"Ya, aku dah janji dengan papa aku sebelum ni. Habis aje sekolah, aku akan ke luar negara dan ambil jurusan bisnis sebab aku harus ganti papa nanti untuk urus syarikat dia."

"Oh.. baguslah tu Hali. Tu dah tanggungjawab kau sebagai anak tunggal ibu bapa kau. Kau haruslah balas jasa diorang." kata Blaze. Dia menepuk bahu Halilintar, seolah bangga dengan kawannya itu.

Halilintar hanya tersenyum sahaja, anak matanya sempat bertemu dengan sepupunya. Ice. Lelaki itu seolah mahu mengatakan sesuatu, namun tidak jadi. Dia mengerutkan dahi, lalu dia beralih kepada Gempa yang mendiamkan diri setelah mendengar bahawa dirinya akan ke luar negara.

"Gempa.."

"Kenapa Hali? Aku okayy lah, siapa aku nak halang kau kan? Tu dah tanggungjawab kau. Please jangan hampakan keluarga kau. Bahagiakan mereka selagi mereka ada."

Halilintar terdiam tidak dapat membalas. Kata-kata Gempa ada betulnya juga.

"Bila kau flight?"

"Malam ni."

•••••

"Maafkan kami sebab tak dapat hantar kamu, kalau bukan sebab ada majlis di rumah kawan papa. Kami akan hantar kamu sayang."

Puan Lisa memeluk tubuh sang anak lelaki tunggalnya. Halilintar hanya tersenyum dan membalas pelukan ibunya.

"Tak apalah bonda, Hali okey aje."

"Ingat tau, duduk kat negara orang jangan nakal-nakal tau. Kalau dah sampai sana jangan lupa call. Kalau ada apa-apa just call kami okey sayang? Jaga kesihatan dan selalu lah call kami ya?"

Gempa tersenyum melihat tiga beranak itu, dia tahu perasaan ibu seperti mana. Mesti tidak sanggup berjauhan dengan anaknya sendiri.

"Iya, Hali janji. Hm, Hali dah kena pergi ni. Taksi dah sampai tu."

"Iyala, Gem maaf susahkan kamu sebab kena teman hantarkan Hali ke airport."

"Tak apa, Gem okey aja. Jom Hali."

"Okey, Hali pergi dulu bonda papa."

"Ya, jaga diri tau."

"Okey! Jom Gem."

•••••

Kini mereka berdua tiba dia lapangan terbang.

Persekitaran lapangan terbang sedikit renggang dan tidak terlalu sesak pada malam itu.

Mereka berdua sedari tadi hanya diam sampailah tiba di sana. Tiada di antara mereka mahu mulakan bicara.

Halilintar hela nafas, dia kerling kearah Gempa. Bahu lelaki itu disentuh.

"Gempa.." panggilnya.

Gempa tersentak dan menadah wajah untuk memandang Halilintar.

"Y..ya?"

Halilintar tidak menjawab malah mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

"Sini tangan kau." Pinta Halilintar.

Kening Gempa berkerut namun diturutkan sahaja.

Seketika Gempa terkaku. Dia menatap jari manisnya disarungkan cincin emas dengan ukiran sebuah nama. Nama si pemberi, Halilintar.

"Hali?"

Halilintar tersenyum. "Ni tanda kau adalah milik aku. Kau jangan risau aku pun pakai cincin ni. Tapi nama kau. Tada!"

Halilintar menunjuk jarinya yang mengenakan cincin seperti Gempa.

Entah kenapa Gempa merasa terharu. Dia simpan senyum.

"Tapi kau tak perlulah berlebihan macam ni."

"Aku cuma takut kau di ambil orang Gem.. Aku hm.... Misalnya hati kau dah tersuka seseorang, kau.. kau boleh buka cincin ni. Jikalau belum simpan dan jaga lah ia tau, seperti hati aku." kata Halilintar dengan senyum kecil. Anak matanya tunak menatap Gempa.

"Okey." itu sahaja yang dibalas Gempa. Dia membalas pandangan mata Halilintar.

Halilintar memandang sekeliling.

"Sepertinya aku dah kena pergi. Hm Gempa."

"Ya?"

"Tolong tunggu aku ya? Jangan lupa bawak hadiah istemewa untuk aku nanti bila aku dah balik okey?"

Gempa hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.

"Jaga diri kau kat sana."

"Baik sayang."

Hening sekejap. Mereka saling bertatap mata.

"Aku.. Aku gerak dulu Gempa."

"Ya. S..selamat tinggal Halilintar."

"Hm bye Gempa.."

Walaupun terasa berat untuk pergi, dia balas jua lambaian Gempa. Dia berbalik sambil menarik beg rodanya.

"Halilintar!"

Langkah kaki Halilintar terhenti, dia berbalik.

Cup! Bibirnya dicium.

"Ge..Gempa?"

Tubuh Halilintar membeku dengan ciuman Gempa yang tiba-tiba itu. Matanya terkebil-kebil menatap Gempa.

"Aku cuma nak ambil balik ciuman aku yang pernah kau curi sebelum ni."

"Dan selamat tinggal Halilintar..."



Tbc...

38 vote for next chapt 😌

Sorry jikalau hampa huhuhu 😌

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now