Bab 4 (Bahagian 2)

641 83 1
                                    

"Yalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yalah. Tak gila ke dekat pukul dua belas ada perempuan baring atas jalan?" Dia sumbatkan juga roti bakar ke dalam mulutnya. Bercakap dan mengunyah serentak dengan mulut yang penuh.

"I langsung tak ingat macam mana I boleh baring atas jalan tu. Sumpah I tak ingat apa-apa langsung." Ally masih berfikir-fikir tapi itulah satu apa pun dia tak ingat.

"Sorry to ask, tapi you mabuk ke?" Terus tak ada tapisnya TZ tanya.

"Yep. I guess..." Lambat-lambat Ally anggukkan juga kepalanya, mengaku. Apa lagi nak jawab kalau dah memang itu kenyataannya. Mabuk hanya dengan segelas martini. Noob.

"So, you are a bad drinker." TZ buat konklusi sambil goyangkan tangannya di depan muka Ally. Bibir dah terlebih dulu tertampal dengan senyum nakal.

"And I just figure it out... today," kata Ally sambil jongketkan bahunya, kemudian dia tersengih.

TZ kerutkan dahi. "Oh, really?"

"Tu first time I minum sebenarnya. Selama ni I tak pernah tahu I'm gonna be a very very bad drinker." Tenang Ally berterus-terang dengan bibir yang separa tersengih. Terhibur pula dia dengan kenyataan sendiri.

"Oh... macam tu. Jadi you ni budak lagilah, kan?" TZ tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gadis tinggi lampai itu.

"I'm old enough to drink, cuma I tak minum." Ally larikan pandangannya, kalah dengan renungan tajam TZ.

"Habis tu apa buatkan you nak minum pula tiba-tiba?"

"People says, curiosity killed the cat. I'm that cat," terang Ally sambil tersenyum.

TZ ambil masa untuk mencerna apa yang Ally katakan sebelum gelak kecil terlepas daripada bibirnya. Dia capai cawan yang berisi kopi lalu dicicip sedikit.

"Habis tu, your parents tak bising ke kalau tahu you minum?"

Ally geleng.

"Oh, really?"

Lambat-lambat Ally angguk. "Dia orang pun minum juga once in a while. I je tak minum."

"Sebab?"

Ally tongkat dagu dekat meja. "You pernah minum tak?"

Laju je TZ geleng. Isy, memang tidaklah. Senakal-nakal TZ, tidaklah dia berani buat gila sampai sentuh air tu. "Haram..."

Jawapan spontan itu mencuit hati Ally. "Sorry, Muslim, right?"

"Alhamdulillah, masih lagi pada jalan yang benar." TZ jawab dalam nada berlelucon membuatkan Ally ketawa.

"I tak minum sebab satu, bau beverage tu busuk, I tak suka. Dua sebab, after effect dia pun I tak suka. I tengok orang yang minum, bangun pagi mesti sakit kepalalah, apalah. Buat apa nak sakitkan diri sendiri, lepas tu sibuk-sibuk cari itu ini untuk sober."

"Jap, jadi you Kristian?"

Ally angguk dulu untuk jawab soalan TZ. "Thanks, Jesus. Masih lagi pada jalan yang benar juga."

TZ ketawa. Wah, curi ayat TZ!

"Tapi muka you nampak macam Melayu," komen TZ selamba macam sudah lama kenal Ally.

Ally tak terkejut. Banyak kali dia dengar orang cakap yang mukanya nampak seperti orang Melayu. "Sayangnya... tak."

Baru TZ nak buka mulut untuk bertanya dengan lebih lanjut, getaran daripada telefon mematikan segala apa yang ingin dia cakap.

Skrin yang menyala dia lihat tanda ada pemberitahuan baharu yang masuk. TZ baca apa yang tertera di skrin.

"Alice, abang you cakap lagi dua puluh minit dia sampai."

"Alice who?"

"Eh, ke Ellen?"

Ally mengeluh dan jadi tertanya-tanya. Susah sangat ke nama dia untuk disebut dan dihafal?

"Ally. A.L.L.Y. Ally."

TZ pekup mulut tahan gelak. Dia kemam bibir. "Oh ya, ya, Ally. Maaf, maaf. Abang you cakap lagi dua puluh minit dia sampai."

"Okey. Kalau macam tu, I tunggu dia dekat bawahlah." Ally turun dari kerusi tinggi dan berdiri.

"You tak nak pergi cuci muka dulu ke?"

"Ha?"

TZ muncungkan bibirnya pada cermin yang agak besar ada di dinding supaya Ally lihat apa yang dia nampak. Sebaik sahaja imejnya singgah di retina mata, terus mata Ally membulat besar.

O.M.G!

Terus merah pipi dia dek kerana malu. Ya tuhan... tak tahulah Ally nak sorok mana muka dia ni.

"Tak apa, tak apa. I pun macam you juga kadang-kadang. You boleh cuci muka dekat bilik air dalam bilik you tidur tu. Dalam tu ada toiletries, you pakai je."

"Tumpang, ya." Hanya itu yang mampu terkeluar sebelum Ally mencicit beredar ke bilik air. Bang!

Berdentum bunyi pintu ditutup membuatkan TZ terdiam. Tawanya kemudian pecah. "Sila, sila."

Sementara itu, Ally di dalam sana rasa nak menjerit melihat rupa dia. Rambut kusut-masai, dekat mata ada sejuring tahi mata, kesan solekan yang sememeh sana sini. Lepas itu, hujung bibir ada kesan air liur basi.

Urgh! Memalukan!

* * *

"TERIMA kasih, TZ," ucap Ally di hadapan pintu rumah lelaki itu.

"Sama-sama," balas TZ sambil berdiri dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Erm, I tak tahu nak balas macam mana kalau you tak tolong I ni." Ally betul-betul memaksudkan kata-katanya. Tak tahulah apa jadi dekat dia kalau bukan TZ yang jumpa dia malam tadi.

"Tak ada apalah. Live your life well. Don't drink, dah cukup dah."

Ally rasa terharu sangat dengar TZ cakap macam tu. Ringkas sahaja, tapi entah, sangat bermakna.

"Right."

Lif terbuka, menandakan tiba masa untuk Ally pergi. Dia masuk ke dalam lif. TZ juga masuk sama, tapi TZ masuk hanya untuk sentuh kad akses pada pad penyentuh.

"Thank you again, TZ."

Sempat Ally ucapkan sebelum pintu perlahan tertutup dengan sendiri. Tinggallah mereka bersendirian, terpisah oleh dinding besi.

TZ pandang pintu lif yang rapat tertutup.

"Jumpa lagi."

* * *

"LIVE well." Ayat itu berulang-ulang dalam kepala Ally sepanjang perjalanan dia untuk ke pangkuan abangnya yang seorang itu.

Ringkas, tapi ada seribu makna.

Live well. Live your life well.

Ting. Pintu lif terbuka. Ally keluar dari lif, kemudian menuju ke pintu keluar. Butang di dinding dia tekan dan pintu kaca itu terbuka dengan sendiri.

"Danny!"

"Ally!'

Tak sampai beberapa saat, badan dia seolah-olah hilang dalam pelukan dua lelaki sasa itu. Terasa kemas dia dipeluk. Lemas, tapi dia puas hati. Rasa dia benar-benar disayangi oleh dua lelaki ini.

Live your life well. I will.

Ikhlas Dari Hati [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now