❛❛TWENTY ✧

2K 67 7
                                    

SUASANA dalam masjid itu bertukar riuh apabila si pengantin perempuan memasuki ruangan

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.


SUASANA dalam masjid itu bertukar riuh apabila si pengantin perempuan memasuki ruangan. Kebanyakan mereka tak habis habis memuji kecantikan yang Kayla miliki.

"Untung benar kamu Izz.. dapat isteri cantik, lembut, sopan lagi" puji Puan Maria membuatkan wajah Kayla makin memerah.

Ya Allah boleh sesak nafas kalau diorang asyik puji aku je ni.

"Assalammualaikum" suara seseorang memberi salam membuatkan nafas Kayla makin sesak manakala wajah Izz menegang.

"Waalaikummussalam" jawab Izz perlahan dan tetamu yang lain mengerutkan kening mereka.

Tidak tahu siapa gerangan lelaki yang kacak berbaju melayu putih itu.

"Masuklah.. daddy" kata Izz tanpa nada.

Bukan setakat Puan Isma yang terdiam, Khairul yang berada disamping Izz turut sama melongo.

"what are you doing here daddy?" tanya Khairul tanpa suara.

Dato Ahmad hanya menghadiahkan senyuman manis sebelum dia melangkah kearah Izz yang sedang menghadap tok kadi.

"Maaf saya lambat.. saya ada hal tadi" kata Dato Ahmad masih dengan senyumannya.

"Saya ingat Dato dah tak datang tadi" kata tok kadi itu sebelum dia mengengsot sedikit untuk memberi ruang kepada Dato Ahmad untuk duduk.

Izz pula mencuri pandang wajah sang kekasih hati yang jelas turut sama terperanjat dengan kedatangan lelaki itu.

"Pengantin lelaki dah sedia? nampak tak sabar benar nak tenung bakal isteri" usik tok kadi itu mmebuatkan para tetamu ketawa besar namun Izz hanya memberikan sebuah senyuman yang jelas tiada gulanya.

Izz mengangguk kecil sebelum dia mencuri pandang kearah Kayla sekali lagi.

"Pengantin perempuan?" tanya Tok kadi itu pada Kayla dan dia hanya membalas dengan senyuman.

"kalau macam tu.. saya mulakan dengan bacaan khutbah nikah dulu" kata tok kadi itu lagi sebelum dia memulakan bacaannya.

Izz menarik nafas panjang sebelum dia merenung tangan Dato Ahmad. Dengan ungkapan bissmillah.. tangan itu dijabat olehnya. Kemas.

"Tuan Izz Adrian.."

"saya"

"Aku nikahkan dikau dengan putriku, Syarifah Kayla Insyirah binti Syed Ahmad yang berwakil walinya kepada aku dengan mas kawin sebanyak RM300,000 tunai" kata Dato Ahmad sambil merenung wajah lelaki di hadapnnya itu.

Izz menarik nafasnya dalam sebelum lafas basmallah diungkapkan sekali lagi.

"Saya terima nikahnya Syarifah Kayla Insyirah binti Syed Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM 300,000 tunai" ujarnya senafas.

"Sah?"

"Sah!"

Nafas berat dihela oleh Izz sebelum tangannya naik meraup muka. Mengucap syukur pada sang pencipta yang maha Kuasa.

My Special Boss [Editing]Kde žijí příběhy. Začni objevovat