C H A P T E R 3 8

Start from the beginning
                                    

No, No, No!” Adrian menggelengkan kepalanya kuat. Hanis dan Hanan bergerak untuk membantu Adrian.

“Naikkan 360 joule. Last!” Arah Hanis. Dia berdiri disebelah Adrian. Lelaki itu seakan-akan tidak berputus asa dan masih mengharap walaupun keadaan Bunga yang semakin teruk.

“Ad, sudahlah. Aku tak rasa—” Belum sempat Hanis menghabiskan ayatnya Adrian terlebih dahulu mencelah.

“Kita tak boleh berputus asa, Hanis. Bunga kuat. Aku tahu dia akan bertahan.” Lirih Adrian. Dia tahu masih ada harapan untuk menyelamatkan Bunga.

“Doktor! Kita berjaya! Nadi denyutan pesakit menjadi normal semula!” Beritahu jururawat itu dengan teruja sambil melihat graf denyutan nadi Bunga di mesin monitor holter itu.

Adrian menghela nafas lega. Dia memejamkan matanya. Akhirnya! Dia berjaya.

I did it.” Adrian menggelengkan kepala tidak percaya. Dia tertawa kecil lalu air mata yang bertakung ditubir mata dilap perlahan.

Dia berjaya...

Bunga masih selamat dan hidup.

Hanis dan Hanan tersenyum.

“Aku nak bagitahu Luth yang isteri dia masih hidup. Mesti dia gembira.”

“Pergilah. Aku tengok serupa orang yang dah tak ada semangat untuk hidup dah tadi.” Tutur Hanis sambil ketawa. Dia menepuk bahu Adrian perlahan.

Adrian mengangguk. Dia mula melangkah keluar tetapi baru sahaja tangannya ingin menolak pintu wad itu, tidak semena-mena dia mendengar suara perbualan seorang lelaki disebalik pintu itu.

Tak tahu Dato, perempuan tu masih lagi dirawat. Entah hidup atau tidak. Dah tiga jam kami tunggu.”

Adrian mengerutkan dahi.

“T—tapi nanti tuan muda marah saya, Dato. S—saya tak sanggup nak khianat dia. Tak ada cara lain ke?” Suara itu kedengaran resah. Adrian masih mendiamkan diri. Mahu mendengar lagi.

Listen, Rico. Mak dan adik-adik kau takkan selamat kalau aku tahu perempuan tu masih hidup. Kalau di selamat aku nak kau tamatkan riwayat perempuan tu. Aku nak perempuan tu mati! Kalau tak siap sedia lah terima mayat mak dan adik-adik kau nanti.” Ugut suara ditalian.

D—dato, saya merayu. Jangan apa-apakan mak dan adik-adik saya!”

“Kalau kau taknak jalankan tugas kau.”

Adrian ketap rahang. Jadi Rico pun selama ni bersubahat dengan Dato Hezri lah? Bodoh betul. Dia berpaling semula.

“Hanan, catat masa kematian Bunga  pukul 15;32 p.m pada tarikh 12.6.2015. Bagitahu suami pesakit yang pesakit dah tak ada.” Nadanya datar. Muka Adrian berkerut serius.

Hanis dan Hanan tercengang tidak terkecuali juga dengan jururawat yang berada disana. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Ad, kalau kau nak prank Luth pun bukan macam ni tau. Tak lawak lah.”

“Aku tak main-main Hanis. Aku cakap betul.”

“Hei, Bunga masih hiduplah! Kau dah kenapa?” Hanis menjerit kecil. Dah gila ke apa? Tadi beria-ria nak selamatkan nyawa Bunga tapi sekarang? Tak fahamlah dia.

“Buat apa yang aku arahkan Hanis. Hanan, pergi. Aku nak kau inform suami pesakit macam yang aku cakap tadi.” Arah Adrian kepada Hanan yang masih lagi terkaku. Terkebil-kebil gadis itu kerana tidak faham dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba jadi blur. Otak jatuh nak kutip — hilang! Hilang otak tu.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now