Hug & kiss

1.6K 28 97
                                    

3.10 pm Sabtu

Eddy dah gelabah. Kerja dia belum habis lagi. Ayra pulak dari pukul 2.15 tadi lagi dah beritahu yang dia dah habis kerja dan on the way balik rumah nak bersiap. Ayra siap send location rumah dia lagi sebab malam tadi Eddy yang offer nak jemput Ayra. Kalau ikut Ayra, dia nak park kereta kat luar guard house rumah Eddy je.

Tapi Eddy ni otak cerdik macam kancil. Kalau Ayra dah tau rumah dia kat mana, dia pun mesti tau rumah Ayra kat mana. Barulah fair and square!

Ikut plan asal, Ayra ajak gerak pukul 3.30 petang sebab Eddy cakap dia habis kerja pukul 2. Ayra cakap dia pun habis kerja pukul 2 juga, jadi ada masa la nak berehat sekejap sebelum bersiap.

Eddy pulak berlagak, dia cakap Genting Highland tu tak jauh mana pun. Takkan la penat nak drive dari KL ke Genting Highland. Kalau penat, Ayra kena la tolong picit-picit bagi hilang penat. Dasar miang, tapi Ayra suka!

Ktinggg!

Ayra:
I dah siap. You dah sampai mana?

Eddy:
On the way ni baby. Jalan jammed la. Pehal ntah orang KL ni, hari Sabtu sibuk nak keluar.

Dia menyeka peluh di dahi. On the way apanya? Ada ni ha depan boss!

Ayra:
Okay, drive carefully. Dahhh, jangan main fon time drive!

Eddy mengetuk-ngetuk meja dengan pen di tangan. Boss sedang tekun meneliti paperwork yang disediakan olehnya pagi tadi.

"Okay tak boss?"

Dia berani bertanya kerana tidak kelihatan kerutan pada dahi boss.

"Ha, dah boleh proceed RFP."

Eddy telan air liur.

"Sekarang ke boss?"

"Habis tu bila, tahun depan?"

"Isnin boleh?" Dia mencuba nasib.

"Fuck!"

Kali ni dah tak tertelan liurnya. Kalau dah keluar 'fuck' dari mulut boss, ini petanda tak baik.

Lambat-lambat dia bangun sambil mencapai fail paperwork yang boss hulurkan kepadanya.

"Kau dah kenapa?"

"Takde apa boss. Okay, saya proceed RFP. Nanti dah siap saya letak atas meja boss."

"Kau kalau tak ikhlas, jangan buat. Sudahnya nanti kau present taik kat aku!"

Damn!

"Boss, sekali ni je saya minta excuse. Saya buat hari Isnin ye? Saya taknak present taik kat boss."

"Cuba kau cakap dengan aku, Eddy! Kau kenapa kalut semacam? Menyampah aku tengok, dah macam ayam berak kapur!"

"Nak balik kampung, boss. Mak marah kalau sampai lambat."

Senafas sahaja dia bersuara sambil menggaru-garu keningnya. Reaksi spontan jika dia menipu.

"Dasar anak mak. Ha, kau draft je dulu. Lepas tu berambus, pergi la berkepit celah ketiak mak."

Eddy ucap terima kasih. Rasa macam nak pergi peluk boss. Tapi dia batalkan niatnya, bimbang berbakul-bakul boss hadiahkan 'fuck' kepadanya.

Jam 4 petang, Eddy dah membelah jalanraya. Berdesup dia tekan minyak. Nasib baik jalan clear.

Dalam kepalanya dah terbayang wajah cemberut Ayra. Berkali-kali gadis itu menelefonnya tadi dan berkali-kali juga dia mencipta alasan.

Alasan paling logik sekali, dia beritahu Ayra bahawa dia sesat. Tak jumpa jalan nak ke rumah Ayra. Waze pening, katanya. Entah Ayra percaya atau tidak, Eddy malas nak fikir. Yang penting sekarang ni dia dah nak sampai kat kawasan rumah Ayra.

"Merahnya Makngahhhhh!"

Dia menyapa Ayra sebaik sahaja gadis itu membuka pintu kereta. Ayra memakai maxi dress tanpa lengan separas lutut berwarna merah terang.

"Lambat!"

Sepatah Ayra bersuara. Riak wajahnya bersahaja. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

Sebaik sahaja salam bersambut, Ayra tunduk ingin mencium tangan Eddy, manakala Eddy juga turut berbuat perkara yang sama.

"Aduh!"

Serentak mereka berdua mengaduh kesakitan sebaik sahaja kepala mereka berlaga, kemudian sama-sama ketawa.

"I dah biasa cium tangan orang tiap kali salam." Ayra mengusap-ngusap dahinya sambil membelek cermin, membetulkan rambut yang dibiar lepas bebas.

"I pulak terkesima semalam bila you cium tangan I. Konon hari ni I nak balas balik la."

Eddy rasa seronok. Hari ni dia tak jadi patung cendana. Smooth je!

"Kalau dengan bff, I cium tangan, lepas tu laga-laga pipi."

"I nak buat macam tu jugak boleh tak?" Sopan je Eddy minta izin.

Ayra menghadap Eddy, menyandarkan tubuh pada pintu kereta dan mendepang tangan seluasnya, sebagai tanda lampu hijau untuk Eddy berbuat demikian.

Meletup-letup jantung Eddy.

Dia menarik tubuh Ayra ke dalam pelukan. Diam sekejap sebab tiba-tiba dia rasa gugup. Berfikir-fikir sama ada dia nak cium Ayra macam yang dia berangan semalam atau sekadar peluk sahaja.

Heart beating so fast!

'It's now or never, Eddy!' Hatinya berbisik.

Deruan adrenalin dalam tubuh mendorong dirinya untuk mencium pipi Ayra kiri dan kanan. Tiga kali di pipi kiri, tiga kali juga di pipi kanan. Kemudian dia menggeselkan hidungnya dengan hidung mancung Ayra.

Akhir sekali dia mengucup dahi Ayra.

Lama.

Waktu seolah terhenti. Suasana hening menyelubungi ruang. Ada suatu perasaan halus menyelinap di dalam hati keduanya.

Kuch kuch hota hai...

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now