02| pertemuan kedua

Start from the beginning
                                    

Lelaki di hadapannya ini sungguh kacak !

"Hai" sapanya.

Ilya hanya membalas dengan memberikan senyuman.

'Tapi kejap , macam pernah jumpa je lelaki depan aku ni' getus hati Ilya.

"Ilya.. so inilah Arsyad, kawan lama Ilya dulu" Ilham memperkenalkan Arsyad kepada Ilya.

Arsyad memberikan senyuman paling manisnya kepada Ilya dan Ilya membalasnya.

Beberapa orang pelayan menghidangkan makanan-makanan jepun yang mereka order melalui online.

"So, Syad. Mama kau apa khabar?" Tanya Ilham sambil mengambil batang chopsticknya

"Alhamdulillah, sihat je" balas Arsyad

Ilya hanya diam. Dia hanya menikmati makanan sushi yang diordernya tadi.

"Tapi aku rasa macam pernah nampak lah muka kau ni" ujar Arsyad tiba-tiba.

Ilya merenung Arsyad.

"Tenungan kau ni... macam perempuan nenek-nenek yang aku jumpa semalam" kata Arsyad dan membuatkan Ilya dan Ilham tercengang.

Mata Ilya membulat sempurna! Baru dia teringat akan lelaki yang telah membaling tin kekepalanya.

"What! Lelaki biadap yang tak berpelajaran tu ada di depan aku sekarang ni!" Pekik Ilya , kunyahannya yang belum lagi habis membuatkannya tersedak.

"Uhuuk uhuuuk" Ilya mula tersedak sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Eh eh" Arsyad terkejut melihatnya.

"Adik oi! Nah minum air ni" Ilham menyerahkan mineral water kepada Ilya.

Pantas sahaja diteguk oleh Ilya, mujurlah kemana-mana sahaja mereka pergi Ilham pasti akan menyediakan air botol simpanan, supaya perkara ini dapat dicegah.

Terus sahaja Ilya menghempaskan botol air itu kemeja.

"Suka hati kau je panggil aku nenek nenek" geram Ilya

"Eh dah dah lah tu" halang Ilham sambil berdiri menenangkan kedua-dua pihak.

"Habistu, kau panggil aku tak berpelajaran tu bagus sangat lah?" Arsyad juga tidak kalah nyaring.

"Ehh, lelaki macam kau ni memang jenis-jenis orang yang tak bertauliah. Suka suka hati je nak baling tin tu kemerata-rata tempat" Ilya menundingkan jari telunjuknya ke wajah Arsyad.

"Eh perempuan ni.. banyak cakap betullah." Dingin Arsyad sambil memicit dahinya.

"Apa kau cakap!? Lebih baik aku cakap terang-terang dan depan depan lah" Ilya mula naik keatas meja makan berura-ura ingin menarik rambut Arsyad.

"Ey ey" dengan pantas Ilham menurunkan semula adiknya.

Wajah Ilya kelihatan memerah menahan marah.

"Ei kau ni gila lah" ucap Arsyad dengan santainya.

"Apa !? Gila!?" Semakin panas hatinya mendengar ucapan itu.

"Dah dah lah tu.. ya allah" halang Ilham lagi.

"Adik nak balik!" Marah Ilya lalu menyambar sling bagnya dan terus keluar dari restaurant jepun itu.

"Aku pun" rungut Arsyad juga sambil keluar.

"Guys!" Panggil Ilham.

Ilham mula mengeluh.

♡♡♡

"Woi" Arsyad memegang lengan bajunya Ilya.

"Apa woi-woi. Aku ada nama lah" dingin Ilya sambil berpeluk tubuh.

"Idihh idihh marah lah tu" perli Arsyad

Ilya menjelingkan matanya.

"Pertemuan kedua kita ni memang bawa malang kan" sinis Arsyad sambil menyandarkan badannya kedinding tandas.

"Kau fikir aku suka ke hadap muka kau ni. Yang dah nyata-nyata bengas" balas Ilya dengan sinisnya.

Sebenarnya, Ilya terus pergi ketandas tadi, sama juga dengan Arsyad. Taklama kemudian, kedua-dua mereka bersamaan keluar dari tandas lelaki dan perempuan.

"Makin kau marah, makin aku suka tengok muka kau tu." Ucap Arsyad membuatkan Ilya terkaku.

"Nampak tua" sambungnya lagi. Membuatkan Ilya mendengus geram.

"Dah lah" dingin Ilya lalu pergi meninggalkam Arsyad yang sedang mempertawakannya.

♡♡♡

"Farhan!" Panggil seorang lelaki yang sedang berlari menuju kearahnya.

Farhan menoleh kearahnya.

"Ada apa?" Tanya nya sambil memegang belantan kayu dibahunya.

"Esok si Naim tu pindah masuk kelas kita. So apa kita nak buat?" Tanya Safwan.

Senyum sinis mula terbit dibibir Farhan

"Kita tengok lah esok" sinis Farhan lalu berjalan meninggalkan Safwan yang  tersenyum sama mendengar ucapannya.

TBC

- syo -

Ketua Pengawas Nakal Itu Aku Punya ! Where stories live. Discover now