"Kau seorang je ke datang ke sini? Mana keluarga kau?"

"Eh, taklah. Bukan aku seorang je. Keluarga aku pun ada sekali tau,"

"Wahh..betul ke ni? Mana keluarga kau? Aku tak nampak pun,"

"Keluarga aku dah balik dekat rumah baru kami," balas Alvin yang tidak lekang dengan senyuman manisnya. Sangat kacak! Siapa je yang melihatnya pasti akan terpikat. Nurul memandangnya pelik.

"Rumah baru? Maksud kau?"

"Kalau kau nak tahu, aku dan keluarga aku dah berpindah dekat Malaysia. Kami akan tinggal dekat sini untuk selamanya," balas Alvin dengan gembira. Dia yang memujuk keluarganya untuk menetap di Malaysia. Keluarganya bersetuju kerana mereka sangat menyayangi anak tunggal mereka.

"Betul ke wehh??? Ya Allah, aku gembira sangat ni!! Wehh!!! Yeayyyy!!!!" kata Nurul lalu memeluk tubuh Alvin kerana terlalu gembira. Alvin tergamam sebelum dia membalas pelukan tersebut dengan senyuman yang bahagia.

"Betul. Aku tak tipu kau budak kecil," balas Alvin. Nurul meleraikan pelukan mereka berdua. Dia dengan Alvin seperti adik-beradik. Tak pernah sekali pun mereka bergaduh.

"Yelah,"

"Aku nak tanya kau ni."

"Apa dia?"

"Kau tinggal sini seorang je ke? Mana kakak kau? Aku tak nampak dia pun,"

"Hmm..kakak aku lepas je dia khawin dengan anak orang kaya, dia tak pernah jenguk aku. Dia tak pernah pun datang ke sini," balas Nurul kepadanya. Alvin yang perasan akan wajah mendung gadis itu terus menukar topik. Dia tidak mahu melihat gadis itu bersedih.

"Eh, takpelah. Kakak kau mungkin dah mati,"

Pak!!

"Auch!!"

"Merepek je kau ni. Boleh pula kau kata kakak aku dah mati kan?"

"Erk..hehe. Gurau je," balas Alvin dengan sengihan. Nurul menggelengkan kepalanya. Alvin merenung wajah Nurul yang sangat cantik.

"Nurul?"

"Kenapa?"

"Aku nak bawa kau ikut dengan aku. Nanti dekat sana aku belikan rumah untuk kau. Kau tak perlu tinggal dekat sini. Bahaya tahu tak? Kau tu perempuan,"

"Ikut kau pergi mana pula?"

"Pergi bandar. Kau akan tinggal sana dengan aku,"

"Tapi—"

"Takde alasan. Aku nak kau ikut aku juga! Aku risaukan keselamatan kau dekat sini. Kau ikut aku okey? Semua keperluan kau dekat sana, aku akan tanggung," ujar Alvin dengan serius. Nurul berfikir sejenak sebelum dia menggangukkan kepalanya.

"Yelah. Tapi kalau kita bertolak petang sikit boleh ke?"

"Boleh sayang," balas Alvin lalu terdiam. Nurul memandangnya tidak berkelip sebelum dia menghamburkan tawanya. Alvin menjadi malu. Dia menggosok lehernya bersama sengihan.

"Amboii..kau. Sayang eh? Dah pandai ek kau sekarang cakap sayang bagai ni."

"Dah. Jangan nak menyakat aku," kata Alvin dengan wajah yang malu. Nurul tergelak melihat wajahnya yang malu. Comel je.

"Yelah. Aku tak sakat kau," kata Nurul lalu mereka berdua sembang kosong mengenai kehidupan masing-masing.

"Nurul, jom kita pergi mana. Aku laparlah." kata Alvin kepadanya. Dia menggosok perutnya yang lapar dengan wajah yang cemberut.

"Lah, kau lapar ke? Jom, aku bawa kau dekat gerai hujung sana tu. Kita makan dekat sana. Kau nak tak? Dekat rumah aku takde makanan sebab biasanya aku beli untuk aku seorang je. Sebab itu, makanan dekat rumah aku ni cepat habis," terang Nurul. Alvin mengganguk faham dengan apa yang dikatakan olehnya.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now