06

103 60 11
                                    

Pintu kereta dibuka, lelaki yang memakai kasut koyak yang berjenama Nike itu melangkah keluar dari keretanya.

Namjoon menelan air liur perit.

Betul ke keputusan aku datang ke rumah Gaeyoung? Kalau aku datang esok-- Aish, tak boleh. Rindu aku sudah terlalu lama dibiarkan.

Percaya atau tidak, 2 minggu lalu dengan ketiadaan Gaeyoung, hampir membuatkan Namjoon hilang akal.

Makan tidak berselera, mandi tidak basah, tidur pun tidak lena! Semuanya disebabkan fikirannya asyik terbayangkan wajah Gaeyoung yang selalu mengusiknya.

Sepanjang 28 tahun Namjoon bernafas dimuka bumi ini, tidak pernah dia merasa kebahagiaan seperti mana ketika dia bersama-sama dengan Gaeyoung.

Mata wanita itu berkilau, gelak tawanya, wajah comelnya ketika marah dan.. lawak kotornya. Uh.. Pelik untuk dikatakan, Namjoon rindukan itu semua.

Adakah ini rasanya.. Kehilangan?

Loceng rumah ditekan dua kali tapi masih tiada siapa yang membuka pintu. Baru saja mahu menekan loceng buat kali ketiga, tiba-tiba pintu itu dibuka.

Wajah hairan seorang lelaki muncul dihadapan wajah Namjoon sebelum hujung sudut bibir lelaki itu mula terjungkit naik.

Namjoon baru saja mahu memperkenalkan diri, pergelangan tangannya terus ditarik, mendorong badannya juga masuk ke dalam rumah besar itu.

Bonsai: Favorite Customer | NamuWhere stories live. Discover now