"Tak panas ke pegang air macam tu?" Nara mengambil cawan nescafe tadi dari pegangan Qaiser, dan diletakkan di atas meja berdekatan.

"Eh i belum minum."

"Tak apa. Nanti kita minum sama-sama okay? Jom." Nara terus melangkahkan kaki terlebih dahulu meninggalkan Qaiser yang masih terpinga-pinga.

"Nara, wait!" Qaiser akhirnya memulakan langkah dengan sedikit ketawa kecil. Adoi apahal kau ni, Qai?

Julia kemudiannya keluar dari persembunyiannya, dan dia agak keliru.

Bukan Cik Nara benci ke dengan Qaiser? Ni dah macam terbalik.

"Oh no. Jangan cakap Cik Nara pun sukakan Qaiser?!"

Julia menutup mulutnya sendiri dan bergegas turun ke bawah. Nak gosip!

----------------------

"Qaiser..." Nara bersuara lembut.

"Amin..." Nara memanggil lagi.

Qaiser tersedar dari lamunan. Lama orang tak panggil dirinya Amin. Last panggil macam tu... bekas tunang dia.

Sebenarnya dia agak terdiam dengan penampilan Nara kerana sama persis seperti bekas tunangnya. Memanglah rupa tidak sama. Cantik pun berbeza.

Tapi entah bagaimana terlintas saja.

"You kenapa tiba-tiba?" Qaiser bertanya dengan senyuman.

"Tiba-tiba apa?" Nara sengih.

"Emm?" Qaiser menaikkan kening. Macamlah Nara tak faham soalannya.

"Saja. Nak cuba. Cantik kan? I rasa i lagi cantik macam ni." Nara memainkan matanya beberapa kali.

"Emm bolehlah." Qaiser mencebikkan bibirnya yang merah jambu itu.

"Eleh tadi puji i cantik. Sekarang buat muka macam tu!" Nara mula menaikkan garfu menunjukkan gaya ingin mencucuk mata Qaiser.

"I tak boleh lama tau. I kena pergi site lepasni." Qaiser terus mengubah topik. Tak boleh layan Nara lama-lama. Nanti Nara bawa topik sensitif!

"Okay. You teman i makan pun i dah happy."

"Daddy you dah tengok penampilan you harini?"

"Belum. Faaeq pun lom."

"Habislah....." Qaiser ketawa kecil sambil menggeleng.

"Kenapa?"

"Mesti dorang cakap you buang tebiat!" Qaiser berkata lagi.

"Eeee mana ada."

"Boleh i tanya?"

"Yes."

"Job you macam mana?"

Nara terus mengangkat muka memandang ke dalam anak mata Qaiser.

"Alah setakat model tu, i boleh cari job lagi bestlah!"

"Waw. Contohnya?"

"Jadi model muslimah!" Nara menjawab laju.

"Hahaha macam tak sesuai je."

"Hello. You jangan pandang i sebelah mata tau. I ni laku keras okay. I petik jari je, orang datang cari i. I tak cari orang tau!"

Qaiser ketawa lagi.

"Tapi kan, job i yang lain i tak kisah sangat. Tapi job dengan Syed Heidi tu, dia okay ke kalau i mula pakai tudung?" Nara mendekatkan mukanya sedikit dengan Qaiser saat bertanyakan soalan itu.

Qaiser terhenti makan seketika. Aik!

"Kenapa tanya i?" Qaiser buat-buat gelak.

"Yelah. You kan lelaki."

"Ohhh i see. Well, mostly pakai muka je. Tak kisah la you pakai tudung ke tak, kalau nama you tiptop aba.... ehem.... Syed tu tak kisah agaknya." Qaiser hampir saja terlepas perkataan abang. Nasib baik!

"Tapi i duta hotel baru dia."

"I rasa you kena bincang dengan dialah. I tak tahu sebab i ni pekerja bawahan je. Tak tahu la apa orang atasan macam dia nak." Qaiser senyum.

Trust me, Heidi lagi seronok kalau si Nara ni bertudung jadi duta hotel dia. Senang cerita Heidi tu tak kisah pun.

Nak je aku cakap dekat Nara macam tu, tapi nanti kantoi pulak.

Takpelah, Nara. Awak buatlah sendiri.

"Okaylah kalau you cakap macam tu."

"Ehem, Qaiser." Suara si Faaeq menyapa dari belakang Nara. Masih tak perasan akan Nara yang sudah bertudung.

"Pukul berapa ni belum masuk ofis?"

"Nak masuk dah ni, Encik Faaeq." Qaiser laju je bangun dari duduk. Nara masih keras tidak menoleh ke arah abangnya. Saja tak nak abangnya sakit jantung di cafe ni.

"Saya pergi dulu." Qaiser seperti faham akan Nara, meminta diri dan tersenyum melambai ke arah Nara.

Elok saja jalan beriringan dengan Faaeq, Faaeq mula berbisik.

"Bukan main kau eh keluar dating pagi-pagi siap melambai-lambai. Tengok jam la." Bunyi macam nak marah je si Faaeq ni.

Qaiser nak tergelak tapi sengaja buat serious. Kalau dia tahu tadi adik dia, mesti dia tak jadi nak emosi.

"Maaf, Encik Faaeq. Saya janji tak buat lagi."

"Okay." Faaeq membalas dingin. Tak puas hatilah. Nara penat-penat ambil hati Qaiser, senang-senang perempuan tu dapat.

Balik ni nak basuh otak Nara suruh pakai tudung. Aku dah nekad!

MELAMARMUWhere stories live. Discover now