Y/n mengangguk.

" kau tak boleh buat macam tu!" marahnya lagi.

"kenapa pulak, aku tak suka lah dia. Perangai dia teruk." kata y/n memandang mina.

"tapi kau tak boleh buat macam tu! Ini kan untuk menaikkan nama kau" kata mina merenung y/n tajam.

" tak habis habis dengan naikkan nama aku. Aku okay, aku lagi suka tak dikenali ramai orang." kata y/n memandang mina.

Dia sedaya upaya menahan dirinya dari memarahi mina Dan Cuba menjawab dengan tenang.

"ugh!!! Lantak kau la. Don't talk to me." kata mina. Dengan memandang y/n penuh menyampah, dia mengambil tray makanannya yang belum dijamahnya berlalu pergi.

Neena si pengikut setia itu memandang y/n sekilas sebelum terus mengekori mina meninggalkan y/n.

" bye bye! " Hana yang baru selesai makan itu terus berjalan meninggalkan y/n.

Y/n mengeluh. Dia sudah biasa ditinggalkan rakan rakannya. Terutama sekali apabila dia tidak mengikut 'arahan' rakan rakannya itu.

Lama lama mereka akan elok semula.

Makanan di atas meja dijamahnya. Matanya pula fokus melihat sekeliling cafeteria. Ada yang bergelak tawa, ada pula yang sibuk makan sambil membaca.

Sedang dia menjamah sambil termenung melihat pelajar lain, matanya tertumpu pada sesorang yang berada di kaunter makanan itu.

Kelihatan mitsuya sedang mengambil makanan bersama 2 lelaki beramnut blonde disebelah sambil tergelak kecil melihat rakannya yang berambut blonde itu mengacau makcik penjual.

Sedang dia memandang lelaki itu dari jauh, saat lelaki itu menoleh, mereka bertentang mata.

Senyuman mitsuya kian melebar memandang y/n sebelum terus mengekori 2 rakannya yang lain.

Y/n pula cepat cepat menundukkan kepalanya. Wajahnya sudah bertukar kemerahan.
_____________

Y/n mengeluh melihat 3 rakannya itu terus berjalan meninggalkannya.

Tangannya laju mengemas buku buku Dan memasukkan kedalam tote bag miliknya.

Rambut coklatnya yang diikat bersama Reben dibetulkan sebelum dia terus berjalan meninggalkan kelasnya.

Kakinya laju melangkah ke bilik kelab menjahitnya.

Walaupun perjumpaan kelab 3 bulan sekali, mereka masih boleh menggunakam bilik kelab itu setiap hari.

Terkadang ada juga kelas menjahit yang diadakan. Namun pada hari ini, tiada aktiviti yang dianjurkan. Dia sengaja datang mahu menghasilkan baju idea barunya.

Biasanya hari macam ni mesti tak ramai orang.. Kata y/n dalam hati. Yakin yang pelajar lain pulang ke rumah daripada meluangkan masa di bilik kelab.

Tapi sangkaannya salah.

Bilik kelab itu Kelihatan penuh seolab olah mereka ada mesyuarat kelab.

Dia yang tidak disedari oleh orang lain itu terus berjalan ke meja miliknya dengan tertanya tanya.

Tak lama kemudian, lily naib pengerusi kelab memasuki bilik kelab. Pelajar pelajar lain mula bersorak antara satu sama lain.

Lily tersenyum malu. Tangannya menutup wajahnya yang malu malu itu.

Dibelakangnya Kelihatan mitsuya baru tiba.

"sugoi lily san!"

"lily san boleh jadi fashion designer yang paling cantik saya pernah kenal!"

" kalau muka macam lily ni, jadi model pun dah ramai orang nak!"

"sugoi!! Bangganyaaa"

Kedengaran suara pelajar lain tidak henti henti memuji lily.

Y/n yang tidak tahu apa apa itu memandang sekeliling dengan hairan.

" tahniah, lily. Aku bangga." kata mitsuya memandang lily yang masih tersenyum malu itu.

Mendengar itu, pelajar kelab semakin kecoh. Sudah macam kena histeria.

"kyaaaaa!! Comel nya!!"

"korang ni memang secocok lah!"

Mendengar itu, mitsuya menggeleng laju. "eh kitorang kawan je." tegur mitsuya.

Lily pula mengangguk.

Pandangan mitsuya yang memandang ahli kelab lain itu terus bertukar memandang y/n yang berdiri tercegat di mejanya yang berada di belakang sekali.

Menyedari dirinya di pandang, y/n cepat cepat acah acah sibuk.

Tanpa dia sedar, mitsuya tergelak kecil melihatnya.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Where stories live. Discover now