Konflik

969 25 30
                                    

Sejak masing masing kena work from home, Ayra dah mula serabut dengan perangai kak Lina. Entah apa la yang dia dengki sangat dengan Ayra, ada je benda yang dia nak cari pasal.

Selama ni walaupun tinggal serumah, memang Ayra elakkan bertembung dengan kak Lina. Tapi bila dah kerja dari rumah, nak tak nak, kena la hadap muka dia.

Pagi tadi Ayra bengang gila dengan kak Lina sebab sepak Ponti. Minah tu tengah elok elok landing atas karpet sambil jilat jilat kaki dia, kak Lina yang tengah menyapu sampah pergi sepak dia sambil membebel cakap Ponti menyemak je kat dalam rumah ni.

Menjerit Ayra dari dapur bila dengar Ponti mengiau kesakitan. Bergegas dia ke ruang tamu. Si Ponti pulak, bila nampak Ayra, terus lari dan melompat lompat minta didukung. Mengiau ngiau dia macam mengadu itu ini kat Ayra. Sakitnya hati Ayra tengok muka kak Lina macam tak buat salah.

Mengadu kat Eddy, Eddy cuma boleh minta Ayra sabar. Mengadu dengan mak, macam biasa la, Ayra yang kena balik. Ayra plan nak keluar dari rumah ni, mungkin buat masa ni dia cari bilik sahaja. Belum ada keperluan untuk cari rumah. Buatnya dapat housemate perangai tak semenggah, sakit juga hati dia nanti.

Suatu hari, bila dah terlampau tak tahan dengan perangai kak Lina, Ayra bungkus kain baju dan drive tanpa tujuan. Sedar sedar je dia dah sampai kat depan rumah mak. Dia perhati je rumah tu dari dalam kereta. Tak bercadang pun untuk singgah. Mak dah ada keluarga baru, dia malas nak kacau daun.

Tapi Ayra rindu mak sebenarnya. Bila kepala rasa serabut macam ni, Ayra nak sangat baring atas riba mak. Biar mak usap usap kepala dia. Mesti hilang segala keserabutan.

Perlahan Ayra seka airmata yang mengalir di pipi. Dia berkira kira untuk drive semula. Dapat tengok rumah mak pun dah cukup untuk hilangkan rindu dia.

Baru sahaja Ayra tolak gear D, pakcik Amir keluar dari pagar rumah dan melambai ke arah Ayra. Nak taknak Ayra terpaksa turun juga.

Tiga hari Ayra kat rumah mak dan pakcik Amir, Ayra dah mula segan. Rupa rupanya adik lelaki pakcik Amir pun tinggal sekali di situ. Hari pertama dan kedua Ayra kat situ, adik pakcik Amir kerja. Hari ketiga, Ayra terkejut besar bila dia masuk dapur, tengok tengok ada lelaki dalam lingkungan umur 30an tengah makan kat meja dapur. Sempat la berbasa basi sekejap sebelum Ayra berkurung dalam bilik.

Sambil belek belek iklan, Ayra merungut kecil. Susah betul nak dapat bilik sewa. Ayra dah hampir putus asa. Kalau balik rumah, dia tak mampu nak hadap muka kak Lina. Benci betul dia dengan perangai kak Lina, depan abang pijak semut pun tak mati. Belakang abang, macam-macam dia buat untuk pastikan Ayra keluar dari rumah tu.

Tengah malam tu, Ayra rasa dahaga. Dia melihat jam pada telefon bimbit. Pukul 12.25 malam. Ayra agak semua penghuni rumah ni dah tidur. Jadi dia merasakan tak perlu sarung cardigan pada baju tidurnya yang nipis dan singkat.

Ayra berjalan perlahan ke dapur. Lampu tidak dibuka, cahaya daripada telefon bimbit sudah cukup memandunya untuk ke dapur yang hanya beberapa langkah sahaja dari bilik tidurnya.

Ayra duduk di meja dapur sambil minum air dari mesin Coway. Fikirannya sedikit runsing. Bilik yang dicari masih belum dapat. Rasa tidak selesa untuk tinggal di rumah ini pula semakin ketara.

Ayra perasan yang mata Farouk, adik pakcik Amir agak liar memandang dirinya. Sering dia perasan yang Farouk macam sengaja berada dekat dengannya dan cuba untuk bersentuhan. Banyak kali Ayra mengelak, namun kadang kadang terlepas juga sekali dua Farouk pura pura terlanggar tubuhnya apabila berselisih.

Inilah sebabnya Ayra nak cepat cepat keluar dari rumah ni. Tak dinafikan, pakcik Amir memang baik sangat. Dia tak kisah pun Ayra nak duduk rumah ni lama mana pun. Dia layan Ayra tak ubah macam anak sendiri. Cuma itu la, Ayra kurang selesa dengan Farouk. Rasa seolah olah keselamatan dirinya agak terancam. Pun begitu, Ayra tak mahu suarakan tentang ketidakselesaan ini kepada mak atau pakcik Amir. Dapat menumpang sementara pun dia dah cukup bersyukur. Ayra cuma berharap agar dia dapat keluar dari rumah ini secepat mungkin.

Gelas yang dicuci diletakkan semula pada rak pinggan. Sambil mengelap tangan yang basah dengan tuala, Ayra menyanyi perlahan bagi menghilangkan kesunyian.

Saat mahu meletak semula tuala pada kabinet dapur, tubuhnya tiba tiba dipeluk daripada belakang manakala mulutnya terasa ditekup dengan tapak tangan yang kasar.

Ayra cuba menjerit, namun nafasnya rasa sesak. Tapak tangan itu terlalu kuat menekup mulut dan hidungnya. Ayra meronta ronta untuk melepaskan diri, namun tangan kasar itu merangkul tubuhnya dengan lebih kuat lagi.

Pun begitu, Ayra tak putus asa. Dia masih berusaha untuk melepaskan diri. Namun lama kelamaan, rontaannya semakin lemah. Ayra sudah hilang tenaga untuk melawan. Pandangannya semakin kabur, ditambah pula dengan kesusahan untuk bernafas, dia akhirnya terkulai layu dalam rangkulan lelaki itu.

Ya, dia tahu bahawa tangan yang sedang merangkul tubuhnya ialah tangan seorang lelaki.

Farouk!

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now