PART 1

109 20 1
                                    

Seorang gadis yang terbaring di atas katil hospital di pandang oleh seorang lelaki bermata kucing.

Jeong Rein, gadis berusia berumur 16 tahun terjun dari bumbung sekolah dan berjaya di selamatkan oleh Hong Jisoo.

"Pesakit mengalami kemurungan yang teruk menyebabkan dia terdorong untuk membunuh dirinya. Saya sarankan kamu untuk tidak membiarkan dia bersedih sentiasa" kata-kata doktor bermain di fikiran Joshua. Dia meraup mukanya.

Dia kenal gadis itu, Rein seorang pelajar perempuan bersekolah di Seoul Highschool. Gadis pendiam yang selalu menjadi target kepada pembuli di sekolah itu. Terbit juga rasa kasihan di hatinya untuk menolong gadis.

"Urghh" Rein tersedar dari pengsan. Dia memandang suasana yang serba putih. Deria baunya tersentuh bauan yang tidak enak, bau ubat. Tahulah dia sedang berada  di hospital.

"Kau okay tak?" tanya Joshua apabila perasan Rein sudah terjaga. Rein memandang ke arah Joshua dengan pandangan pelik.

"Kau siapa?"

"Aku Hong Jisoo tapi panggil Joshua. Aku yang selamatkan kau semasa jatuh dari bumbung sekolah" Rein mula teringat yang dia buat keputusan untuk membunuh dirinya.

"Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa tak biarkan aku mati" ujar Rein dengan tatapan kosong.

"Selagi ajal kau tak sampai kau boleh selamat. Kau terjun lah dari bangunan burj khalifah sekalipun kalau ajal kau tak sampai, kau takkan mati" kata Joshua dingin. Rein memandang ke arah luar tingkap.

"Untuk apa aku hidup kalau kehidupan aku tak seindah manusia lain, aku cemburu dengan kau. Kehidupan kau jauh lebih baik dari aku. Aku? Ibu aku seorang kaki botol, selalu pukul aku. Ayah aku pula, bapa ayam. Kenapa hidup aku macam ni" Joshua memeluk tubuh Rein.

"Menangis lah kalau kau rasa nak menangis. Hidup manusia tak akan lengkap kalau tiada tangisan. Aku tahu kau kuat, lepaskan apa yang kau pendam" pujuk Joshua. Rein membalas pelukan Joshua sebelum menangis di bahu jejaka tampan itu.

"A-aku hampir kena rogol dengan ayah aku sendiri. Aku hari-hari tertekan bila ibu aku asyik paksa aku untuk bekerja. Aku ingat kalau aku dekat sekolah aku boleh aman sekejap, tetapi tetap sama. Diaorang buli aku di sebabkan ayah aku. Diaorang tuduh aku macam-macam" luah Rein. Joshua mengusap-usap belakang badan gadis malang itu.

"Tak ke semua jalan hidup manusia seindah di novel atau drama. Ada pahit manis dia juga. Sama ada manis yang mendahuluinya sebelum pahit menyusul jalan hidup kita. Kau kena percaya takdir itu pasti, kau derita di awal-awal tetapi hasil di akhir nanti? Kau akan bahagia" kata Joshua. Rein memandang ke arah Joshua.

"Kau pasti?" soal Rein. Joshua mengangguk.

"Aku pun tak tahu jalan hidup aku macam mana, sama ada akhir jalan hidup aku adalah derita" balas Joshua. Dia melihat anak mata Rein yang kosong, penuh dengan aura kegelapan dan kesuraman.

"Anggap aku kawan baik kau. Aku sentiasa ada dengan kau"

"Betul ni"

"Iye"

Rein tersenyum. Joshua membalas senyuman sebelum mengusap perlahan rambut Rein.

To be continue

GOODBYE |JOSHUA HONG|Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon