“Boleh I nak kongsi sesuatu?”“Go on.”
“You pernah dengar konsep tawakal?”
“Let God?”
TZ angguk sambil senyum. “Biarkan Tuhan buat kerja Dia. Cliché. Usaha, doa, tawakal.”
“Sekolah I dulu guna tiga benda tu jadi moto,” kata Ally sambil ketawa.
“Kan I dah kata, cliché.”
Ally setuju. Yalah itu. Tapi dia tertarik dengan topik perbualan mereka ketika itu. “Sambunglah pasal tawakal tu, TZ.”
“Kalau Muslim, dari kecil dah guna konsep ni. Belajar sungguh-sungguh, only then baru boleh cakap tawakal. Maksudnya berserah dekat Tuhan. Macam you did your best, you dah buat semua yang you mampu, lepas tu dah tak payah risau dah tentang yang lain. You serah dekat Tuhan apa yang jadi lepas tu. Kalau buruk, ada hikmah. Kalau baik, bersyukur.”
“Okey… faham, tapi apa connection dengan I?” Ally masih samar-samar lagi hendak cerna.
TZ pula yang terdiam sebelum dia gelak. “Yalah, kan? Apa kaitan dengan you?”
Ally tidak dapat sorok rasa lucu yang bertamu di hati.
Lah… baru Ally hendak rasa kagum tengok TZ yang nampak sangat berkarisma dalam memberi nasihat.
“Sengallah, TZ.”
YOU ARE READING
Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]
RomanceIni kisah TZ dan Ally, dua manusia yang bertemu kerana satu kebetulan dan diakhiri dengan... perkahwinan. T dekat nama TZ tu bermakna Tengku, tapi ini bukan cerita Tengku yang biasa-biasa, sebab Tengku Aiman Zamani ini bukan CEO tapi pensyarah biolo...