Special Teaser 2

690 42 2
                                    

SPECIAL TEASER 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SPECIAL TEASER 2

“HA… kan betul tak ada orang dekat sini!” Imani dah teruja apabila kawasan kolam renang langsung tidak ada orang. Berbeza sungguh dengan keadaan sesak di depan sana. Orang ada di mana-mana sahaja.

“Kenapa dekat kolam ni tak ada orang datang, ya?” Ally ajukan soalan. Sejak hari pertama dia jejakkan kaki ke rumah ini lagi dia hendak tanya, tetapi tidak terluah.

“Dia orang takut, kolam ni dalam.” Imani sudah letak pinggan yang penuh berisi makanan di atas meja tepi kolam. Kerusi yang bersusun di tepi dinding dia seret ke meja.

“Tak akan sebab tu je?”

Imani angguk. “Orang besar tak hairan kalau jatuh. Takut budak kecil. Nanti kalau sekali dah datang sini, budak-budak, tahu jelah. Buatnya dia datang senyap-senyap, tak ada orang tengok, tak pasal…”

Oh ya, betul juga… baru Ally faham.

“Dalam sangat ke kolam ni?”

“Tak adalah dalam mana. Satu meter setengah kalau Imani tak silap. Eh, kita tak ambil airlah, Ally.” Imani baru perasan, mereka hanya ambil nasi dan lauk, tetapi tidak ada air.

“Yalah, biar…”

“Tak apa. Ally duduk, biar Imani pergi ambil.” Tidak sempat Ally hendak halang, gadis peramah itu sudah berjalan tinggalkan dia bersendirian di tepi kolam. Ally bangun daripada duduk. Dia berdiri di bibir air.

Kolam yang tenang dan serba biru itu dia lihat. Ally nampak pantulan dirinya di permukaan air. Ally pegang kain yang menutupi kepalanya ketika itu sambil mata melihat bayangan diri sendiri di dalam air.

Ya. Hari ini buat kali yang kedua dia bertudung. Pengalaman kali ini lebih mudah daripada kali pertama. Cuaca tidak panas mana memandangkan dia hanya bergerak di dalam rumah yang sepenuhnya dilengkapi dengan pendingin hawa.

Rasa rimas itu tidak begitu terasa. Tiba-tiba dia teringat peristiwa beberapa hari yang lalu buatkan hatinya bergetar.

Entah tidak tahu dia hendak gambarkan bagaimana dengan kata-kata. Apabila dia duduk bersendirian seperti sekarang, Ally langsung tidak dapat hendak lari daripada memikirkan hal yang satu itu.

Ada satu persoalan yang paling besar dalam kepalanya ketika ini. Betul ke apa yang Ally sedang lakukan sekarang?

Adakah ini memang keputusan yang benar?
Ally memang tidak akan menyesalkah seandainya apa yang terjadi tidak seindah yang dirancang?

Macam mana kalau Raymond betul? Dan Ally salah? Berbaloikah dia dibuang keluarga demi agama? Macam mana seandainya Tuhan tidak bersama dia?

Jujur, hati Ally sedang berbelah bahagi. Sekejap dia rasa jalan yang dia pilih ini ialah yang paling terbaik, sekejap nanti dia rasa sebaliknya.

Ally masih tidak punya kata putus tentang ke mana hala tuju dia selepas ini. Ally tahu yang Islam itu agama yang syumul, tetapi apabila terfikirkan hari mendatang penuh dengan cabaran sebagai seorang mualaf, dia jadi takut.
Sungguh, ketika ini Ally sedang keliru. Selama ini memang dia berdikari, tetapi segala duit perbelanjaan dia datang seratus peratus daripada Raymond.

Apabila sudah jadi macam sekarang, tidak mungkin si bapa akan terus memberi dia wang seperti dulu.

Kemahiran? Kosong. Ally cuma pandai melukis. Itu pun suam-suam kuku. Baru sekarang dia sedar yang dia anak manja yang hidupnya bergantung harap dekat Raymond. Kalau tidak disuap, dia tidak akan makan.

Benar juga kata si bapa. Kalau tidak mereka berhempas pulas siang dan malam bekerja mencari duit, dari mana datangnya kesenangan yang dia rasai dulu?

Penat berperang rasa, membuatkan keluhnya terlepas. Baru hendak berpaling, Ally nampak ada sehelai daun kering terapung di atas air. Walaupun sehelai, tetapi sudah cukup mencacatkan pemandangan.

Dia berkira-kira dalam kepala, rasanya jarak daun dengan tempat Ally berdiri ini tidaklah jauh mana. Daripada berdiri, kini Ally sudah mencangkung dengan tangan yang terjulur mahu mencapai daun berwarna coklat itu.

Tidak sampai. Dia cuba panjangkan lagi tangannya dengan bergerak lebih ke hadapan tetapi dia tidak dapat mengimbangkan badannnya.  Beberapa saat kemudian, badannya sudah terjatuh ke dalam air.

Ally jadi panik. Dia rasa kakinya langsung tidak menjejak lantai kolam membuatkannya Ally tercungap-cungap mencuri nafas. Dia bergelut di dalam air untuk terus terapung walaupun paras air itu lebih rendah daripada ketingwalaupun

Tangan Ally terkapai-kapai di permukaan air. Hidung mula terasa pedih, tekak sudah perit, sementara telinga berdegung akibat dimaswalaupun

Ally tenggelam timbul. Hendak menjerit pun dia tiada kudrat. Dia mencari nafas yang semakin sukar apabila air terus-terusan dwalaupun

Tangannya semakin lemah, sementara kaki sudah kejang membuatkan pergerakannya menjadi perlahan. Ally mula tenggelam, jauh kwalaupun

Badannya terasa melayang. Adakah ini pengakhirannya?

Begini? Pergi tanpa sesiapa di sisi. Hilang sendiri tanpa ada yang merindui. Ally lihat ke atas. Biru, cuma itu yang dia walaupun

Ketika ini, pengharapannya hanya satu. Kepada Dia, tiada yang lain.

Aku tak mahu pergi lagi, Ya Tuhan. Aku tak mahu pergi lagi. Selamatkan aku, Ya Allah. Aku janji, hidup ini, selepas ini, hanya untuk Kau, selamatkan aku. Aku mohon, aku tak mahu pergi begini.

Badan Ally sudah tenggelam ke dasar. Tirai mata mula dilabuhkan. Perlahan-lahan, hingga rapat tertutup.

Gelap.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now