PART 9

45 13 0
                                    

—Incheon Airport

Rein menemani Joshua untuk balik ke Los Angeles. Joshua menggenggam erat tangan Rein.

"Sebolehnya aku tak nak tinggalkan kau, tapi ibu aku suruh" kata Joshua. Rein mencubit hidung mancung Joshua.

"Aku okay je dekat sini, jangan risau. Aku akan inform apa-apa dekat kau" ujar Rein dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Joshua memeluk tubuh Rein erat.

"Janji dengan aku, jangan depression lagi. Jangan toreh tangan lagi, jangan cuba nak bunuh diri. Aku ada kau. Kalau diaorang buli kau, lawan. Jangan diam je" pesan Joshua. Rein mengangguk perlahan.

Dia pun sendiri tidak pasti boleh tunaikan janji lelaki di hadapannya.

"Ye Joshua, aku akan cuba untuk tunaikan janji kau tu. Sudahlah, jangan sedih" ujar Rein.

"Promise with me,  tunggu aku tiga tahun nanti"

"Iye Joshua. Itu kalau ajal aku tak sampai"

"Jangan lah cakap macam tu"

Rein tertawa kecil, dia bersyukur ada kekasih seperti Joshua. Selalu ambil berat pasalnya.

Perhatian kepada penumpang yang ingin menuju ke Los Angeles. Sila pergi ke balai berlepas segera.

"Aku pergi dahulu, jangan lupa telefon aku tahu. Annyeong Rein" ujar Joshua sambil menarik bagasinya. Rein tersenyum lalu mengangguk. Dia menghantar Joshua dengan pandangan mata.

Rein pergi dari situ dengan linangan air mata yang dari tadi di tahanya. Dia akan keseorangan lagi. Dia mengelap air matanya.

"Jangan lemah Rein, Joshua mesti tak suka" ujar Rein di dalam hatinya.

-♡︎-

Joshua melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia memandang luar tingkap kapal terbang. Dia mengeluh.

Dia menyesal membuat keputusan ini semua. Dia seksa hatinya dan hati gadis kesayangannya. Tapi ini perintah ibunya.

Siapa dia nak tolak.

"I hope you never leave me girl"

To be continue

GOODBYE |JOSHUA HONG|Where stories live. Discover now