C H A P T E R 3 7

Start from the beginning
                                    

Ei, sumpah dia rasa macam nak mengamuk. Dia tidak suka apabila dikongkong sebegini.

Dato Qayriez dan Datin Kiara berpandangan sesama mereka. Mereka awal-awal lagi sudah menjangkakan apa reaksi yang akan diberikan oleh anak perempuan mereka.

Maxi hanya duduk diam sahaja. Malas dia nak masuk campur. Biarlah mereka yang memujuk Medina.

Dia cukup kenal dengan Medina. Gadis itu tidak suka hidupnya diatur. Gadis itu hanya sukakan kebebasan sahaja.

“Tapi Medina sayang... Mummy dah bincang dengan keluarga pihak lelaki.” Ujar Datin Kiara. Dia cuba memegang lengan anak gadisnya tetapi Medina pantas menepis.

Sorry to say. But mummy, ini tak adil tau! Tak sukalah macam ni. Ini hidup Medina biarkan jelah Medina yang tentukan sendiri. Bukan dengan cara macam ni.” Dia berpeluk tubuh. Bibir merahnya mencebik tidak suka. Pandangan terhala pada Maxi. Takkan Maxi taknak tolong dia.

“Abang Maxi...” Panggil Medina. Dia melemparkan pandangan penuh harapan. Berharap yang lelaki itu akan menolongnya.

Maxi hanya sekadar mengangkat bahu sahaja membuatkan Medina mendengus sebal. Jadi semua tak nak berpihak pada dialah ni?

Okey. Tak apa.

“Jawapan Medina tetap tidak. No no and No.” Tegas Medina.

“Nak lawan cakap mommy dengan daddy ke?” Ugut Dato Qayriez. Anak gadisnya itu memang susah nak dengar cakap dia.

Medina tarik nafas dalam-dalam lalu menghembus keluar dengan kasar. Dahlah dia tengah sakit hati. Ni nak tambahkan pula sakit dia?

“Medina ni anak mommy dengan daddy tau. Sepatutnya mommy dengan daddy tanya Medina dulu. Medina setuju atau tak. Ini tidak, tetiba je paksa-paksa orang itu ini. Medina ni manusia tau bukan patung.”

“Sebab Medina manusia lah kami aturkan apa yang terbaik untuk Medina.”

Mommy!”

Maxi gelengkan kepalanya. Dia pun ikut pening sekali.

“Maxi pun akan ikut bertunang dengan Nora sekali tau. Buat sekali majlis je tak apa kan?”

Nafas Medina seakan terhenti mendengar kata-kata Datin Kiara. Jadi Maxi pun nak bertunang sekali? Dia tersenyum sinis.

Medina gigit bibir bawah. Sumpah dia rasa sakit hati bila Maxi pun nak bertunang sekali.

“Jadi Abang Maxi pun nak ikut sekali?”

“Aku ikut apa yang mommy dan daddy dah aturkan je.” Balas Maxi malas. Kalau nak diikutkan memang dia taknak tapi dah dipaksa.

Medina memusatkan pandangannya ke arah Maxi. Lama mereka beradu mata sehingga Medina sendiri melarikan pandangannya.

“Okey, kalau macam tu. Medina pun ikut jelah.”

“Betul ke sayang?” Datin Kiara sudah bersorak suka apabila anak gadisnya mula setuju.

“Betul tapi dengan syarat. Medina takkan setuju macam tu je.” Dia cuba tarik tali.

“Apa syaratnya?”

Medina hanya mempamerkan senyuman sinisnya.

“Medina nak jumpa sendiri lelaki yang mommy dan daddy beria sangat nak jadikan bakal menantu tu. Tapi dengan abang Maxi sekali.”

“Boleh, apa salahnya.” Dato Qayriez hanya setuju sahaja. Banyak cekedak pula anak dia ni.

Medina tersenyum dalam diam. Tak apa. Tak apa.

Dia ada rancangan sendiri macam mana nak buat lelaki itu sendiri tolak dia.

Tunggulah.

MACAM mana boleh jadi macam ni, Ad?” Hanis Qairy menyoal sambil membalut kain kasa pada pergelangan tangan Bunga Qaisarah. Selepas disuntik dengan ubat bius terus sahaja Bunga tidak sedarkan diri.

Nasiblah Bunga sempat dibawa kehospital untuk rawatan lanjut dan mujurlah luka itu tidak terlalu dalam.

“Tak tahu. Aku terjah je tiba-tiba cermin pecah dan dia cuba nak cederakan diri dia sendiri.” Beritahu Adrian Arreyan. Rambutnya diramas kasar.

“Dia dah cukup menderita. Sebab tulah dia nak bunuh diri. She’s strong right? Kalau tak dia takkan mampu bertahan sampai hari ni.” Hanis tersenyum melihat Bunga. Wajah itu tetap cantik baginya biarpun mempunyai parut yang panjang.

Adrian hanya berdiam diri. Tetapi dia tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Hanis. Bunga memang seorang perempuan yang kuat.

“Sampai bila Ad?”

Adrian memandang Hanis.

“Sampai bila dia nak kena kurung macam ni? Kau tak kesiankan dia?” Tanya Hanis. Tangan Bunga diusap lembut. Rasa kesian dengan nasib yang menimpa Bunga. Lima tahun bukannya waktu yang singkat tetapi cukup lama.

“Nak buat macam mana. Kalau orang tua tu tahu? Habis kita Hanis. Hancur rancangan yang kita dah rancang selama bertahun-tahun ni.”

“Tahu, tapi tak boleh ke kalau kita bagi dorang dua jumpa. Kenapa kena pisahkan dorang juga?”

“Kau kenal perangai Luth. Keras kepala. Aku tak nak kejadian yang sama berulamg kembali. Biarkan. Lagipun, ni pengajaran juga buat Luth, bagi insaf sikit.” Terang Adrian. Tidak lama lagi, dia cuma perlukan sedikit masa untuk mengatur semuanya. Dia cuma boleh berharap agar rancangannya berjalan lancar.

“Yakin ke rancangan kita akan berjaya?” Hanis masih lagi ragu-ragu akan plan mereka.

Adrian hanya geleng kepala tanda tidak tahu. Walaupun sebenarnya dia juga masih was-was tentang semua ini.

“Allah ada, doa kat Dia banyak-banyak. InshaaAllah, Dia akan permudahkan segalanya untuk kita.”

•••

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now