05| he's coming

540 161 88
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Naim yang sedang mengemas barang-barangnya bergegas ingin pulang.

Tiba-tiba tangannya dicengkal oleh seseorang dengan kasar.

"Kau nak pergi mana tu?" Tanya Farhan sambil menepuk bahu Naim.

Semua pelajar lain sudah pergi kecuali mereka.

"Budak nerd macam kau ni, tak patut ada dekat sekolah ni. Parahnya lagi satu kelas dengan aku" Farhan dengan angkuhnya berkata.

"Kau nak apa? Apa yang kau tak puas dekat aku ni sebenarnya?" Dengan semangat yang kuat Naim bertanya

Farhan tersenyum sinis. "Banyak sangat. Aku paling tak suka orang sombong dan berlagak pandai macam kau ni? Takkan kau tak sedar?" Sinis Farhan lalu melanggar bahu Naim dan terus pergi.

Naim hanya menggenggam penumbuknya.

♡♡♡

Ilya membaringkan badannya di katil empuk miliknya.

Fikirannya melayang kearah ketua pengawas nakal yang ada-ada saja ingin mengenakannya.

Dia mengeluh kecil.

"Ya allah! Bencinya aku dekat dia" geram Ilya sambil mengetap giginya rapat.

Tok..

Bunyi ketukkan pintu membuatkan Ilya membuka pintu biliknya.

"Kenapa?" Tanya Ilya

"Pakai tudung sebab dia dah nak datang" kata Ilham sambil mengenyitkan matanya.

Ilya berkerut.

"Siapa yang nak datang?" Tanya Ilya sambil berlari mencapai tudungnya.

"Adelerz. Lagipun abang nak pergi jugak dengan kawan abang malamni" balas Ilham lalu pergi memasuki bilik tidurnya.

Ilya hanya menjenggilkan matanya.

Dia menutup semula pintunya lalu menyarungkan tudung sarung berwarna hitam kekepalanya.

♡♡♡

Ting...

Bunyi lonceng itu membuatkan Hajah Hayati terus membuka pintu.

"Assalamualaikum.." sapa lelaki diluar sana.

"Waalaikumsalam.. ya allah Arsyad, tak sangka dah besar dah" Hajah Hayati menepuk bahu Arsyad yang tinggi daripadanya.

Arsyad hanya tersenyum.

Ilya terus menuju kepintu utama rumah. Matanya membulat sempurna.

"K-kau lagi!?" Teriaknya dengan reaksi wajahnya yang terkejut beruk.

"Astaghfirullah Liya! Bukan macam tu cara nak sambut tetamu" marah Hajah Hayati lalu mencubit lengan anaknya.

"Aduh sakit Ummi" Ilya terus menggosok tempat cubitan ibunya tadi.

"Dah lah Syad, mari masuk" pelawa Hajah Hayati dan terus dituruti oleh Arsyad.

"Sorry auntie Syad singgah sini." Kata Arsyad sambil tersengih.

"Eh tak mengapalah. Lagi auntie suka kalau hari-hari Arsyad singgah rumah auntie ni" balas Hajah Hayati dengan senang.

Ilya menepuk lembut peha ibunya.

"Ummi apani.. jangan lah biarkan Liya jumpa lelaki ni setiap hari. Tak boleh bernafas Liya rasa tau" ujar Ilya sambil kedua tangannya memegang lehernya.

"Eh eh, takpayah nak over sangat Liya.." Hajah Hayati menjeling putrinya itu.

"Haaa.. Arsyad, apa hajat Arsyad singgah sini?" Tanya Hajah Hayati sambil menuangkan teh kedalam cawan Arsyad.

"Sebenarnya Arsyad rindu auntie , rindu masakkan auntie terutamanya hehe. Mama juga kirimsalam dekat auntie" jawab Arsyad sambil terkekeh.

Ilya menjulingkan matanya.

"Laaah.. kenapa tak cakap awal-awal. Kalau rindu masakkan auntie tu singgahlah makan dekat sini. Waalaikumsalam, kirimsalam juga ye dekat ibu kamu" kata Hajah Hayati .

"Jom, kita makan malam bersama. Lagipun auntie ada masak masakkan dekat dapur tadi." Kata Hajah Hayati lalu mempelawa Arsyad untuk makan bersama mereka.

Hajah Hayati terus menuju kedapur menyediakan peralatan makan.

Manakala Ilya baru berdiri dari sofa tempat yang ia duduki tadi namun lengannya terus dicengkal oleh Arsyad.

Terkaku Ilya dibuatnya.

"Apahal kau jeling jeling aku tadi" bisik Arsyad ditelinga Ilya.

Ilya terasa perasaan lain.

Jantungnya berdegup kencang saat ini.

"Kau tahu tak yang malamni kau nampak macam mana?" Tanya Arsyad melepas cengkalan

Ilya mengerutkan kening.

"Aku cantik. Aku tau" jawab bangga.

"Taklah.. malamni kau nampak macam beruk HAHAHHAA" balas Arsyad sambil tergelak.

Hambarrr.

"Kurang ajar!" Ilya terus menghempas-hempas bahu Arsyad.

"Auch auch.. dah dah lah tu. Kau nak ambil kesempatan keatas aku ke yang kau sentuh-sentuh aku ni" ujar Arsyad dengan gedik dan dibalas jelingan tajam oleh Ilya.

"Kau ni annoying nak mampus" balas Ilya sambil mencubit kuat lengan Arsyad.

"Auch.. emm sayang eh.. kasarnya.. abang suka lembut-lembut tau" intonasi suara Arsyad sudah mula berubah miang.

"Gelii bodooooo!!" Terus sahaja Ilya berlari menuju kedapur.

"Arsyad jom makan!" Laung Hajah Hayati dan Arsyad pun menuju kedapur dan mula menyatap makanan.

TBC

Sorry for the typoo's :(

- syo -

Ketua Pengawas Nakal Itu Aku Punya ! Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα