"Aryana Eynira bangun..." laung mama di sebalik pintu bilik yang berkunci.
Tuk!! Tuk!!
"Aryana bangun dah pukul lapan ni! jom sarapan sama- sama dengan mama. Sekejap lagi mama nak ke kerja."
"Ye mama Aryana busuk mama ni dah lama Bangun." Sahut Aryana dari dalam bilik.
"Dah jom sarapan. Kejap lagi mama dengan papa nak pergi kerja dah. Duduk rumah elok-elok." pesan mama dengan penuh kelembutan.
"Mmm... mama harini Aryana nak keluar dengan
kawan-kawan boleh tak?" tanya Aryana meminta izin dari ibunya sebelum keluar.
"Boleh, dengan siapa?" tanya mama mahu memanjangkan perbualan.
"Dengan tiga tenuk tu lah, tapi diorang ajak kawan diorang yang lain lepak sekali." Aryana berkata jujur.
"Ouh, hati-hati ye anak mama ni. Nanti jangan balik lewat sangat." Mama berkata sambil mengusap lembut kepala anak nya.
"Oh, abang dengan kakak mana?" sejak dari dia bangun tidur kelibat adik-beradiknya tidak kelihatan.
"Abang tidur lagi, kakak kamu pergi jogging. Oklah mama pergi kerja dulu ye, papa dah tunggu dalam kereta dah tu"
"Ok mama. Take care,cakap dengan papa take care juga." Aryana menyalam tangan mamanya, lalu di cium lembut.
[THE EVIL MAFIA]
4 life threatening.
You
Nak gerak mall pukul berapa?
Sofia
Pukul 11 .30 gerak.
Aisyah
Warggghhh,aku baru bangun tho
Siapa amik? naik kereta siapa?
You
Naik axia aku?
Reisya
Naik kereta aku jelah
Nanti aku pick korang
You
Ok!
Layar skrin phone ditutup. Aryana bersiap membersihkan diri sebelum keluar bersama rakannya yang lain.
[THE EVIL MAFIA]
Pin...pin...
"Oi sabar lah ish!" Aryana menjerit.
"Jom cepat nanti lambat nak pergi mall tengok wayang." Kata Reisya menjemput Aryana naik.
"Kau ajak mem kau sekali ke?" Aryana membuka mulut memecahkan kesunyian di dalam kereta.
"Haah, eh? dua ekor beruk ni kerja dia membuta je dalam kereta!" omel Reisya berang.
"Hahaha, kawan kau lelaki ke perempuan?"
"Dua perempuan seorang lelaki." balas Reisya pendek.
"Oh. Kalau family aku tau yang ada jantan lepak sekali ni confirm aku kene tibai."
Dalam beberapa jam daripada kampung ke bandar, akhirnya mereka selamat tiba ke destinasi yang mahu dituju.
***
FL'XO HOLDINGS
tok tok tok!
"Masuk." laung seorang jejaka tampan dari dalam bilik memebenarkan personal assistance nya masuk.
"Bos, so harini bos ada empat meeting dengan syarikat yang berbeza, mula 1 tengah hari ni sampai enam petang."
"Tu je meeting aku harini?" tanya nya tanpa sebarang nada.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE EVIL MAFIA | C
Romance𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐄𝐑𝐕𝐈𝐗𝐄𝐍 | 1 Frande Louise X Aryana Eynira Mengisahkan sekumpulan ahli mafia yang digeruni oleh seluruh dunia mafia. Aryana seorang gadis yang selalu bernasib malang yang dulunya ceria, baik dan sopan berubah menjadi...
