tadi. Sipi-sipi je dia pandang Eddy yang macam sengaja lengah-lengahkan nak pakai short pant.

"Tak payah la pergi breakfast. Makan je phone you tu. Kalau tak kenyang juga, makan phone I ni sekali." Ayra mencemik memandang ke arah Eddy yang hampir selesai bersiap.

"Sorry baby sayang. I janji tak buat macam tu lagi lepas ni. You siap siap, kita pergi breakfast ya." Eddy menghampiri Ayra yang masih berkemban tuala, duduk di sebelah dan memeluk bahu Ayra.

Ayra menepis tangan Eddy, namun tidak bersungguh-sungguh. Kena la jual mahal sikit!

"Jangan marah marah lagi, baby sayang, nanti tak cute," kata Eddy lagi sambil mencium bahu Ayra. Haruman tubuh Ayra menangkap deria baunya. Eddy berusaha mengawal pernafasannya. Kalau ikutkan hati, nak je dia gigit-gigit bahu Ayra.

Mula la dia teringat balik segala gif yang sering mereka kongsi bersama. Dah la Ayra pernah beritahu, bahu dan leher adalah soft spot Ayra.

Baru je Eddy nak cium belakang tengkuk Ayra, pahanya dicubit kuat.

"You pergi la breakfast. I malas, nak tidur." Ayra merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Baring membelakangkan Eddy.

Eddy bingung lagi. Mood Ayra benar benar berubah. Dari bingung, Eddy mula buntu. Apa yang harus dia lakukan? Eddy belum pernah ada pengalaman begini, pengalaman handle perempuan tengah period.

Eddy mengubah posisinya, baring menghadap Ayra. Mata Ayra terpejam rapat. Eddy tatap lama wajah Ayra dengan harapan Ayra akan buka mata dan pergi sarapan sama sama.

Nafas yang sedikit kasar halus kedengaran keluar dari hidung Ayra.

'Dia betul betul tidur!' Eddy bangun dan duduk di bucu katil. Bingung. Dahi Ayra dikucup berulang kali.

"Sweet dream, baby."

Perut yang lapar perlu diisi. Nanti nanti je la dia pujuk Ayra.

Sebaik sahaja kedengaran pintu bilik ditutup, Ayra bingkas bangun. Dahinya ditepuk berkali-kali.

"Kau kenapa nokkkk, buat perangai budak tak cukup umur depan Eddy?"

Ayra geram dengan diri sendiri. Lain yang dia nak, lain yang jadi. Dia melting gila kot bila Eddy layan dia macam puteri raja.

"Ahh, lantak la. Aku nak tengok, sabar ke tak dia layan tantrum aku."

Malam tadi memang mood dia swing teruk sebab period pain. Pagi ni dah kurang sikit. Masa mandi tadi, Ayra dah berkira kira nak ucap terima kasih kat Eddy sebab jadi 'babysitter'. Dia nak kiss pipi Eddy kiri dan kanan sebagai menghargai apa yang Eddy buat.

Kalau roh berani dia datang, dia nak kiss bibir Eddy. Nak realisasikan impian Eddy yang selalu geram bila dia hantar gif couple tengah french kiss!

Tapi itu la, geram betul dia bila apa yang dia plan tak menjadi. Keluar je dari bilik air, dia tengok Eddy tengah main phone sambil senyum-senyum. Tu tak lain tak bukan, tengah tengok Instagram awek cun la tu! Terus mood dia swing balik!

Ayra pegang perut yang tiba-tiba berbunyi. Dia kelaparan sebenarnya, tapi sebab mengada ngada konon merajuk dengan Eddy, dia buat perangai tak semenggah.

Ayra harap Eddy tau apa yang patut dia buat untuk pujuk Ayra. Dia tahu, mesti Eddy akan buat sesuatu untuk pastikan mood Ayra tak swing dah.

Eddy kan sayang dia. Malam tadi dia dengar Eddy cakap macam tu. Nak je Ayra buka mata dan balas balik yang dia pun sayang Eddy. Tapi itu la, period pain dia tak boleh bawa bincang.

Ayra capai bantal yang Eddy guna malam tadi. Haruman Hugo Boss menyapa hidungnya. Ayra peluk erat bantal itu seolah-olah dia sedang memeluk Eddy. Sudahnya dia betul-betul tertidur dengan masih berkemban tuala.

Eddy menghampiri satu cafe. Meninjau apa makanan yang ada di dalam cafe. Dari satu menu ke satu menu, Eddy lihat tak ada yang menarik. Mungkin seleranya juga mati bila bergaduh manja dengan Ayra tadi.

'Makanan perempuan masa period.'

Eddy tekan butang search di carian google.

Kekacang.

Coklat.

Labu.

Kekacang? Kenyang ke makan kacang je? Labu? Mana nak cari labu dekat sini?

Coklat! Okay la, coklat. Eddy mengambil keputusan untuk beli coklat cadburry, jus lemon dan 3 bungkus roti. Eddy beli juga Panaflex pain relief patch untuk Ayra tampal jika tubuhnya sakit sakit nanti.

Eddy terasa sedikit bangga. Sekarang, Eddy sudah banyak knowledge tentang period pain. Cuma satu saja lagi, macam mana dia mahu buatkan Ayra tersenyum, kembali lincah dan nakal.

'Tak kira la mood you macam mana sekalipun Ayra oi, kalau hati dah sayang, you mengamuk pun nampak sweet sangat sangat.' Eddy senyum sorang sorang.

'Anything for you, baby.'

BUNGA & LEBAHOnde histórias criam vida. Descubra agora