Tapi dia mana siap baju tu, memandangkan minggu lepas dia sibuk mengekori 3 rakannya itu

sehingga dia lupa mahu siap kan baju yang akan dibentangkan pada perjumpaan kelab.

Oh no.

" aku baru teringat! Baju aku tak siap lagi!" kata y/n tiba tiba membuatkan 3 rakannya itu terkejut.

" oh baju untuk presentation tu ke? Ala kau ni y/n, sebab ni la aku tak nak kau masuk kelab kelab macam ni." kata Neena pula.

"itulah tu. Ala takpela baju tu. Kau ponteng, lepastu kau bayar la president kau tu." kata mina pula.

Ketiga mereka memandang y/n penuh harapan.

" tapi aku dengar cerita president kelab diorang hot doo budak kelas sebelah.
Dahla pandai, good looking pula tu. " kata hana panjang lebar mencerita kan gossip hangat sekolah mereka itu.

Mendengar itu y/n menoleh. " betullah tu." kata y/n.

Mendengar kata kata y/n Ketiga mereka merenung y/n.

" kau ni jangan macam macam , ingat... Kau dah ada boyfriend " Pesan mina.

Y/n mengeluh.

____________

Y/n melambai ke arah 3 rakannya itu dengan teruja. Teruja mahu pergi perjumpaan kelab menjahit walaupun hasil bajunya masih tidak siap dihasilkan.

Ketiga rakan nya melambai ke arahnya semula dengan muka yang pasrah kerana y/n masih berdegil tidak mahu mengikuti mereka shopping.

Setelah puas melambai, y/n menoleh ke belakang dengan senyuman yang lebar.

"yeeeeeeee" entah kenapa dia buat bunyi sebegitu Rupa, mungkin kerana dia terlalu teruja.

Sambil memegang bagpacknya, dia berjalan dengan teruja.

gedebupp! Tanpa dia sedar, dia yang tersenyum senyum itu terlanggar sesorang sehingga orang itu yang jatuh.

Y/n yang tersenyum itu terus menoleh dengan gelabah.

"gomen! Gomennasai!" kata y/n. Berkali kali dia menunduk sambil mengulangi ayat meminta maaf.

Mendengar itu, lelaki berambut ungu itu tergelak kecil melihat y/n.

"daijoubu dayo." katanya lalu terus berdiri dari terduduk atas lantai.

Y/n yang masih menunduk berulang kali itu terhenti mendengar suara itu. Cepat cepat dia mengangkat mukanya.

Akan tetapi orang yang dilanggarnya itu sudah hilang dari depan matanya.

Aku baru nak tahu siapa..

______________

Y/n memasuki bilik kelab menjahit yang sudah dipenuhi orang itu, seperti yang disangka tiada yang sedar akan kewujudannya.

Dengan perlahan dia menuju ke meja menjahit miliknya,

terdapat mesin menjahit di meja, serta sebuah lagi meja kosong di sebelah agar dia dapat menulis atau melakukan perkara selain menjahit di meja itu.

Y/n duduk di meja kosong di sebelah meja mesin jahit itu.

Dengan gelabah dia mengeluarkan hasil bajunya yang masih tidak siap lagi.

Pandangannya kemudian bertukar melihat ahli kelab yang lain sedang bergelak tawa sambil melihat hasil reka baju antara satu sama lain.

Habisla kau y/n.. Kau sorang je tak siap lagi ni.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora