🕊 Eighteen 🕊

Start from the beginning
                                    

" dia okay walaupun nampak muka dia macam shock sikit, aku harap dia tak trauma. Luka dia pun natalya dah uruskan cuma dia mengadu badan dia sakit sakit." terang aryan.

Zayn hanya mengangguk. Sekarang ini dia sedang berfikir kejadian ini hanya kebetulan atau memang telah dirancang tapi nalurinya berkata kuat ia sudah dirancang.

" kau kenapa diam?" tanya aryan menghentikan lamunannya.

" aku rasa kejadian ini bukan kebetulan tapi dirancang."

" what! kau pasti?" aryan terkejut.

" aku tak pasti tapi kita tunggu maklumat dari kay dan cavin." kata zayn. Selepas dia pulang ke resorts dia sudah mengarahkan kay dan cavin untuk menguruskan jip yang telah masuk ke jurang itu.

Dia menyuruh mereka untuk memeriksa bahagian break yang tidak berfungsi itu.

Tidak lama kemudian cavin dan kay datang ke arah mereka berdua.

" so how?" tanya zayn.

" aku dan cavin dah check memang wayar bahagian break sah sengaja dipotong." terang kay.

" aku dah agak."

" shit. Siapa dalang dalam semua ni." marah aryan.

" aku rasa sasaran dia memang sera. Tapi apa motif  diaorang." kata cavin pula.

" korang cari tahu tentang hal ni. Pastikan sekurang kurangnya kita dapat satu petunjuk." arah zayn.

" zayn aku rasa kau kena tengok ni." kata aeden yang tiba tiba datang membawa ipad kepadanya.

Rakaman cctv menunjukkan dua orang lelaki mengikuti mereka dari arah belakang dengan menggunakan motor cross merah keluar dari resort.

" pukul berapa ni?" tanya aryan yang juga melihat rakaman itu.

" sekitar jam 12 tengah hari waktu kita keluar ke Rimba Valley." terang aeden.

" kenapa kita tak ada sorang pun perasan. " regus aryan.

" cari lelaki ni yang aku pasti dia ada tattoo bentuk singa di bahagian tangan.  Aku ingat mereka sempat jalan sebelah jip yang aku pandu." kata zayn sambil mengingatkan perjalanan mereka tadi.

" cari lelaki ni bawa jumpa aku." arah zayn.

Semua di situ hanya mengangguk faham. Mereka telah bergerak walaupun sudah malam mereka perlu mencari orang ini sebelum terlambat.

//////////////////////////////////

Jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Mereka semua berada di dalam sebuah rumah usang yang ada di dalam hutan yang sedikit jauh dari resorts.

Mereka mengenakan pakaian serba hitam supaya tidak mudah dilihat dan dikenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka mengenakan pakaian serba hitam supaya tidak mudah dilihat dan dikenali.

Mike datang membawa seorang lelaki yang di suruh oleh zayn.

" aku dapat sekor je yang lagi sekor dah lari." kata mike sambil menolak lelaki yang ditutup mukanya dengan guni di hadapan zayn dan aryan.

" buka." arah zayn kepada cavin yang juga berada dekatnya.

Cavin mengangguk lalu membuka guni yang menutup muka lelaki itu.

Zayn membongkokkan badannya dan memandang ke arah muka lelaki itu.

" siapa yang arahkan kau?" tanya zayn.

Lelaki itu masih berkeras dan tidak mahu bercakap. Aryan tidak mempunyai kesabaran dia terus memukul lelaki itu.

"arghhh, tak ada siapa yang arah aku lepaslah ." jerit lelaki itu tiba tiba selepas dipukul teruk oleh aryan.

" aku tanya kau sekali lagi siapa yang suruh kau?" zayn mencengkam leher lelaki itu pula.

" o-okay aku a-akan bagi tahu tapi lepaskan aku dulu." kata lelaki itu sambil menahan sakit.

Zayn melepaskan cengkaman itu. Yang lain juga memandang kearah lelaki itu.

" cepat cakap." kata kay dan cavin yang sedang memegang lengan lelaki itu dari belakang.

" aku hanya di suruh oleh lelaki nama Tom aku tak kenal boss besar tu." kata lelaki itu.

"siapa Tom? siapa boss besar?" tanya zayn.

Lelaki itu menggeleng. " mungkin orang suruhan boss besar juga. Aku tak kenal cuma mereka datang jumpa aku dan bagi tugas tapi aku pernah dengar diaorang panggil boss besar itu boss J."

"kau betul tak kenal?" tanya aryan lagi.

Lelaki itu mengangguk. " tolong lepaskan,aku hanya mengikut arahan aku tak bersalah." mohon lelaki itu.

" kau tak bersalah, kau tahu tak sebab kau adik aku nyaris mati." marah aryan sambil memberi tumbukan kepada lelaki itu.

Zayn memegang aryan supaya tidak lagi melepaskan amarahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu juga sudah lunyai dibantai.

" sudah aryan tak ada guna kau pukul dia. Kita tak dapat apa apa." kata zayn tegas kepada aryan.

" lepaskan dia." kata zayn sambil memandang ke arah kay dan cavin.

Lelaki itu terus lari keluar dari rumah usang itu tetapi  tiba tiba bunyi tembakan dari arah luar.

Mereka semua saling berpandangan dan lari keluar dari rumah itu. Mereka semua terkejut apabila melihat lelaki itu sudah terbaring berlumuran dengan darah kerana terkena tembakan.

Mike pergi kearah lelaki itu." dia dah mati."

"aku rasa tempat ni tak selamat." kata aryan sambil memandang sekeliling.

Zayn menggangguk sahaja. Dia juga merasakan hal yang sama.

" mike, cavin, aeron korang uruskan lelaki ni pastikan jangan sampai tinggal jejak. Yang lain ikut aku balik resort." arah zayn.

Mereka semua terus keluar dari kawasan hutan itu dan kembali ke resort.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now