15|gaduh

426 125 91
                                    

بسم الله الرهمن الرحيم

Ilya yang baru keluar dari biliknya menuju keruang tamu dengan wajahnya yang datar.

"Goodmorning Liya" sapa Hajah Hayati sambil menyelitkan peanut butter di rotinya.

Ilya hanya membalas dengan senyuman. Kemudian diliriknya seseorang yang duduk di sofa ruang tamu.

Lelaki itu sangat kushuk bermain dengan handphone nya.

"Abang mana?" Tanya Ilya pada Hajah Hayati.

Hajah Hayati berkerut. "Ham kan ada overnight di hospital" balas Hajah Hayati

Ilya menepuk dahinya menandakan yang dia terlupa.

"Macam mana Liya nak pergi sekolah kalau tak ada transport" keluh Ilya kecil.

"Aku kan ada" tiba-tiba Arsyad mencelah.

"Baguslah tu Syad, bawalah Liya ni, korang satu sekolahkan?" Tanya Hajah Hayati sambil menggosok lembut belakang Ilya.

Arsyad mengangguk mengiyakan.

"Jom lah. Kita jalan" kata Arsyad sambil berdiri meratakan pakaiannya.

Ilya berkerut.

"Awalnya. Masih 6.30 pagi lah" rungut Ilya sambil berpeluk tubuh.

"Liya.. kamu dah lah nak menumpang kereta. Janganlah banyak complain" Hajah Hayati menasihati.

Ilya menjulingkan matanya.

"Kami jalan dulu auntie" Arsyad meminta izin dan dibenarkan oleh Hajah Hayati.

Arsyad menstart enjin kereta manakala Ilya menyalam tangan umminya.

Masuk sahaja Ilya kedalam kereta. Kereta Arsyad lantas meluncur menuju ke sekolah mereka.

Keadaan dalam kereta hanya sepi.

Ilya membuang pandangan keluar kereta manakala Arsyad fokus memandu.

"Kau kenapa nak mengada ngada sangat ni." Tiba-tiba Arsyad berkata dengan dinginnya.

Ilya memandang Arsyad malas.

"Apa lagi yang kau tak puas hati ni" dingin Ilya.

"Kau atau aku yang tak puas hati sebenarnya ni." Balas Arsyad tetapi kini dengan santai.

Ilya mendengus geram. "Kau yang mulakan" Ilya menjelingnya tajam.

"Apa aku buat? Kau tiba-tiba kasar dengan aku" kereta Arsyad memasuki perkarangan sekolah.

Ilya hanya diam.

'Aku takut jatuh hati dengan kau Syad' bisiknya dalam hati.

"Lepastu diam. Ingat aku nak pujuk ke?" Balas Arsyad dengan sinis. Tidak diendahkan oleh Ilya.

Sampai sahaja di sekolah. Ilya terus keluar sambil menghempas kuat pintu kereta Arsyad.

"Baguss, hempas kuat lagi biar tanggal pintu kereta aku tu" teriak Arsyad dalam kereta namun Ilya sudah meninggalkannya.

Arsyad mengeluh kecil.

♡♡♡

Farhan with the geng yang duduk ditempat duduk Ilya hanya beriak santai bila Ilya memasuki kelas.

"Eh ini lah hero dia tu" ujar Farhan sambil lengannya diletakkan dibahu Naim.

Ilya menjelingkan matanya.

"Tepi. Aku nak duduk tempat aku" dingin Ilya.

"Eh marah nampak" Farhan cuba memancing emosi Ilya.

Ilya menggenggam penumbuknya. Geram dengan perangai Farhan yang tidak habis habis ingin bergaduh dengannya.

Sudahlah dia tidak ada mood, setelah bergaduh dengan Arsyad, inikan lagi Farhan yang mencuba untuk mentriggred nya.

"Apa yang kau tak puas hati ni?" Tanya Ilya cuba untuk mengawal emosinya.

"Aku tak puas hati? Memang. Sebab kau masuk campur, dalam kehidupan aku dengan budak ni" balas Farhan sambil mendekatkan wajahnya kewajah Ilya.

Ilya membalas menikam anak mata Farhan yang melihatnya.

Terdetik dihati Farhan satu perasaan yang lain daripada yang lain.

Jantung Farhan seakan berdegup.

"Lebih.Baik.Kau.Ketepi.Sebab.Aku.Nak.Duduk" dengan dinginnya Ilya berkata dengan satu persatu.

Dengan aura dingin yang Ilya berikan terus sahaja Farhan berganjak pergi meninggalkan mereka.

"Thanks Ilya" tutur Naim lembut. Ilya tidak membalas apa apa.

Kelihatan Arsyad memasuki kelas dengan wajahnya yang datar.

Tiada langsung sapaan dan senyuman yang diberikan olehnya seperti hari hari biasa.

♡♡♡

"Psst tu" Arina memberi isyarat kepada Hannis. Manakala Hannis juga memberi isyarat kepada Arina tentang Ilya yang kelihatan mengelamun.

Ilya yang berjalan menuju ketandas tiba-tiba disapa oleh kedua sahabatnya.

"Liyaaaa" Hannis dan Arina terus memaut lengan Ilya. Hannis disebelah kiri manakala Arina disebelah kanan.

Ilya berkerut.

"Kenapa?" Tanyanya dengan malas.

"Kau gaduh dengan Arsyad ke beb?" Tanya Arina.

Ilya hanya diam.

"Kan.. aku tengok Arsyad harini macam makin dingin je." Kata Hannis pula.

Ilya menggelengkan kepalanya.

"Biarlah dia. Aku malas nak peduli" dingin Ilya lalu pergi meninggalkan kedua sahabatnya yang masih bla.

TBC

- syo -

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ketua Pengawas Nakal Itu Aku Punya ! Where stories live. Discover now