"Adyan, tolonglah jangan seksa saya macam ni. Mana pergi sikap awak yang penyayang? Mana pergi sifat baik hati kau? Saya rindu Adyan yang dulu. Saya rindu kawan rapat saya yang dulu,"

"Adyan yang dulu dah takde! Kau faham? Dah takde! Semua yang jadi ni pun disebabkan kau! Aku menyesal anggap kau kawan baik aku! Aku menyesal tahu tak? Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku takkan rapat dengan kau lah! Perempuan munafik!" kata Adyan dengan wajah bengis. Nurul hanya mampu menangis. Dia sangat rindukan sifat lelaki itu yang dulu. Sifat yang baik, selalu tersenyum dan selalu ambil kisah terhadap dirinya. Namun, semuanya berubah semenjak mereka berkhawin.

"Awak..sumpah demi Allah yang saya tak buat semua yang awak sangka tu. Sumpah!! Awak kena percaya cakap saya. Kalau awak nak saya cari Zulaikha dan suruh dia khawin dengan awak, saya akan buat supaya awak percayakan cakap saya. Saya sanggup awak ceraikan saya kalau itu yang membuatkan awak gembira. Asalkan awak tak bencikan saya," balas Nurul bersungguh-sungguh. Adyan tergelak sinis. Dia mendekati tubuh Nurul. Tidak dia nafikan yang gadis itu memang cantik. Dengan mata yang bulat berserta bulu mata yang lentik. Tapi jika dia sudah membenci seseorang, semuanya akan nampak kelihatan menyakitkan hati!

"Cari Zulaikha? Suruh dia khawin dengan aku?"

"Yah. Saya sanggup cari dia dan minta dia khawin dengan awak semula. Waktu tu, awak boleh ceraikan saya," balas Nurul tenang. Adyan tersenyum sinis.

"Aku nak kau cari dia sampai dapat! Aku nak kau suruh dia khawin dengan aku. Kalau dia taknak, kau yang akan tanggung akibatnya. Dan aku takkan maafkan kau sampai kau mati! Kau faham?" katanya dengan senyuman sinis. Nurul mengalirkan airmatanya.

'Ya Allah, berat sungguh ujian yang kau berikan pada aku. Tolong kuatkan hatiku, Ya Allah.'

"F-faham."

"Jangan asyik faham je! Aku nak kau cari dia sampai dapat! Kau jangan cakap dekat dia yang aku ni layan kau teruk! Kalau kau cakap dekat dia macam tu, aku akan buat lagi teruk dekat kau! Faham?"

"F-faham," balas Nurul dengan senyuman yang hambar. Sebegitu benci ke lelaki itu terhadap dirinya? Takkan sedikit pun dia tidak ada rasa kasihan? Sehinggakan dia tidak memikirkan perasaannya yang terasa sakit dengan perbuatannya.

Adyan melihat tepat ke dahi Nurul yang luka akibat terkena bucu meja tersebut. Dia menjeling wajah Nurul lalu menjauhi tubuh Nurul dengan wajah yang kosong. Nurul pula hanya berdiam diri sahaja.

"Aku nak kau cakap yang luka dekat dahi kau tu disebabkan terkena dinding. Faham? Aku taknak kau beritahu dekat umi dan abah aku yang aku tolak kau sampai dahi kau luka. Kau dengar tak?" katanya kepada Nurul. Gadis itu perlahan-lahan menggangukkan kepalanya.

"Bagus. Macam ni lah baru betul. Jangan membantah apa yang aku suruh. Kau faham? Apa yang aku nak kau buat, kau mesti buat. Kalau kau taknak aku sakitkan kau. Faham?"

"F-faham, awak,"

"Jom turun makan." katanya. Mereka berdua masih menetap di rumah kedua ibubapa Adyan kerana umi dan abahnya mahu mereka menetap di situ terlebih dahulu untuk beberapa hari sebelum berpindah ke rumah mereka sendiri.

"Cepatlah keluar! Jangan sampai aku heret kau pula." katanya dingin. Nurul terus keluar dari bilik tersebut. Adyan membuat muka menyampah lalu turut melangkah turun ke bawah.

"Eh, menantu umi dah turun. Kenapa dengan dahi Nurul?" soal umi Adyan yang bernama Datin Salha kepadanya.

"Erkk...." Nurul memandang wajah Datin Salha sebelum dia memandang ke arah Adyan yang sedang memandangnya tajam. Dia menelan air liur dengan kasar.

"Nurul, umi tanya ni. Kenapa dengan dahi Nurul tu? Kenapa boleh luka?" soal Datin Salha lagi. Nurul menggaru keningnya dengan sengihan. Jantungnya berdebar-debar melihat pandangan maut dari suaminya.

"Erkk..takde apalah umi. Waktu Nurul nak pergi tandas tadi, Nurul terlanggar dinding. Sebab tu dahi Nurul luka," balas Nurul sambil memandang ke arah Adyan. Dia menghembuskan nafas lega kerana lelaki itu sudah tidak memandangnya lagi.

"Ouh. Lain kali Nurul hati-hati ye sayang. Kesian menantu umi ni. Takpelah. Nurul duduklah. Kita makan sama-sama ye sayang," ujar Datin Salha kepada menantunya. Adyan menyampah terhadap layanan uminya kepada gadis itu.

"Umi jangan risau. Adyan ada jaga dia. Kan sayang?" katanya dengan suara sengaja dilembutkan. Dia memeluk pinggang ramping Nurul bersama senyuman manis. Dia membisikkan sesuatu di telinga Nurul.

"Kau jangan berani cakap dengan umi yang aku layan kau dengan kasar. Aku nak kau berlakon depan umi dan abah aku yang aku ni layan kau dengan baik. Buat je apa yang aku suruh kalau taknak aku pukul kau."

Kata Adyan lalu menjarakkan semula bibirnya pada telinga Nurul. Dia tersenyum manis ke arah gadis itu. Nurul memandangnya tidak berkelip.

"Amboii..Ad. Kalau ye pun nak bermanja dengan Nurul, tunggu jelah dalam bilik. Tak malu ke ada umi dekat sini?" sakat Datin Salha kepadanya. Adyan tergelak paksa.

"Eh, takdelah umi. Takpelah kalau Ad nak bermanja pun. Nurul kan isteri Ad. Tak salah kalau Ad nak bermanja dengan dia. Kan sayang?" kata Adyan sambil mengenyitkan matanya. Nurul tergelak kekok.

"Betul tu. Takpelah. Nurul tak kisah umi," balas Nurul tersenyum paksa. Dia memandang sayu wajah Adyan yang hanya berlakon di hadapan Datin Salha.

"Yelah. Makanlah."

"Abah mana umi?"

"Abah keluar kejap. Katanya ada hal sikit,"

"Ouh. Yelah,"

"Sayang kenapa tak makan lagi?" soal Adyan kepada Nurul yang asyik termenung. Gadis itu tersentak.

"Erkk..nak makanlah ni. Hehe,"

Adyan tersenyum sinis. Kalau bukan disebabkan ada uminya berada disitu. Jangan harap dia nak berlembut dengan perempuan yang telah hancurkan kebahagiannya! Jangan harap dia memanggilnya dengan panggilan sayang. Gelaran itu hanya layak untuk satu orang gadis sahaja. Gadis itu adalah Siti Zulaikha! Cinta pertamanya.

'Perempuan bodoh! Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebab buat Zulaikha jauh dari aku. Selagi Zulaikha tak khawin dengan aku, selagi tu aku akan seksa kau!'

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now