Sempurna by Mrs. Yurina

900 35 27
                                    

Chapter ini ditulis oleh @MrsYurina

Eddy dapat rasakan lemah segala urat sendinya. Tubuh Ayra dilepaskan dan dia bersandar di sofa, kepala didongak memandang siling. Dapat dirasakan Ayra perlahan bangun dan ikut duduk bersandar. Gadis itu meletakkan kepala di atas lutut dan tak lama kemudian tangisannya pecah. Eddy hanya biarkan Ayra begitu. Jika menangis bisa melegakan segala yang terbuku di hati, biarlah Ayra lepaskan semuanya. Di dalam kepalanya, berbagai soalan terbit, yang semuanya mahukan jawapan dari gadis yang dicintainya itu. Apa, mengapa, bila dan bagaimana ianya boleh berlaku?

Dalam sekelip mata saja, segala galanya berubah. Bukan ini jawapan yang dia mahukan sewaktu mengunci tubuh Ayra tadi. Perlahan lahan Eddy melangkah ke balkoni. Lemah. Tak terdaya rasanya waktu itu untuk membuka mulut sekalipun. Eddy capai kotak rokok. Dari balkoni, Eddy memandang Ayra. Masih terdengar esakan gadis itu. Eddy rasa pedih di dalam hati.

Suasana jadi asing. Benar benar asing. Eddy buntu. Keadaan seperti ini tak pernah berlaku antara dia dan Ayra. Dengan sikap Ayra yang dingin, buatkan Eddy tak tahu nak mula dari mana. Salahnya juga, terlalu berkeras mahukan jawapan. Eddy tenyeh puntung rokok dalam ashtray. Masuk ke ruang tamu, berdiri betul betul depan Ayra. Tangan Ayra, Eddy sentuh.

"Tak payah la, kau nak apa lagi?" Keras suara Ayra melawan sambil menepis sentuhan Eddy.

Eddy merenung tajam ke wajah Ayra, tepat ke matanya. Sambil mengertap gigi,

"Kau ikut aku sekarang!"

Bila Ayra dah mula beraku kau, Eddy ikut sahaja rentak gadis itu. Eddy tarik lengan Ayra. Ayra yang cuba melawan pada mulanya mengalah saat melihat wajah Eddy yang kelihatan serious. Lambat lambat Ayra bangun dan kemudian mengekor dari belakang menuju ke bilik tidur.

Ayra jadi bingung melihat sikap Eddy yang tenang sahaja. Tidak marahkah dia? Memandang ke arah Eddy, Ayra teringat akan ciuman pertama mereka di Genting Highland. Terngiang akan kata kata Eddy terhadapnya,

"I nak jaga you sampai bila bila, baby sayang..."

Ayra jadi sebak. Eddy janji nak jaga dia sampai bila bila, namun Ayra tak pandai jaga diri sendiri untuk Eddy.

Tangisannya cuba ditahan. Dia duduk berteleku di atas katil, sekadar memerhati Eddy yang mencapai tuala dan menghulur kepadanya. Ayra masih tidak bergerak, tuala juga tidak disambut.

"Pergi mandi, kalau taknak mandi pun, cuci muka tu. I turun beli makanan, lepas tu kita makan sama sama. I ada banyak benda nak tanya pada you, but now please... Mandi, segarkan badan tu dulu." Eddy bangun meninggalkan Ayra yang masih terkulat kulat memandang tuala yang diletakkan di atas ribaannya.

***

Eddy susun pinggan atas meja makan. Entah apa lauk yang dia beli, dia sendiri pun tak pasti. Selesai semuanya, Eddy masuk ke bilik untuk panggil Ayra makan. Melihat Ayra tidur dalam kemban tuala, Eddy batalkan niatnya. Duduk di sisi katil, merenung lama wajah Ayra. Wajah kekasih hatinya.

"Apapun yang berlaku, yang terjadi pada you, I sayang you. You'll always be my baby sayang sampai bila bila.

Ketika bibirnya hampir ke dahi Ayra, Eddy batalkan niat mahu mencium, bimbang akan menganggu Ayra. Dia bersandar di kepala katil, memandang dinding. Rokok diletakkan di bibir tanpa dinyalakan. Galau. Eddy tak mahu keadaan seperti ini berterusan. Nafas berat dihela, perlahan.

"Saya cintakan awak, Ayra Azalea." Perlahan suara Eddy melafazkan kata cintanya. Kolam matanya berair. Sedaya upaya dia menahan agar empangan itu tidak pecah. Dia harus kuat, untuk Ayra.

Ayra tak tidur sebenarnya. Dia dengar setiap bait kata Eddy tadi. Kembang kempis hidungnya menahan tangis. Bibir digigit kuat hingga berdarah. Sakit. Entahkan sakit kerana bibir luka atau kerana hatinya terluka, Ayra sendiri tidak pasti. Cadar digenggam sekuat hati, mata dipejam kuat. Dia sedang berusaha menahan tangis agar tidak pecah, namun gagal. Sudahnya dia melepaskan sahaja tangisan yang ditahan dari tadi.

Tangisan yang tadinya perlahan, menjadi semakin kuat apabila Eddy menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Dia menangis sepuas hati di dada Eddy. Saat tangisnya reda, dia bersuara perlahan.

"I minta maaf. I tak jaga diri I baik baik untuk you."

Dia mendongak, menatap riak wajah Eddy yang dia sendiri tidak tahu untuk menebak. Pandangan mata itu kosong.  Apa yang Eddy sedang fikirkan, dia ingin tahu, namun jauh di sudut hati, dia takut untuk mengetahuinya.

"Sayang..."

Baru sahaja dia ingin meneruskan kata kata, Eddy menutup bibirnya dengan dua jari.

"Kita makan dulu ye? I lapar ni baby..."

Eddy bangun dan menghulur tangan. Ayra sambut tangan itu dan ikut langkah Eddy menuju ke meja makan. Dia masih kenyang, namun mengenangkan Eddy yang dari tadi berlapar, Ayra makan juga sedikit.

Duduk berdua di sofa, Ayra biarkan Eddy memeluk tubuhnya, dia rasa selamat dalam dakapan Eddy. Tenang dia menjawab semua soalan Eddy. Semua diceritakan, tiada satu pun yang tertinggal. Biar hari ini dia lepaskan semuanya. Selepas hari ini, dia tidak mahu lagi berbicara tentang hal ini.

Usai Ayra bercerita, Eddy cium dahi Ayra berkali kali.

"I'll take care of you for the rest of my life, will always love you no matter what, baby."

"I dah tak suci, sayang..." Ayra sembam wajah ke dada Eddy. Tangisannya mula kedengaran. Eddy ketap gigi. Tak terasa tangan digenggam kuat. Kata kata Ayra menusuk ke tangkai hatinya. Dia teringat kenangan lalu.

Walau keduanya nakal, namun kesucian Ayra masih terpelihara. Eddy ikhlas sayang dan cintakan Ayra. Setiap kali hampir terbabas, mesti Eddy akan ingatkan Ayra untuk sama sama kawal. Keduanya masih muda, tak dapat elak daripada berbuat khilaf. Eddy ikhlas nak jaga Ayra hingga akhir hayat. Untuk itu, Eddy sanggup tunggu sehingga mereka benar benar halal.

Kini segala galanya musnah. Pedih, sangat pedih! Pun begitu Eddy cuba berlapang dada. Eddy bukanlah sebaik yang disangka. Dia juga ada kisah lalu yang sudah tersimpan dalam lipatan sejarah. Dia pernah terlanjur dengan seorang gadis yang kini bergelar bekas kekasih.

Ahhh, Eddy taknak fikir itu semua! Apa pun keadaan Ayra, Eddy tetap terima seadanya. Baginya, Ayra begitu SEMPURNA.

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now