C H A P T E R 2 3

Start from the beginning
                                    

Kalaulah, isterinya masih ada mesti dia bahagia sekarang. Janji mereka ingin bersama sampai tua tapi isterinya sudah pergi terdahulu sebelum dia.

'Sayang tipu abang, sayang cakap nak bersama-sama dengan abang sampai kita tua kan? Kenapa sayang pergi pula?' Rintih hatinya.

Puan Sri Hasnah hanya melepaskan keluhan kecil. Penat-penat dia masak tapi suaminya itu jarang sekali makan apa yang dimasaknya. Kecil juga hatinya tapi dia pendamkan. Dia tersenyum kelat.

"Abang makan eh sikit? Nanti abang sakit." Pujuk Puan Sri Hasnah. Masih tidak berputis asa. Mana tahu suaminya tetiba sahaja berubah fikiran nak makan sama-sama dengan dia. Anak-anak tirinya pula tiada dirumah. Masing-masing sibuk.

Sekali lagi Tan Sri Hanzel menggeleng.

"Aku taknak makan. Aku nak makan masakan Shofia je." Tegasnya. Dia meletakkan semula frame gambar itu dimeja kerjanya lalu menyambung kerja yang tertangguh.

Terasa pula hatinya. Selama ini dia sahaja yang beria-ria mengambil hati suaminya itu. Takkan sedikit pun suaminya tidak mempunyai perasaan terhadapnya?

Puan Sri Hasnah tidak menghiraukan kata-kata suaminya. Dia berlalu pergi dari situ. Tan Sri Hanzel hanya membiarkan. Bukan urusan dia. Pen ditangan diputar-putarkan.

Pintu bilik kerjanya dibuka dari luar. Terpampang wajah Puan Sri Hasnah membawa pinggan ditangan. Dia mendekati Tan Sri Hanzel.

Dahi Tan Sri Hanzel berkerut tidak suka. Tak faham bahasa ke?

"Abang makan sikit eh. Saya masak makanan kegemaran abang." Dia berdiri dihadapan suaminya. Tangan pula bersedia untuk menyuap Tan Sri Hanzel.

"Aku taknak."

"Abang makanlah sikit. Asyik kerja je. Nanti sakit pula."

"Aku cakap aku taknak tu taknaklah!" Tengking Tan Sri Hanzel secara tidak sengaja. Dia menepis pinggan yang berisi nasi lemak dengam ayam bakar.

Puan Sri Hasnah tergamam dengan tindakan suaminya. Dia memandang pinggan kaca yang selamat jatuh dilantai. Pecah terus pinggan kaca itu. Serpihan kaca ada dimana-mana.

Dia mengetap bibir. Tubir mata pula menghangat. Dia mendongak memandang suaminya.

"Kenapa dengan abang ni? Saya penat tau masak semua tu." Luah Puan Sri Hasnah sebak. Dia menahan air matanya daripada jatuh.

"Aku tak suruh pun kau masak. Kau sendiri yang nak masak."

"Kenapa abang tak pernah nak terima saya?" Pertanyaan itu tetiba sahaja keluar dari mulutnya.

Tan Sri Hanzel hanya diam. Tidak mahu menjawab soalan itu. Dia tahu yang Puan Sri Hasnah sudah pun tahu jawapannya biarpun dia tidak menjawab persoalan itu.

"Sebab hati aku masih ada Shofia. Dan dia tetap akan ada dalam hati aku. Dia takkan pernah terganti."

Setitis air mata jatuh mendengar bicara suaminya. Sungguh, dia terluka. Takkan dia tidak berpeluang sekalipun? 15 tahun lamanya dia terus menanti suaminya untuk menerima dirinya seadanya. Cukup lama tetapi suaminya tetap berkeras.

Dia tidak pun meminta untuk melupakan suaminya melupakan arwah isterinya itu tetapi dia hanya ingin diterima.

"Saya tak minta abang lupakan dia. Saya cuma nak abang terima saya dan cuba cintakan saya. Sikit pun takpa. Saya bersyukur sangat. Saya lama dah tunggu abang untuk cintakan saya semula tapi kenapa abang buat saya macam ni?" Ujar Puan Sri Hasnah. Air mata pula tidak berhenti mengalir.

Tan Sri Hanzel mendengus kasar dan pergi dari situ. Tidak mahu berlama-lama. Serabut betul otak dia.

Puan Sri Hasnah memejamkan mata. Cuba menahan esakan.

Sampai hati abang ...

SELESAI sahaja dari makan, Bunga Qaisarah terus masuk kedalam bilik yang dia selalu lepak dan lepaskan kesedihan. Siapa lagi yang buat kita sedih kalau bukan Encik Suami.

Ada piano dan beberapa alatan muzik. Tapi gelap pula. Selalunya lampu akan terlalu terpasang. Tangannya mengagau mencari suis. Dalam leka dia mencari tetiba sahaja pinggangnya ditarik. Terbuntang mata Bunga. Aha, siapa pula tarik dia dalam gelap ni? Dia dahlah penakut.

"Shhh." Melihat Bunga yang ingin menjerit, lelaki itu segera meletakkan jari telunjuknya dibibir mungil Bunga.

"Let me take you dancing." Bisiknya sensual. Meremang bulu roma Bunga tetapi badannya tetap sahaja mengikut pergerakan lelaki misteri itu. Lelaki itu terus mengalunkan nyanyian.

"I only pray you never leave me behind." Pinggang Bunga disauk lalu jari jemari lelaki itu bergerak mengelus bahagian pinggang Bunga membuatkan Bunga kegelian.

"Because good music can be so hard to find." Perlahan-lahan lelaki itu memeluk Bunga dari belakang dan mencium tengkuk Bunga. Jantung Bunga berdebar-debar dengan perlakuan lelaki misteri itu. Merdu sahaja suara lelaki itu menyanyikan lagu.

Huff, tarik nafas hembus.

"I take your hand and hold it closer to mine" Tubuh Bunga dihadapkan kearahnya. Tangan Bunga digenggam dan dicium sekilas. Lalu meletakkan satu tangan Bunga dipinggangnya juga. Bunga terpaku dengan perlakuan lelaki itu.

"Though love was dead but now you are changing my mind."

"My heart's a stereo , it beats for you so listen close" Kepala Bunga didekatkan didada bidangnya. Dia mahu Bunga mendengar detak jantungnya bila bersama dengan wanita itu.

"Hear my thoughts in every note." Melihat Bunga yang kaku, lelaki itu terus sahaja mencium bibir Bunga sekilas. Menyedarkan Bunga dari lamunan.

Bunga memandang lelaki itu. Lidahnya terasa kaku. Tidak tahu mahu berkata apa. Boleh tak kalau dia nak pengsan?

Lelaki itu kembali membisikkan sesuatu ditelinga Bunga. "But nah, its just a fraud. I hate you actually, my lady."

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now