"Aku keluar dulu. Nanti bila aku dah pulang. Aku nak kau sign borang perjanjian kita berdua. Kau jangan tak nak sign pula. Kau dengar tak ni?"

"Aku dengarlah. Aku belum pekak lagi,"

"Good. Aku pergi dulu,"

Selepas berkata seperti itu. Syed melangkah pergi. Nurul memandang pemergian Syed dengan ekoran mata. Setelah Syed sudah tiada. Nurul menundukkan kepalanya.

Airmata yang ditahan akhirnya pecah sendiri. Dia menangis tanpa suara. Dia sangat rindukan ibubapanya.

"Nurul tak kuat. Sumpah Nurul tak kuat. Nurul rindu ibu dan ayah." katanya dengan linangan airmata yang deras mengalir membasahi pipi mulusnya.

Dia sama sekali tidak mahukan harta lelaki itu. Dia sudah berjanji yang dia akan pergi apabila dirinya terbukti tidak bersalah. Dia duduk di rumah tersebut adalah disebabkan dia ingin menunjukkan kepada Syed bahawa dia sama sekali tidak bersalah.

Dia sanggup bertahan sehingga lelaki tersebut mendapat bukti yang dia tidak melakukan rancangan terkutuk tersebut. Selagi belum ada bukti, dia tidak akan pergi dari rumah tersebut walaupun dirinya dihina gila harta. Dia tidak kisah.

"Takpe. Kau boleh buat semua ni. Yakin je." kata Nurul dengan dirinya sendiri. Dia mengesat airmatanya dan bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.













Adyan mencari kelibat rakannya Airiq. Dia ingin berjumpa dengan lelaki tersebut setelah sekian lama mereka berdua tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Setelah orang yang dia cari sudah ditemui. Kaki terus melangkah mendekati orang tersebut. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ.

"Bro, apa khabar?"

"Baik je. Kau sibuk tak ni? Sorry ganggu masa kau," kata Adyan kepada Airiq. Mereka berdua berjabat tangan.

"Takdelah. Aku tak sibuk pun. Kau nak jumpa aku sebab apa? Macam serius je ni," ujar Airiq kepadanya. Serta-merta wajah Adyan berubah menjadi mendung.

"Kau kenapa bro? Macam sedih je ni? Kau ada masalah ke?" soal Airiq risau melihat rakan baiknya. Adyan menundukkan kepalanya.

"Kalau kau nak tahu aku dan Nurul dah bercerai,"

"Bercerai? Kau biar betul? Bila korang berdua bercerai? Kenapa aku tak tahu?" soal Airiq bertubi-tubi kepada Adyan.

"Dah lama. Aku lupa nak beritahu dekat kau sebab kita dua masing-masing sibuk. Aku takde masa nak beritahu dekat kau tentang hal ni. Tapi sekarang aku dah beritahu kau kan? Aku dah cerai dengan dia sebab dia curang belakang aku," balas Adyan sayu. Airiq membulatkan matanya.

"Dia curang? Gila!! Ini gila!! Perempuan tu kenapa eh? Hati dia memang tak pernah baik ke? Aku pula yang geram. Tapi bukannya kau tak suka ke dengan bekas isteri kau tu? Kenapa sekarang kau macam sedih pula?" soal Airiq pelik. Adyan mengeluh panjang.

"Memang aku tak suka dia tapi aku baru sedar yang aku cinta dan sayangkan dia. Aku tak sanggup jauh dengan dia. Aku nak je rujuk semula dengan dia. Tapi dia tak nak sebab aku tak sekaya suami dia sekarang. Apa je yang ada dekat aku ni. Lagipun memang salah aku sebab sia-siakan dia dulu kan? Betul lah kata orang kita akan rasa kosong dan kehilangan apabila orang itu sudah pergi meninggalkan kita," kata Adyan dengan senyuman hambar. Airiq jatuh kasihan melihat sahabat baiknya.

"Kau betul-betul sayangkan dia ke ni?"

"Aku sayangkan dia sangat-sangat. Aku dah cuba cakap dekat dia yang aku nak rujuk dengan dia semula tahu tak. Tapi yang aku dapat adalah cacian dan hinaan. Aku terima je semua apa yang dia kata dekat aku sebab aku dulu banyak sakitkan hati dia kan? Tapi aku nak dia je balik dengan aku semula. Tu je aku nak," balas Adyan kepada Airiq. Airiq menepuk bahu rakannya dengan senyuman kecil.

"Kau boleh rujuk dengan dia semula kan?"

"Tak boleh. Sebab sekarang dia dah khawin dengan Syer Arnizam," balas Adyan sayu. Sekali lagi Airiq terkejut. Siapa je tidak kenal dengan usahawan termuda dan terkaya itu. Semua orang mengenali dirinya. Dia tidak menyangka bahawa bekas isteri rakannya sudah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

"Dia dah kahwin? Tapi kenapa takde keluar dekat mana-mana berita tentang hal tu?"

"Mereka berdua kena tangkap khalawat. Tapi kau jangan beritahu dekat orang lain," ujar Adyan dibalas anggukan dari Airiq.

"Tak sangka pula kan. Takpelah. Kau cari jelah Zulaikha. Kau kan sayang dia. Lebih baik kau cari je dia. Mana tahu kau jumpa dia," ujar Airiq kepadanya. Adyan hanya tersenyum hambar saja.










Alvin dalam perjalanan ke rumah milik Syed untuk mengambil Nurul. Mereka berdua sudah berjanji ingin keluar bersama.

Setelah mengambil masa yang lama. Alvin sudah sampai di hadapan rumah tersebut. Nurul yang memang sudah menunggu kehadirannya terus masuk ke dalam kereta milik Alvin.

"Kau dah lama tunggu aku ke?"

"Takdelah. Tak lama pun. Jomlah,"

"Okey, jom,"

Mereka berdua meninggalkan kawasan perumahan tersebut dan menuju ke bandar. Dalam perjalanan mereka bersembang kosong. Nurul sama sekali tidak menceritakan hal rumah tangganya kepada Alvin. Biar dia sahaja yang dia tahu.

Sampai saja di mall. Alvin meletakkan keretanya pada parking kereta yang tersedia di tempat tersebut sebelum mereka berdua keluar dari perut kereta.

Mereka jalan beriringan. Sangat padan. Seperti pasangan suami isteri jika dilihat. Namun, hakikatnya mereka hanyalah sahabat dari kecil lagi.

"Kau lapar tak? Kalau kau lapar, kita singgah makan dulu."

"Emm..bolehlah. Kita makan dulu," balas Nurul. Alvin menurut saja. Mereka berdua menuju ke sebuah restoran dan mengambil tempat duduk. Setelah membuat pesanan makanan, mereka menyambung sembang mereka.

"Macam mana keadaan kau dekat rumah Syed? Dia layan kau kasar ke?"

"Takdelah. Okey je. Dia tak layan aku kasar pun," balas Nurul dengan senyuman kecil. Alvin merenungnya lama. Dia tahu yang gadis itu bercakap bohong. Dia juga tidak mahu memaksa gadis tersebut untuk menceritakan hal rumah tangganya.

"Betul ke ni?"

"Ye betul. Kau tak payah risaulah, aku okey," balas Nurul menyakinkan Alvin. Lelaki itu mengganguk. Mata Nurul tertancap pada satu susuk tubuh lelaki yang sedang bermesra dengan seorang perempuan. Dia mengecilkan matanya.

'Aku rasa macam kenal je.' desis hatinya.

Matanya membulat apabila susuk tersebut dapat dikenal pasti. Pasangan tersebut sangat mesra dan sweet. Berpegangan tangan sambil bergelak tawa.

"Dia......."

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now