09| tolong

463 147 65
                                    

بسم الله الرهمن الرحيم

Melihat kelibat Naim yang duduk ditempat duduknya. Ilya dengan berat hatinya cuba untuk menguntumkan senyumannya.

"Selamat pagi" sapa Ilya dengan nada ya g ceria.

Naim melihatnya bersahaja. "Hmmm" balasnya.

"Bisu kot" gumam Ilya tetapi dapat didengari olehnya.

"Aku dengar tu" balasnya sambil mata masih membaca buku bacaannya.

♡♡♡

Physical Education.

Kelas 11 Alpha.

Semua pelajar kelas 11 Alpha menuju ke court netball.

Sebelum menuju kesana seramai 17 orang pelajar perempuan dikenakan denda mengerjakan tekan tubi sebanyak 25 kali.

"Lain kali jangan pakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan tu!" Tegas Arsyad dengan wajahnya yang datar.

Ilya hanya memandang orang-orang yang dindenda. Sempat lagi mengorat walaupun dah kena denda dengan Arsyad?

"Oleh kerana aku akan ambil alih kelas PE harini. Aku nak semua warming up berlari 3 kali padang ni" arah Arsyad sambil meniup wisel.

Semua pelajar terus berlari.

Hannis menyiku lengan Ilya sambil berlari kecil.

"Kau ada apa-apa ke dengan Arsyad?" Tanya Hannis .

Ilya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa kau tanya?" Tanya Ilya sambil mengelap peluhnya.

"Takde apa-apalah. Naufal cakap Arsyad tu ada suka dekat satu perempuan ni tapi dia tak tahu siapa." Hannis menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"One more round!" Laung Arsyad.

Mereka kembali berlari.

"Dia dah ada girlfriend ke?" Tanya Ilya yang agak terkejut.

Hannis menjongketkan kedua bahu nya.

Ilya berasa lain. Perasaan kurang senang dia rasakan. Entah apakah itu.

Usai larian, Ilya terus berlari menuju ketandas. Sesi membuang air mata pun berlangsung.

♡♡♡

Arisha memasuki bilik persendirian bagi majlis pelajar dengan make up nya yang tebal 5 inci.

Kelihatan boyfriendnya iaitu Hafizy dari kelas 11 Bronze duduk sambil membuat tugasan diatas meja besar.

Manakala ditempat lain kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang lain sedang membincangkan tentang hal-hal masalah pelajar.

Perhatiannya lebih tertarik kepada ketua pengawas yang sedang fokus menghadap laptop sambil memasuki data-data pelajar yang baru diambilnya hari ini.

Dia dengan gediknya berjalan kearah Arsyad.

"Hai" sapa Arisha dengan nada gediknya.

Arsyad tidak mengendahkan.

"Sorry, im talking to you right now" geram Arisha sambil menghentakkan kakinya.

Masih tetap sama. Arsyad langsung sama sekali tidak mengendahkan.

Arisha merajuk lalu pergi kearah boyfriendnya iaitu Hafizy.

Sama sahaja.

"Sayang.." panggil Arisha lembut.

Tiada balasan. Hafizy sibuk melakukan tugasannya.

Arisha menghentakkan kakinya lagi.

"I just need an attention!" Teriak Arisha lalu berura-ura ingin pergi.

Terlompat sedikit tubuh Hafizy.

"Baby.. wait-wait" Hafizy terus memegang tangan Arisha.

Manakala pengawas pengawas yang lain memberikan mereka jelingan paling tajam.

♡♡♡

Waktu sesi persekolahan telah tamat. Ramai pelajar yang berpusu pusu pulang.

Ilya bersama dengan Hannis dan Arina sudah berada hampir sampai keluar gate.

"Guys..." Hannis terus memberhentikan kedua sahabatnya

Ilya dan Arina berhenti serentak.

Banyak pelajar yang lalu jadi mereka pun pergi ke post security.

"Phone aku ketinggalan lah dekat kelas." Kata Hannis dengan ragu.

"Eish kau ni, jom lah ambil" arah Ilya.

Hannis cepat menggelengkan kepalanya.

Ilya mengerutkan keningnya.

"Tachood" balas Hannis cepat.

Pandangan Ilya terus menuju kearah Arina.

Arina pun sama 2×5 menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu, aku seorang jelah" kata Ilya lalu memulakan langkahnya.

"Ilyaa kau janganlah! Kau tak pernah dengar rumours pasal sekolahni berhantu ke?" Arina menahan tangan Ilya kerana risau.

Ilya menggelengkan kepalanya.

"Jangan over please. Jangan percaya karut-karut please." Kata Ilya lalu melepas pagangan Arina.

Ilya terus berlari menuju kekelasnya.

"Memang tak dengar cakap lah Ilya ni!" Marah Arina sambil menghentak kedua kakinya.

Hannis hanya memerhati dengan perasaan risau.

Ilya memasuki kelasnya lalu menuju kemeja Hannis. Dia mengambil phone dari drawer Hannis.

"Finally! Got it" bangga Ilya lalu menuju keluar kelas.

Bugh Bugh..

Bunyi itu menghentikan langkah Ilya.

Bugh Bugh...

Lagi sekali bunyi itu menyentakkan Ilya. Sumber suara tersebut datang dari tandas lelaki yang berdekatan dengannya berdiri.

Dia melangkah menghampiri tandas tersebut dan matanya membulat.

Naim sedang ditumbuk oleh Farhan with the geng.

Dengan pantasnya dia masuk ketandas lelaki sambil membantu Naim.

"Oi! Apa kamu semua dah buat hah!" Marah Ilya sambil melihat wajah Naim yang lebam hasil tumbukkan Farhan.

Farhan tersenyum sinis.

"Kau jangan nak masuk campur lah Liya. Pergi balik rumah tidur" arah Farhan sambil menggunakan belantannya menunjuk kearah wajah Ilya.

Ilya hanya mengendahkan lalu menolong memapah Naim keluar.

"Woi Liya. Kau jangan masuk campur lah bodoh. Ni urusan kami" kata Farham yang mula marah.

"Urusan apa sampai main pukul ni? Kau jangan bangang sangat, ni sekolah bukan tempat boxing" balas Ilya sinis.

Farhan menggenggam penumbuknya.

"Kurang ajar perempuan ni!" Farhan mula menarik rambut Ilya yang beralaskan tudung hitamnya.

"Akhh.. tolong!" Teriak Ilya, Naim hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Dilain tempat, Arsyad yang sedang memandu terus menekan breknya dengan mengejut. Dia langsung menyiringkan keretanya ditepi jalan.

Dipegangnya dadanya. Raut wajahnya sukar ditafsirkan. Selang beberapa minit, dia kembali meneruskan jalannya.

TBC

- syo -

Ketua Pengawas Nakal Itu Aku Punya ! Where stories live. Discover now