❛❛THIRTY FOUR ✧

1.4K 46 1
                                    

SUDAH 2 minggu berlalu namun hubungan mereka masih sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH 2 minggu berlalu namun hubungan mereka masih sama. Dingin. Malah lebih teruk apabila Kayla langsung tidak mahu bercakap dengannya. Wanita itu lebih banyak berkurung didalam bilik.

"Syahra rindu daddy ke? Alolo sian dia kena tinggal" kata Izz lembut sambil menggendong anaknya perlahan.

"Mana nenek ni? kenapa nenek tinggal Syahra seorang seorang dekat sini ni?" tanyanya lagi seolah olah sedang berkomunikasi dengan anaknya.

"Nenek tengah memasak dekat dapur ni" kata Puan Sri Isma yang keluar dari ruang dapur.

"Mama masak? sambil jaga Syahra? Kayla mana?" tanya Izz keras.

Dia paling tak suka kalau mamanya buat kerja lebih dari satu dalam satu masa.

"Dia tengah berehat dekat bilik bawah ni. Alah.. sikit je tu. Lagipun this good girl tak banyak ragam" kata Puan Sri Isma membela menantunya.

"Pegang Syahra" katanya sebelum menyerahkan Syahra pada mamanya.

Bilik tetamu yang ada dibawah didekatinya sebelum pintu bilik dibuka kasar.

"Ma--" kata kata Kayla pantas mati apabila wajah tegang Izz menjamu pandangan matanya.

Izz merengus kasar apabila melihat Kayla yang sedang enak bersantai diatas katil berserta telefon ditangan.

"Abang tahu sayang marahkan abang.. tapi tak boleh ke sayang kesiankan mama? Abang tahu sayang tengah berpantang tapi tak boleh ke tolong tengokkan syahra? dia bukan banyak ragam pun" kata Izz membuatkan Kayla terkaku.

Dari wajah lelaki itu pun dia tahu, Izz sedang menahan amarahnya.

"Mama buat semua benda untuk sayang. Dia masak untuk sayang, dia tolong kemas rumah untuk sayang.. takkan anak pun sayang nak dia tolong jaga? Kalau betullah sayang tak boleh jaga... cakap! Abang boleh jaga dia" bidas Izz lagi.

Puan Sri Isma terkedu. Pertama kali dia melihat anak lelakinya itu tidak mengamuk apabila seseorang itu melakukan kesalahan. Tak payah cakap orang lain.. dia pun dah berkali kali dijerkah oleh anaknya itu.

"Sayang nak teruskan goyang kakikan? Takpe.. teruskan. Abang boleh jaga Syahra" kata Izz sebelum dia keluar dari bilik dan mengambil anaknya lalu naik ketingkat atas.

Puan Sri Isma memandang kearah wajah menantunya yang berubah.

"He'll be okay. Don't worry to much" katanya lembut sebelum dia berlalu kedapur.

Izz melangkah perlahan lahan ke bilik kerjanya sebelum dia meletakkan anaknya secara berhati hati diatas permaidani lembut yang ada didalam itu.

"Jom teman daddy buat kerja" kata Izz lembut sambil mengeluarkan meja jepun dari almari.

Meja itu diletakkan diatas permaidani itu sebelum komputer dan kertas kerjanya diambil lalu diletakkan disitu.

"Anak daddy nak mainan ya? kejap Daddy ambil" kata Izz sambil menggomol pipi anak gadisnya itu sebelum dia berlalu kebiliknya untuk mengambil mainan.

My Special Boss [Editing]Where stories live. Discover now