PART 13

50 14 1
                                    

Selepas Jeonghan menghantar Joshua dan Kyla menuju ke rumah milik Joshua. Jejaka bermata kucing itu terus masuk ke dalam rumahnya.

"Jeonghan terima kasih sebab hantar kami berdua. Maaflah dengan kelakuan oppa saya" ujar Kyla. Jeonghan tersenyum sebelum mengangguk.

"Tak apa, saya faham perasaan abang awak. Orang tersayang pergi meninggalkan kita kan, siapa je tak sedih" kata Jeonghan.

"Okay lah, saya nak masuk dahulu. Bye Jeonghan"

"Kejap, boleh saya ambil nombor awak? Mana tahu kita boleh berkenalan lebih rapat" sambung Jeonghan. Kyla mengeluarkan kad yang selalu berada di dalam beg tangannya dan memberikan kepada Jeonghan.

"Awak boleh ambil nombor tu" balas Kyla sebelum masuk ke dalam rumah abangnya. Jeonghan memandang ke arah kad di tangannya.

"Kyla Jaerin Hong, beautiful name like her" ujar Jeonghan perlahan. Dia tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi.

-♡︎-

Joshua duduk di birai katil dan mengambil sepucuk surat yang berada di poket seluarnya. Dia membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Dia mula membaca surat tersebut.

12/6/2021, Khamis—

Hai Joshua! Mungkin kau baca surat aku time aku dah tiada. Apa lagi kalau bukan aku bunuh diri. Maafkan aku atas dosa aku dekat kau dan juga aku mungkir janji kita berdua.

Hong Jisoo, aku rasa bersyukur bila dapat kenal dan bercinta dengan kau. Kau lelaki yang baik dan selalu memahami aku. Kalau bukan sebab kau, mungkin aku jadi macam dulu, Berputus asa. Tapi sekarang aku dah putus asa.

Aku benci diri aku Joshua, aku lemah sangat. Aku rindu kau juga, mungkin kau pun ada rasa macam aku. Maaflah aku tak dapat tunaikan janji kau untuk jadi kuat. Aku hanyalah Rein yang lemah.

Tolong lupakan aku dan cari kehidupan lain. Mana tahu aku lahir semula sebagai anak kau? Hahahah just kidding. Joshua, terima kasih sebab sudi jadi kawan, teman lelaki aku. Aku hargai sangat perbuatan kau.

Cari perempuan lain nae, cari yang lebih baik dari aku. Jangan menangis okay, cukuplah aku sorang je cengeng. Aku rasa sudah tiba masa untuk aku pergi. Saranghae Hong Jisoo .Nama kau selalu terpahat di hati aku ❤️

Yang benar..
jeong rein.

Air mata Joshua jatuh mengenai surat itu. Dia memeluk surat itu dan menangis teresak-esak. Dia mengetap bibirnya dan meraup mukanya.

"Aku selalu ingat kau, nama kau takkan pernah padam di dalam hati aku Jeong Rein." kata Joshua perlahan. Dia mengelap air matanya. Kyla yang melihat abangnya hanya tersenyum nipis.

"Oppa okay?" tanya Kyla seraya melabuhkan punggung di sebelah abangnya.

"Entahlah Kyla, patutkah oppa lupa dia sedangkan oppa terlalu cintakan dia"

"Kalau Rein unnie suruh oppa lupakan dia, buatlah. Kalau oppa rasa sakit bila nak lupakan unnie, jangan lah. Kyla tahu cinta pertama memang sakit untuk di lupakan. Tapi nak macam mana, life is still going on" kata Kyla untuk menenangkan Joshua.

"You right ssaeng, thank you"

"Welcome"

To be continue

GOODBYE |JOSHUA HONG|Where stories live. Discover now