02| pertemuan kedua

685 194 141
                                    

بسم الله الر همن الر حيم

"Syad" panggil seseorang membuatkan Arsyad berbalik.

Pada ketika ini, Arsyad berada di taman reaksi di Bandar Seri Begawan. Baru habis berjogging.

"Ada apa?" Soal Arsyad dengan santainya sambil meminum air botolnya.

"Sudah lama tak jumpa kan?" Tegurnya pada Arsyad sambil memberikan senyuman manisnya.

Arsyad hanya memberikan senyum segaris.

"I miss you.." ucapnya dan Arsyad kekal beriak selamba.

"Im sorry?" Balas Arsyad bersahaja.

"I miss you so much Arsyad" ucapnya tulus.

"Sorry Syuhada. But , i dont" balas Arsyad lalu terus pergi membawa motornya yang berkuasa kawasaki itu.

Syuhada terasa seperti dunianya gelap. Sungguh dia rindu lelaki itu. Walaupun banyak kali, cintanya ditolak oleh Arsyad tetapi dia sanggup menunggunya.

♡♡♡

"Ummi" tutur Ilya lembut sambil duduk disamping ibunya, Hajah Hayati yang sedang duduk sambil melihat cerita Kdarama di television.

"Ada apa?" Tanya Hajah Hayati kepada anaknya

"Ummi, petang ni Ilya dan abang Ham.. akan pergi jumpa kawan abang Ham" ujar Ilya sambil melentokkan kepalanya kebahu ibunya.

Hajah Hayati menganggukkan kepalanya, menunjukkan yang dia sudah tahu.

"Ummi dah tahu?" Tanya Ilya sambil menggosok-gosok tangan ibunya.

"Ummi dah tahu dah. Korang akan jumpa anak uncle Ibrahim nanti" ujar Hajah Hayati sambil membelai rambut Ilya.

"Anak uncle Ibrahim? Siapa tu Ummi?" Soal Ilya sambil merenung ibunya.

"Arsyad lah, siapa lagi" balas Hajah Hayati.

Ilya hanya diam. Dia langsung tidak mengenali nama itu dan siapakah jejaka yang diberitahu tadi oleh ibunya.

"Dia kawan Liya dulu, waktu umur Lia 6 tahun dulu" tambah Hajah Hayati lagi dan berjaya membuatkan Ilya memikirkan tentang itu.

'Kawan aku? Tapi kenapa aku lupa' getus hati Ilya.

'Tak mengapalah, nanti aku jumpa dia jugak' getus hati Ilya lagi.

♡♡♡

4.45pm

Shabulicious Japanese Restaurant.

Ilya dan Ilham masuk kedalam ruangan privacy restaurant dan duduk di salah satu kerusi pelanggan.

"Bang , kita nak jumpa anak uncle Ibrahim ke?" Tanya Ilya dengan kepastian sambil menatap abangnya.

Ilham hanya mengangguk.

"Dia kawan adik dulu tau" tambah Ilham lagi sambil menghantar pesanan message bahawa mereka telah sampai ke restaurant tersebut.

"Yang mana? Kenapa adik tak tahu?" Ilya mula confuse

"Nanti adik kenal lah tu" ujar Ilham.

Pintu ruangan mereka dibuka, dan seorang lelaki berpakaian kameja putih sambil memakai seluar pendek berwarna peach masuk dan duduk tepat dihadapan Ilya.

Lelaki itu memandang Ilya sama seperti Ilya memandangnya.

"Bro" sapa lelaki itu kepada Ilham dan Ilham membalas dengan gaya jabatan tangan mereka.

"How you doin' bro?" Soal Ilham kepadanya.

"Good" balasnya sambil menatap kearah Ilya. Ilya terpaku dengan pandangan itu.

Ketua Pengawas Nakal Itu Aku Punya ! Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα