'Ya Allah, kau kuatkan hatiku.'

Makcik Zura yang baru sahaja berada di dapur memandangnya pelik. Wajah gadis itu seperti sedih saja.

"Cik Nurul kenapa? Tak sihat ke?" soalnya prihatin kepada Nurul. Gadis itu tersentak. Dia mengukirkan senyuman kecil.

"Takdelah. Nurul sihat je. Jangan risau," balas Nurul kepada makcik Zura. Wanita itu mengganguk. Dia membuka peti sejuk. Dia berasa pelik kerana lauk yang dia simpan untuk Nurul masih ada di dalam.

"Cik Nurul?"

"Ye, makcik? Kenapa?"

"Kenapa cik tak makan? Kan makcik dah sediakan makanan ni untuk cik. Nanti Datin dan Dato tanya makcik kenapa cik tak makan, makcik nak jawab apa? Datin dan Dato pesan supaya cik makan lauk ni," jelas makcik Zura kepadanya.

"Ouh. Lauk tu eh? Nurul tak lapar lagi. Masih kenyang. Nanti kalau Nurul lapar, Nurul makanlah. Kalau Dato dan Datin tanya, nanti makcik cakap je yang Nurul dan makan cuma tak makan banyak je," balas Nurul kepadanya. Makcik Zura terpaksa mengganguk.

"Makcik, Nurul nak keluar kejap tau."

"Nak pergi mana? Encik Adyan tak temankan?"

"Suami Nurul sibuk, makcik. Nurul taknak susahkan dia. Takpe. Nurul boleh pergi sendiri. Jangan risau. Nurul keluar sekejap je. Tak lama pun," balas Nurul dengan senyuman kecil.

"Tak boleh. Nanti Dato dan Datin marah kalau mereka,"

"Tahu apa?"

"Takde teman keluar,"

"Eh, takpe. Kan Nurul dah kata yang Nurul tak apa-apa. Jangan risau. Nurul janji yang Nurul keluar kejap je. Tak lama," balas Nurul menyakinkan makcik Zura. Dengan berat hati, wanita itu terpaksa mengganguk setuju.

"Terima kasih, makcik."

"Sama-sama. Janji ye pulang dengan cepat,"

"Janji, makcik," balas Nurul. Dia meminta diri dan keluar untuk membeli makanan. Dia tidak mahu suaminya akan memarahinya lagi. Dia juga ada rasa malu jika dihina seperti itu. Sambil dia mencari makanan, sambil dia mencari kerja.










Adyan merenung wajah seorang gadis yang cantik pada telefon bimbitnya. Dia mengukirkan senyuman hambar. Dia sangat rindukan gadis itu.

"Zulaikha, kau dekat mana sekarang sayang? Aku rindukan kau. Tolonglah pulang dekat aku balik. Kau tak sayang aku ke?" soalnya sendiri dengan sayu. Dia cuma inginkan gadis itu dan cuma gadis itu yang dia nak menjadi isterinya.

"Aku nak kau jadi isteri aku. Cuma kau je. Aku taknak orang lain. Tapi kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kenapa kau sanggup larikan diri waktu majlis perkhawinan kita berdua langsung? Kenapa?" soalnya dengan berang. Airmata kecewa mengalir setitik demi setitik.

"Sampai hati kau buat aku macam ni! Kau suruh perempuan tak guna tu gantikan tempat kau! Aku benci dia! Aku benci! Disebabkan dia, kau melarikan diri dari aku! Disebabkan dia jugalah impian aku nak khawin dengan kau tak tercapai! Aku benci dengan perempuan tu!" katanya dengan penuh kebencian terhadap Nurul.

"Aku janji yang aku akan cari kau sampai dapat. Aku takkan maafkan Nurul selagi aku tak khawin dengan kau. Sampai aku mati pun, aku takkan maafkan perempuan jalang tu!" katanya lalu tersenyum hambar. Dia menyambung kerjanya yang tergendala. 10 minit kemudian, pintu biliknya diketuk sebanyak 3 kali di luar.

"Masuk."

Seorang lelaki yang berwajah tampan masuk ke dalam bilik tersebut lalu duduk pada sofa yang empuk.

"Bro, macam mana keadaan kau? Sihat ke?"

"Aku sihat je. Kau ada nampak aku tenat ke?" soal Adyan kepada rakannya yang tersengih kepadanya. Dia hanya membiarkan sahaja.

"Takdelah. Aku tengok kau macam stress je ni. Kenapa? Pengantin baru mestilah kena gembira. Bukannya muram," kata rakannya lagi. Adyan membuat muka malas.

"Pengantin baru? Tch! Aku khawin dengan perempuan tu pun bukan atas dasar suka. Aku khawin sebab nak tutup malu keluarga aku je. Aku benci tengok muka dia, Airiq. Aku benci! Disebabkan dia, bakal isteri aku tak jadi khawin dengan aku," balas Adyan kepada Airiq.

"Kenapa? Dia buat apa dekat kau?" soal Airiq atau nama sebenarnya Airiq Miqat. Adyan mendengus geram.

"Kalau perempuan tu tak beritahu yang dia suka dan cintakan aku! Pasti bakal isteri aku takkan larikan diri! Dia memang sengaja luah perasaan dia dekat bakal isteri aku supaya bakal isteri aku undur diri," tuduh Adyan tanpa mengetahui hal yang sebenar.

"Perempuan tu sukakan kau?"

"Yah,"

"Perempuan jenis apa dia tu? Dah tahu yang kau tu bakal suami orang, masih je nak suka," balas Airiq percaya dengan apa yang dikatakan oleh Adyan. Sebenarnya, Airiq masih belum berjumpa dengan Nurul disebabkan masa hari perkhawinan Adyan, dia tidak dapat hadir kerana menguruskan hal syarikatnya di Australia.

"Perempuan jalang," balas Adyan malas. Airiq tergelak.

"Tapi aku belum tengok muka isteri kau lagi. Kau ada gambar dia tak? Boleh tunjukkan dekat aku." kata Airiq kepadanya.

"Gambar dia? Memang taklah aku nak simpan gambar perempuan sial tu! Buat semak telefon aku je simpan gambar dia,"

"Takkan takde biar satu pun?"

"Takde," balas Adyan malas untuk bercakap mengenai gadis yang dia benci. Airiq hanya mengganguk. Dia tahu yang lelaki itu sangat bencikan isterinya.

"Lepas ni kita lunch. Boleh?"

"Yelah. Tunggu aku habiskan kerja aku dulu,"

"Okey,"







Nurul tersenyum lega kerana akhirnya perutnya sudah kenyang. Dia singgah makan di sebuah restoran untuk mengisi perutnya yang lapar.

Selepas membuat bayaran, dia terus keluar dari restoran tersebut. Dia mencari kerja sebelum pulang ke rumah.

Setelah berusaha mencari kerja. Dia diambil oleh sebuah kedai butik. Nurul tersenyum gembira. Gaji yang ditawarkan juga sangat berbaloi.

"Bila saya boleh mulai berkerja?"

"Esok. Pukul 9 pagi, awak dah boleh datang sini," balas seorang wanita kepadanya. Nurul mengganguk. Dia mengucap terima kasih lalu melangkah pergi.

"Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah." katanya dengan senyuman kecil. Sedang dia berjalan menuju pulang ke rumah. Dia terlihat susuk tubuh yang sangat dia kenali.

'Eh..tu bukannya...'

Dia terus mendekati tubuh tersebut. Jelas terpancar di wajah orang itu yang dia terkejut dengan kehadiran Nurul disitu.

"Awak?"

Adyan memandangnya tajam. Airiq dan dua orang gadis memandang Nurul dan Adyan pelik.

"Bro, kau kenal dia ke ni?"

"Ouh. Saya—"

"Tak kenal," cantas Adyan dengan laju. Nurul terdiam sebelum dia tersenyum hambar kepada mereka semua.

"Cari siapa?" soal seorang gadis kepadanya. Nurul tersenyum ke arah gadis itu. Adyan sedikit pun tidak memandang wajahnya.

"Ouh. Takdelah. Saya salah orang. Maafkan saya," balas Nurul kepada mereka semua.

"Dah. Blah. Kau salah orang kan? Pergilah. Ke kau nak minta sedekah dekat sini?" soal Adyan kepadanya.

"Bro. Biar betul kau ni? Cantik macam ni pun kau kata minta sedekah?" soal Airiq lalu tergelak. Dua gadis yang berada disitu juga turut tergelak. Adyan membuat riak wajah tidak bersalah manakala Nurul menundukkan kepalanya.

"Takdelah. Saya minta maaf sebab ganggu korang. Saya pergi dulu. Assalamualaikum," kata Nurul lalu melangkah pergi dengan hati yang luka. Sampai hati suaminya berkata seperti itu kepadanya. Sedikit pun tiada rasa bersalah ke?

Adyan hanya membiarkan Nurul tanpa memujuknya. Suka hati dia lah nak sedih ke apa ke. Aku tak kisah.

"Tak baik kau buat dia macam tu, Ad." kata Airiq. Adyan hanya membuat muka menyampah lalu menyambung perbualan mereka semula.

'Ingat aku kisah sangat ke pasal dia? Perempuan jalang macam dia tak layak dapat rasa kasihan daripada aku.'

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now