PART 2

66 16 0
                                    

Joshua menghantar Rein di hadapan rumah gadis itu.

"Gomawo sebab hantar aku balik" ujar Rein dengan senyuman nipis. Joshua mengangguk.

"Careful girl, kau baru je elok" pesan Joshua. Rein mengangguk, dia pun tak pasti.

"Aku masuk dulu, annyeong" kata Rein lalu masuk ke dalam rumah. Joshua memandang rumah Rein sekilas sebelum melangkah pergi.

Rein membuka pintu rumah lalu melangkah masuk. Dia memandang sekeliling rumah, ingin tahu ke beradaan ibu bapanya. Dia berlari ke biliknya.

Rein melihat biliknya yang sedikit berantakan akibat ibunya membaling segala barang ke arahnya. Dia tersenyum nipis.

Dia tidak membenci sekalipun kepada ibunya. Cuma dia terkilan dengan layanan mereka.

Apa dosanya?

"Jeong Rein!" Rein mendengar suara ibunya. Dia menyorok di sebalik almari bajunya. Dia menekup telinganya akibat takut diapa-apakan.

"Rein! Baik kau buka pintu ni!" Puan Jeong mengetuk pintu bilik Rein dengan kuat. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka kasar.

"Sini kau! Aku panggil kau tadikan!" Puan Jeong menarik rambut Rein lalu menampar pipi gadis itu. Rein memejam matanya.

"Mana duit" pinta Puan Jeong kasar. Rein menggeleng.

"Eomma, Rein tiada duit. Rein tak pergi kerja tadi, Rein masuk hospital" ujar Rein membuatkan kemarahan Puan Jeong semakin meningkat lalu menghentak kepala Rein ke dinding. Rein memegang kepalanya yang berdenyut. Dia dapat rasakan ada sesuatu mengalir.

"KENAPA KAU TAK MATI HAH!! KAU TAHU TAK KAU MENYUSAHKAN AKU DENGAN SUAMI AKU!" jerit Puan Jeong lalu memukul tubuh Rein menggunakan hanger besi. Rein menjerit kesakitan.

"E-eomma s-sakit hiks!" Rein menahan kesakitan di belakang badannya. Puan Jeong memijak kaki Rein sehingga kaki Rein mula lebam.

"Kau pergi kerja sekarang!" arah Puan Jeong lalu mengheret Rein keluar dari rumah.

"Selagi kau tak bawa balik duit selagi itu kau jangan balik" ujar Puan Jeong sebelum menutup pintu rumah. Rein menyarung selipar dan berjalan dengan terhenjut-henjut akibat kakinya yang terseliuh.

-♡︎-

Rein membasuh mukanya di pantri kedai 7E. Dia mengelap darah yang mengalir dari dahinya. Dia mengeluh. Dia mengurut perlahan pergelangan kakinya, dahinya berkerut menahan sakit.

"Rein kau okay tak ni?" tanya kawan sekerjanya, Kim Bora. Rein mengangguk perlahan.

"Kau kena lagi dengan ibu kau"

"Macam biasalah Bora. Aku dah biasa"

Bora menyeluk sakunya dan mengeluarkan beberapa wang lalu meletakkan di tangan Rein. Rein memandang ke arah Bora.

"Ambil ni buat ibu kau. Aku tak sanggup tengok kau kena dera ni, Rein" kata Bora sayu. Dia tak sanggup tengok gadis di hadapannya asyik datang kerja dalam keadaan teruk, luka di kepala.

"Gomawo Bora-ah" Bora memeluk tubuh Rein.

"Kalau lah aku boleh tolong kau, aku dah lama tolong kau"

"Kau jadi kawan aku pun dah cukup"

Rein memberikan senyuman nipis. Bora memimpin Rein menuju ke kaunter untuk menjaganya.

-♡︎-

Joshua masuk ke dalam 7E untuk membeli makanan. Dia duduk seorang kenalah berdikari. Ibu bapanya berada di Los Angeles.

Selepas mengambil ramen dan dua tin kopi segera. Dia membawa ke kaunter.

"Tolong kira ye" ujar Joshua tanpa memandang penjaga kaunter.

"Nae" Joshua seakan mengenai suara itu segera memandang ke arah Rein yang sedang mengira barangnya.

"Rein, kau kerja sini?" tanya Joshua sedikit terkejut. Rein tersentak.

"Joshua, haah. Ibu aku suruh kerja harini. Macam biasalah Shua" balas Rein dengan senyuman nipis. Joshua mengeluh.

"Ikut aku" ajak Joshua.

"Mana boleh, aku kerja lah" tolak Rein. Joshua memandang tepat ke arah mata Rein.

"Okay okay" Rein mengalah sebelum menyuruh Bora menjaga kaunter.

"Bora tolong aku jaga kaunter nae. Aku ikut kawan aku"

"Okay"

Rein menanggalkan topi lalu menyarung di kepala Bora sebelum melangkah menuju ke pantri untuk menukar baju.

"Erm encik" panggil Bora. Joshua memandang ke arah Bora.

"Panggil Joshua je" ujar Joshua. Bora mengangguk.

"Kau tahu kan Rein kena dera dengan ibu bapanya kan?" tanya Bora. Joshua mengangguk perlahan.

"Tolong dia untuk dapat keadilan untuk hidup, bukan apa aku tak sanggup tengok dia datang kerja dengan lebam sana sini. Tadi, dia kena pukul dengan ibunya. Kakinya terseliuh tu cuma Rein tak nak mengaku" kata Bora.

"Aku akan berusaha" Bora mengangguk. Rein keluar dari pantri.

"Khaja" Joshua menarik tangan Rein. Rein merintih sakit apabila Joshua tidak sengaja menggenggam pergelangan tangannya kuat.

"Sorry "

"Tak apa"

Mereka berdua menuju ke arah Sungai Han. Mereka berdua duduk di salah satu bangku.

"Bak kaki kau" pinta Joshua.

"Tak payahlah" tolak Rein. Joshua mencangkung lalu menyelak bawah seluar dan melihat lebam di pergelangan kaki.

"Sakit tak?" tanya Joshua. Rein mengangguk sikit.

"Kau terseliuh ni, jom pergi klinik" ajak Joshua.

"Tak payahlah- argg sakit-sakit" Rein menampar tangan Joshua yang menekan lebamnya.

"Cepat naik belakang aku" Rein mengeluh sebelum memeluk leher Joshua, Joshua memegang belakang lutut sebelum membetulkan kedudukan Rein. Dia membawa gadis itu menuju ke klinik berdekatan.

To be continue

GOODBYE |JOSHUA HONG|Where stories live. Discover now